|
Di Dalamnya Ada Tiga Titik
Di kala sederet insan mengatur barisan Ku ingat satu lawak bermakna Kalau hujan turun satu malam berapa titiknya ? Terpusing seketika akal mula buntu Pelbagai agakkan tanpa jawapan Aku ditertawakan.
Pada saat genting fikiranku Jawapan "tiga titik" memecah suasana Masing-masing berpandangan hairan Aku tersenyum.
Padaku... "Tiga titik" itu bukan sebarangan Naluri ingin tahu terus berkata Titik pertama itulah kelahiran Titik kedua itulah kehidupan Titik ketiga itulah kematian.
Firasat tersirat sahibbul hikayat Ada misteri meronta-ronta minta dileraikan ; Mungkin mistik atau tersembunyi Di sebalik tiga titiknya...
Nukilan :
Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin UKM Bangi (11.5.2000)
|
|