<BGSOUND SRC="http://www.geocities.com/myril88/colorofthesummersky.mid" LOOP=INFINITE>
Qisas

Begitu mudah
Air mata melimpah
Membanjiri seluruh tubuh bernyawa.

Begitu asing
Makhluk yang daif
Dihukum tanpa bicara.

Kudrat kian hilang
Bengit kian terasa
Meniti sejalur cahaya
Penyelamat dari terbelenggu
Terhukum dan terseksa
Tanpa ruang dan masa
Untuk bersuara.

Di mana silapnya
Berbelah bahagi keputusan dibaca
Memudaratkan mangsa yang saban menderita
Terhukum tanpa bicara
Pasti sesuatu di sebalik segalanya.



Nukilan :

Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin
SMKTR, Mukah
(29 Julai 1999)
Hosted by www.Geocities.ws

1