| Assalamualaikum dan salam budaya... Ramai di antara kita tercari-cari di mana ingin memiliki koleksi lagu-lagu atau muzik tradisi Malaysia. Pergi kedai kaset atau CD jika ada pun mungkin koleksi yang sering atau pernah anda dengar. Ramai guru-guru sekolah ke hulu ke hilir mencari di mana boleh memiliki lagu patriotik serta muzik yang boleh diguna untuk mengajar tarian. Tidak kurang juga anda yang memang suka mengumpul lagu-lagu atau muzik pelbagai genre untuk koleksi peribadi anda sendiri... Di sini jawapannya !!! Segala koleksi yang ada di sini merupakan khazanah negara yang ingin dikongsikan bersama dengan anda selaku pendukung dan pencinta seni budaya bangsa. Ianya sebahagian daripada ratusan koleksi CD serta rakaman asal dari kaset yang sepatutnya semua miliki... Tidak lengkap rasanya kita sebagai anak jati Malaysia jika kita tidak menyanjung tinggi muzik serta lagu tradisi kita. Percayalah !!! Koleksi yang dimiliki ini 90% daripadanya tidak dijual di pasaran. Bagaimana ianya diperolehi adalah menerusi kenalan, agensi-agensi berkaitan seni budaya, para penggiat seni serta pelbagai usaha yang lain. Koleksi ini telah dikumpul sejak dari tahun 1999 sehinggalah sekarang dan akan sentiasa ditambahkan dari semasa ke semasa dengan pelbagai lagi koleksi. Apa koleksi yang ada ? Daripada lagu rakyat, lagu tradisional, muzik-muzik tarian, muzik serta lagu tradisional yang telah dikontemporarikan, lagu-lagu patriotik, minus one lagu-lagu patriotik, muzik runut bunyi (soundtrack) teater, lagu-lagu rasmi peringkat kebangsaan dan pelbagai lagi semuanya berada dalam koleksi ini. Pilihlah dan buatlah tempahan anda sekarang... Semua jenis, rentak serta genre muzik di seluruh Malaysia telah dikumpul dan dicari. Dari muzik pedalaman sehingga muzik dari hulu serta hutan belantara, semuanya ada dalam koleksi ini. Kebanyakan koleksi yang ada tidak diperolehi secara percuma. Hampir 75% terpaksa dibeli. Minat mengatasi segalanya. Ini kerana jika diizinkan Allah SWT, saya berkeinginan untuk mempunyai satu galeri menyimpan muzik dan lagu kita yang kian tenggelam ketika ini. Koleksi ini ada di antaranya dirakam secara 'live'. Ada juga diedit semula dari piring hitam serta kaset. Proses ini kadangkala memerlukan penelitian dalam menghasilkan mutu audio yang berkualiti. Kesemua koleksi adalah dalam format audio CD (wav). Jika ada yang berminat, senarai harga bagi setiap koleksi adalah seperti berikut : 1 CD = RM 20.00 2 CD = RM 36.00 3 CD = RM 50.00 5 CD = RM 80.00 8 CD = RM 120.00 10 CD = RM 150.00 Pembelian bagi 10 CD akan menerima cenderahati istimewa ! Harga di atas termasuk kos penghantaran dan dijamin sampai sekiranya segala urusan pembayaran telah dijelaskan. Setiap CD dilengkapi dengan 'cover' dan 'labelling' judul lagu. Bagaimana membuat pembayaran ? Mudah sahaja iaitu dengan cara memasukkan bayaran anda ke akaun atas nama BAYU ARCADIA ENTERPRISE ( Nombor akaun : 0063-10-002798-4 ) Sebaik sahaja anda telah bank-in ke dalam akaun tersebut, SMS terus ke talian : 017-6988566 Saya akan menyemak sama ada benar atau tidak bayaran anda telah dimasukkan ke dalam akaun. Sebaik sahaja saya menerima bayaran, saya akan terus memproses tempahan anda. Bagaimana ingin memilih koleksi CD ? Juga sangat mudah, dalam butang 'Promosi Koleksi CD' anda boleh memilih sendiri koleksi yang anda ingini. Ingat ! Apa yang saya lakukan ialah untuk mendedahkan kepada anda yang menghadapi kesukaran memperolehi koleksi seumpama ini. Terpulang pada anda menggunakan koleksi yang telah anda miliki. Siapa yang sering memerlukan koleksi ini ? Sehingga ke hari ini, kebanyakan yang mendapatkan koleksi saya ialah aktivis seni budaya, kareografer tarian, penari, penyair dan yang paling ramai sekali membuat tempahan ialah daripada mahasiswa / siswi Malaysia dari dalam dan luar negara. Akhir kata dari saya, jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghantar email ([email protected]) atau SMS terus kepada saya. "Gemilang seni warisan bangsa" CHE KU Bayu Arcadia Enterprise |
||||||||
| Anda pelawat yang ke : | ||||||||
|
||||||||