<BGSOUND SRC="alone-on-the-sea.mid" LOOP=INFINITE>
Ranjau

Jangan jadi pejuang
Jika ketakutan menyerap diri
Semput dan tak bermaya
Mendengus kelaparan.

Jangan sesekali dirobekkan
Rahsia latar belakang
Generasi kita.

Malu bertanya sesatlah di jalanan
Phobia pada kenyataan
Dibiarkan ditindas enggan membanteras
Kemelut yang menjadi norma kehidupan
Manusia kita.

Jangan alah pada pendusta
Demi tercipta sebuah cita-cita
Usah enteng pada epilog songsang
Yang menjadi mentera kekusutan
Damai hati dari malapetaka
Usah berdiam biar bersuara
Kerana ranjau kian universal
Untuk dilunaskan oleh semua.



Coretan oleh :

Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin,
Bachang Jaya, Melaka
(1998)
Hosted by www.Geocities.ws

1