|
|
|
|||
|
|
Tazkirah Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah di lembah Uranah,Gunung Arafah
Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguhnya,kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikan Solat lima kali sehari.Berpuasalah dibulan Ramadhan,& tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainya kecuali dalam taqwa & beramal soleh. Ingatlah,bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia,tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku & tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul & fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara,sekiranya kamu berpegang teguh & mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Iaitu Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain,dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.Saksikanlah ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba MU. <1><2> |
|
||