<BGSOUND SRC="anc_dance.mid" LOOP=INFINITE>
Nasib Atau Sengaja

"Indonesia benam Malaysia 6 - 0..."
"Laos perbudakkan Malaysia..."
"Skuad Olimpik dibubarkan..."
"Misi Malaysia Piala Dunia 2014..."

Malu... Kasihan
Semakin maju semakin ketinggalan
Wajah baru, semangat baru... Kononnya
Bermimpi di siang hari... Kenapa ?
Nasib atau sangaja !

Sedih... Melucukan
Taring tumpul alasan mula dikemuka
Semalam pengemudinya lain
Esok pengemudinya lain
Lusa pengemudinya lain
Sebenarnya itu bukan punca
Tanyalah pemain-pemain sendiri
Negeri atau negara ?
Tersenyum
Nasib atau sengaja !

Mentah... Sangat manja
Tidak perlu sangsi
Itulah hakikatnya
Arsenal ketawa
RM 5000 mula mengaburi mata
Panggillah sesiapa menjadi pengemudi
Tetap sama
Nasib atau sengaja !




Oleh :

Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin
Kampung Seberang, Mukah
2 Ogos 1999
Hosted by www.Geocities.ws

1