![]() |
|
08/06/2002 Notebook Episode 1 I would love to have a notebook right now. Senang nak berulang-alik ke Jengka tanpa risau akan keselamatan komputer aku di asrama. Tanpa komputer, hidup aku menjadi resah gelisah, terasa dunia ini begitu gelap. Ahahahahaha.... jiwang karat pulak. Tapi notebook yg dicari2 ni bukan utk aku, tapi kakak aku. Dia nak pakai kat Ireland utk projek. Takkanlah nak usung komputer desktop lak ke sana. I think that it's cheaper and better to buy one here. Kemasukan notebook Pentium 4-M ke pasaran dengan harga yg hampir sama dengan harga notebook Pentium 3-M membuatkan aku terpikat nak beli notebook Pentium 4-M. So far, dah survey pakej yg ditawarkan sama ada dalam paper, kat kedai masa jalan2 kat KL dan kat Internet. Harga sekitar RM4,999 ke atas. Bolehlah dapat 128MB RAM, 20GB HDD, FDD, CD-ROM drive, port2 yg berkaitan, network & modem, Win XP Home dll. Tapi kenalah tengok detail betul2 sebelum beli. Lebih baik kalau dapat first-hand experience dari mereka yg dah pakai. Lagi satu, aku masih mengkaji tentang International Support. Penting kalau2 notebook buat hal kat sana, takkan nak hantar balik sini kot. Contoh 1, iklan baru keluar dalam Computimes hari Khamis lepas. Acer Aspire 1400XV Mobile PC, RM4,999. Kelebihannya ialah CPU Pentium 4 1.7GHz, 256MB RAM, 8X DVD drive dan ATI Mobility Radeon 16MB DDR VRAM. Kekurangannya ialah walaupun 256MB RAM, RAM tersebut PC-133 SDRAM, bukannya DDR SDRAM. Contoh 2, Dell Inspiron 2650 N1400GT Notebook, RM4,999. Pakej ni mungkin berubah next week. So far, yg kurangnya ialah tiada carry case. Kena tambah RM. Lagi satu, first-hand experience yg pelbagai dengan Dell Notebook membuatkan aku tak berani nak ambil Dell. Contoh 3, Asus L2 series, harga dari RM4999. Tak tau pakejnya camana sebab iklan baru keluar dan umum. Contoh 4, Compaq Presario 2800AP, RM 5,399. Aku ambik kertas dia kat Mid Valley baru nih. Pentium 4 1.4GHz. Spec lain2 ngam gak, cuma RAM jer rasa tak cukup, 128MB DDR SDRAM. Kalau boleh nak 256MB RAM. Lagi satu, CD-ROM ngan FDD kena saling tukar-menukar kalau nak pakai, tapi kebanyakan notebook ada problem nih. Mungkin kalau tunggu sikit, ada spec lagi baru, kan. Berkanan gak aku kat Compaq sebab Shuk pakai Compaq elok jer. Dia pun racun aku suruh beli Compaq. Tak caya, tengok gesbuk. (* racun nih kira pujuk la *) Ada lagi contoh2 lain yg model lama sikit, 2-3 bulan lepas. Kalau tunggu lagi nih, mesti ada spec lebih berkenan. Insyallah, bila kakak aku balik nanti, satu keluarga akan bincang. Banyak masa lagi. Lagi pun, RM nak pakai tu banyak gak. So, tak berani nak confirm notebook tu bakal dibeli. Kalau nak tambah komen, experience dll. pasal pembelian notebook nih, aku alu2kan. Singgahlah kat gesbuk aku atau emel aku. - Kakak aku balik dari Ireland Ahad ni. Kena jemput kat KLIA pukul 5 petang. So, quite a packed weekend. Takpe, since Isnin pagi aku takde kelas. Untung betul. Tapi, kalau weekend dah sibuk, canne nak tumpukan study. Mintak2lah hidup aku stabil. - Bilik macam dah penuh. Komputer Muis Celeron 733MHz, 128MB RAM, 20GB HDD, onboard display and sound. Bolehlah nak pakai. Tapi, aku rasa komputer aku masih boleh kejar sebab spec aku power sikit. Onboard display menunjukkan betapa motherboardnya jenis murah, so performance kuranglah sikit. Sebab itu, aku selalu stress kalau nak beli komputer, elakkan onboard display. Walaupun pakai duit sikit, tapi performance much better. So, kehadiran komputer Muis cukuplah kot. Sayang aku tak dapat nak bawak sebab meja pun dah penuh gila. Canne aku nak jadi hebat kalau komputer aku takde nih. Rajuklah canni, aahahahahahaha.... ^_^. - Nak lirik CD Bagasi Honey ya. Album AIM 2002 aku ada kat adik aku. Dia janji nak bagi balik esok. Album Pretty Ugly (yup, I bought it for RM19.90 at Speedy Mid Valley) pulak Muis bawak balik kat Segamat, dia tertinggal. Ni nak marah ni, kekeke... So, sebab aku sibuk, tunggu sikitlah ya kalau aku dapat balik album AIM 2002. 02/06/2002 Langkah Insyaallah, akan ada komputer dalam bilik asrama aku, tapi bukan aku yg punya. Tapi Muis yg punya. Walaupun komputer itu hanyalah bertaraf lama macam komputer aku gak, bukanlah bermakna aku tidak boleh berproduktif seperti dulu. Tapi, aku masih memerlukan komputer aku sebab segala kehebatan aku ada dalam tu. Aku memang bercadang nak bawak tapi banyak yg perlu difikirkan seperti kesesuaian letak, keselamatan dan hakikat yg aku selalu balik rumah masa weekend. Kalau ada notebook best gak. Yup, aku perlukan notebook ^_^. Senang bawak balik. Aku masih menyiapkan komputer aku utk menghadapi perpindahan ke Jengka. Alhamdulillah aku dah start belajar. Cuma tunggu next week baru dapat semua notes dan buku yg diperlukan. Buku paling mahal, buku Business, RM62. Hehehe... lama tak beli buku mahal. Cuba nak pindahkan jadual kuliah tapi gagal sebab HEA belum ready lagi. Tunggu 2-3 minggu lagi baru boleh tukar. Isnin dan Rabu malam ada kelas. So, quite tight. Lagi pun, ada student degree. Dahlah student Part 1 bertambah, jadi susahlah nak tukar kelas nanti. - World Cup fever ! Aku taklah fanatik tapi masa World Cup ni tengoklah jugak orang kejar bola. Lebih2 lagi ada ASTRO. Gambarnya sangat clear, cerah dan cantik. Tanak komen banyak, so enjoy the show. - Suprised bila Cik Easy tukar server utk meneruskan arena jurnalnya. http://easy.easyjournal.com, what a catchy address. - Aku kehairanan bila tidak dapat mengakses jurnal seorang penulis di gesbuk aku. http://www.geocities.com/alaizz, maybe the address is wrong. Canne lah aku nak kunjungan balas ni.
|
|
© 2002 mudik - Nahar ARS - nahars79@yahoo.com |