TARIAN CINTA SAYANG

Tarian Cinta Sayang berasal daripada satu tarian asli yang bernama 'Zikir Rahmat'. Ia sangat terkenal di negeri Kedah Darul Aman. Lazimnya tarian ini ditarikan oleh nelayan-nelayan di negeri-negeri Pantai Barat Malaysia. Cinta Sayang menggambarkan suasana keluarga nelayan yang mengucapkan selamat belayar sambil berdoa untuk keselamatan para nelayan dan mendapat rezeki yang banyak. Nelayan-nelayan itu berdoa agar isteri mereka selamat dari bahaya semasa peninggalan mereka. Kini, Tarian Cinta Sayang ditarikan sebagai tarian asli untuk bersuka-ria dan ditarikan secara berpasangan.
 

Hosted by www.Geocities.ws

1