Tazkirah

Mayat sesudah dikuburkan

....Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seseorang itu mati, maka diperlihatkan baginya akan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia akan melihat syurga dan jika ia ahli neraka, ia pun diberi melihat neraka. Kemudian dikatakan: Inilah tempatmu yang kamu akan dibangkitkan kepadanya di hari Kiamat." 
( Riwayat Muslim ) 

Begitulah rupanya orang yang di dalam kubur sentiasa resah menanti saat berakhirnya alam kubur, kerana tidak tahan disiksa dan tidak sabar untuk menikmati kebahagiaan di syurga. Kita yang hidup ini mengetahui kisah ini, tetapi masih lalai dengan maksiat dan dunia. Masih lalai dengan harta kekayaan dan keluarga. Bersabda Rasulullah s.a.w : 

"Keberangkatan mayat itu diiringi oleh tiga hal, iaitu keluarganya, harta bendanya, dan amal perbuatannya. Yang dua akan pulang dan satunya tetap tinggal. Yang pulang ialah keluarga dan harta bendanya sedang yang tinggal ialah amal perbuatannya." 
( Bukhari dan Muslim ) 

Amal itulah yang akan menentukan baik buruknya sekujur badan. Sama ada ianya disiksa atau dimuliakan Allah dengan direhatkan dengan kerehatan yang panjang di dalam kubur. Semoga Allah menghimpunkan kita ke dalam hamba-hambaNya yang beruntung dan mendapat petunjuk serta keredhaanNya di dunia dan akhirat. Semoga dengan itu kita akan dapat memperbaiki amalan kita dan semoga Allah pelihara kita daripada azab kubur dan mudah-mudahan dengan rahmat Allah kita semua akan terselamat daripada azab api neraka Allah yang sangat pedih itu. 
Oleh : Ust. Shamsul "

( 1 - 2 )

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1