MYXSIR akan mempunyai versi online tidak lama lagi, aplikasi temujanji

pemeriksaan ultrasound,ct scan dan mri secara online dari hospital dan

klinik kesihatan seluruh Sabah akan dilancarkan tidak lama lagi. Projek

ini adalah dibawah naungan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) NBOS,

yang akan menjimatkan masa mendapatkan tarikh dan masa temujanji

pesakit dari luar Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Projek ini adalah dibawah kelolaan Unit

Pembangunan ICT, Jabatan Radiologi,

Hospital Queen Elizabeth., Kota Kinabalu,

Sabah.

 Sebagai permulaan, projek ini akan

dihoskan dilaman web percuma sementara 

menunggu kelulusan membeli server

MYXSIR RADIOLOGI HQE yang akan

mempunyai kapasiti yang lebih besar.

Dengan terlaksananya projek ini nanti

akan dapat menambah kualiti perkhidmatan

Radiologi di Sabah khasnya dan KKM amnya.