<BGSOUND SRC="cheawekuhearts.mid" LOOP=INFINITE>
Lambaian Padi

Tika ini musim menuai belum menjelma
Dataran menghijau indah terbentang
Mengkagumkan...
Di pinggir jalan
Di lereng banjaran
Di persisiran pantai
Di sekeliling parit
Alam ciptaan Tuhan terasa amat memukau

Dari tadi ku perhatikan di luar pemikiran
Mana perginya si anak muda ?
Membanting tulang, menabur benih padi
Menyiram racun perosak
Membajak sawah bergelut dengan lintah

Dari jauh kelihatan si bongkok tunduk
Mengharapkan rezeki dari semaian yang diusahakan
Siapa tahu dalam hatinya benih yang ditanam
bukan untuk dia ?
Dia sedar masanya hanya tinggal semusim dua sahaja !
Namun, keluhannya setia di sebalik panas mentari desa !
Lambaian padi utara penuh cerita
Yang tidak kita ketahui
Dari mana dan ke mana
Namun mereka amat tahu bila masa...
Tenaga mereka tidak digunakan juga...



Nukilan :

Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin
Kuala Perlis - Yan, Kedah
(20 Oktober 2002 - 10:34 am)
Hosted by www.Geocities.ws

1