<BGSOUND SRC="http://www.geocities.com/myril88/swanlake-6scene.mid" LOOP=INFINITE>
Dunia Mimpi

Bingit
Putar alam memberahikan si mangsa
Nafas kota kedengaran di merata ceruk
Lena berdengkur siang dan malam
Tanpa gangguan

Bergelegak
Teratak-teratak merekah
Hampir terperosok kakiku
Sebelum sempat diselamatkan
Dari jalanan yang tiada kesudahan

Bermimpi lagi
Sebesar anai-anai bersatu meragut tubuhku
Membiarkan jasad terpisah dari badan
Selesai satu datang lagi satu
Membingungkan

Berdesing
Rasa terpukul gegendang telingaku
Dihujani hujah-hujah palsu yang datang bertalu
Mematikan akal fikiran
Yang bersuara hanyalah lintasan hati
Kesal...








(SMK Three Rivers, Mukah : 27 Julai 1999)
Hosted by www.Geocities.ws

1