
![]() |
|||||
![]() |
|||||
| "Menyelami Hati-Memaknai Diri-Meresapi Hidup" | |||||
Puisi ?
MADAH CINTA PUISI CINTA KARYA SIAPA? Aku telah baca banyak MADAH CINTA dan PUISI CINTA yang telah ditulis didalam bermacam2 blog yang ada dialam cyber ini. Ada yang baik-baik dan ada juga yang agak menarik. Apa yang aku pasti ialah.... Sekurang2nya...jika aku mengambil hasil karya tulisan mereka ...maka aku kan letakkan alamat URL blog mereka dan NAMA mereka didalam blog ku ini! Begitulah caranya aku memberi penghormatan kepada mereka2 yang telah bersusah payah menghasilkan MADAH CINTA atau PUISI CINTA tulisan mereka itu...didalam blog mereka dialam cyber ini. Aku percaya bahawa, seorang yang sebenar2nya berjiwa seniman yang tulin tidak akan mencuri karya2 penulis, penyair atau penyajak2 yang lain dan kemudian cuba mengaku bahawa itu adalah tulisan hasil karya mereka sendiri! Mencuri hasil karya tulisan orang lain dan kemudian mengaku sebagai tulisan mereka sendiri ...adalah satu sifat yang mundur ....yang bukan sebenar2nya sifat seorang seniman tulin yang berjiwa luhur, mulia lagi halus. Jika kita sering mencuri karya2 orang lain dan cuba mengaku kepunyaan kita....maka lama lelamaan...keupayaaan dan kebolehan kita untuk berkarya akan menjadi lemah dan tumpul! Yang pentingnya ialah, kita seharusnya berkawan dan berkenal sesama penyair PUISI CINTA dan MADAH CINTA dialam cyber ini. Ini akan membuat dan mendorong diri kita sendiri supaya lebih berjiwa jujur dan berhati luhur kearah menjadi seorang manusia seniman sejati. Ku ucapkan selamat berkenalan kepada semua penulis, penyajak dan penyair PUISI CINTA, PUISI KASIH, MADAH CINTA yang berada dialam cyber ini. 2008-03-01 05:23:00 GMT
|
|||||