|
Revolusi II (Rasa hati buat Tun Dr. Mahathir bin Mohammad)
Kemarau gersang berakhir sudah Mengorak langkah lagak perwira Gah tersenyum di pelantar antarabangsa Bertegang urat menagih demokrasi Hapuskan imprealisasi dilema diskriminasi Demi menyemai benih-benih kedamaian.
Bagai ada mutiara bila bersuara Tersedar dari lena watak pelbagai rupa Satu berkulit putih hatinya hitam Satu berkulit hitam hatinya bersih Semua mengakui dunia porak-peranda.
Terima kasih buatmu Rentetan ranjau berduri Padamu telah bertambah sinarnya Melayarkan bahtera yang rindukan keharmonian Kini kembali gagah di tengah samudera Terus berjuang memartabatkan anak-anak bangsa Di mata dunia.
Coretan :
Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin, Subang Jaya, Selangor (17 Julai 1996) |
|