|
My
Album
:: Program KLD Tunas Samudera
>>
Pelayaran mengharungi samudera dengan kapal tradisional yang menggunakan kuasa alam semulajadi untuk dilayarkan adalah pengalaman yang mencabar dan
mengkagumkan.
Kapal Layar Diraja Tunas Samudera merupakan kapal layar latihan jenis 'Brigantine'. Objektif utama kapal layar ini adalah untuk melatih dan memberi peluang kepada belia-belia negara agar menghayati dan menyintai warisan maritim dan menikmati keindahan lautan disamping menimba
pengetahuan. Pelatih-pelatih juga boleh mengukuhkan disiplin diri, memupuk semangat bekerjasama dan membina kualiti
kepimpinan. Mereka juga akan didedahkan kepada ilmu pelayaran seperti
navigasi, kajicuaca dan ilmu kelautan.
Program pelayaran KLD Tunas Samudera ini adalah merupakan program tahunan yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia.
Syarat-syarat penyertaan:
| 1) |
Sihat mental dan fizikal (Pengesahan dari doktor yang bertauliah adalah
diperlukan semasa pendaftaran). Tidak menghidapi penyakit yang kronik dan berlarutan seperti asma, jantung dan sebagainya |
| 2) |
Berusia 17-30 tahun |
| 3) |
Mendapat pengesahan dan sokongan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri |
| 4) |
Aktif dalam Persatuan |
| 5) |
Mesti menggunakan borang yang asal |
Bagi peminat-peminat aktiviti yang mencabar, pelayaran dengan KLD Tunas Samudera akan memberikan anda satu pengalaman ilmu kelautan yang tidak akan dapat dilupakan. Anda akan berpeluang mengendalikan sebuah kapal layar yang akan membawa anda ke beberapa destinasi menarik sambil menikmati keindahan sekitar perairan negara.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Fadhilah bt Ahmad, di talian 03-26908378 Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pejabat Belia dan Sukan
Daerah.
<1><2><3><4><5><6><7><8><9><10>
<11><12><13><14><15><16><17><18><19><20>
<21><22><23><24><25><26><27><28><29><30>
<31><32><33><34><35><36><37>
|