<BGSOUND SRC="http://www.geocities.com/cincabay/kiku.mid" LOOP=INFINITE>
Seperti cerita legenda Mahsuri atau fenomena kewujudan benua Atlantis, begitu jugalah dengan asal-usul kewujudan kumpulan koir kakitangan ini. Sehingga ke hari ini, tidak terdapat satu sumber yang tepat sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan mengenai asal-usul kumpulan ini. Namun, yang pastinya kumpulan ini umpama mimpi dalam mimpi yang menjadi nyata.

Menurut satu sumber yang entah sahih atau tidak, cadangan penubuhan kumpulan ini telah tercatat dalam satu makalah yang terdapat di sebuah muzium di Perancis. Namun demikian, akibat sifat tamak dan taksub masyarakat Barat menyebabkan kumpulan ini hanya mampu ditubuhkan di sebuah kolej iaitu Kolej Yayasan Melaka.

Sesetengah pendapat menyatakan bahawa orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan ini ialah seorang pengembara bernama Khairil yang tersesat di sebuah benua. Beliau menggunakan segala ilmu sihir yang telah dipelajari di Gunung Kinabalu untuk mengumpulkan beberapa orang cerdik pandai, tukang karang, tukang besi dan segala macam kepakaran untuk melengkapkan kumpulan ini.

Maka diringkaskan cerita, bermulalah satu episod baru dalam dunia seni suara antarabangsa apabila kumpulan yang dikenali sebagai "ChinChaBay" mengadakan rapat umum yang pertama pada 15 Mac 2005 di sebuah bilik rahsia. Menurut seorang saksi yang enggan namanya didedahkan, entah apa yang dibuat oleh kumpulan ini dalam bilik tersebut tidak seorang pun yang tahu kerana pertemuan mereka cukup dirahsiakan.

Mengenai nama 'ChinChaBay' yang telah dicetuskan oleh Kukori dan Kukoman, ianya telah dipersetujui oleh Dewan Parlimen dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Namun demikian,  masyarakat di utara Mongolia marasakan nama 'ChinChaBay' seolah-olah memperkecil-kecilkan bangsa mereka. Perkataan tersebut membawa maksud yang lucah dan tidak boleh dijelaskan di sini.

Ini memaksa para pemerintah tertinggi mengadakan sekali lagi rapat umum bagi memilih nama yang sesuai. Akhirnya, berdasarkan satu mimpi maka Kukomi mengusulkan agar nama "Kukoka" digunakan dalam sebarang agenda. Di sebalik nama 'Kukoka', nama 'ChinChaBay' tetap diguna pakai sehingga ke hari ini.

Sejarah sentiasa membuktikan bahawa setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya. Demikian juga dengan keadaan kumpulan 'ChinChaBay' pada hari ini yang semakin lama semakin tenggelam apabila tiada undangan persembahan. Perkara ini perlu dikaji agar perjuangan 'ChinChaBay' tidak hanya untuk semusim sahaja. 'Hidup ChinChaBay' !'
Hosted by www.Geocities.ws

1