<BGSOUND SRC="http://www.geocities.com/myril88/swanlake-6scene.mid" LOOP=INFINITE>
Melayu Mudah Bermimpi...

Dulu Melayu kebanggaan sejagat
Melayu mudah bermimpi

Jika dulunya Melayu dijulang diangkat
Melayu mudah bermimpi

Melayu kian gila pada pangkat
Melayu mudah bermimpi

Melayu lebih mementingkan darjat
Melayu mudah bermimpi

Umpama si buta kehilangan tongkat
Melayu mudah bermimpi

Di mana letaknya harga diri dan martabat
Melayu mudah bermimpi

Maruah saban hari dirobek dihambat
Melayu mudah bermimpi

Dulu cekal bersama kudrat dan semangat
Melayu mudah bermimpi

Kini Melayu ibarat jam mati sesaat
Melayu mudah bermimpi

Di m
ana letaknya semboyan perjuangan bergema
Di mana langkah berpaksi susila direncana
Di mana pekik merdeka bermaharajalela
Di mana teguhnya budaya asal usul kita
Di mana ?

Pada sebuah kalam bertintakan MELAYU
Wajarnya kita mengembara ke alam silam
Dalam mencari makna mimpi-mimpi kita
Tuntas di sebalik segala cerita...
Melayu sebenarnya lena diselimuti mimpi !




Coretan :

Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin
Kolej Yayasan Melaka
(30 April 2002)




Perhatian : Puisi ini adalah ciptaan terbaikku kerana pernah tersiar di beberapa akhbar serta majalah tanahair. Puisi ini merupakan rentetan ke atas puisi Tun Dr. Mahathir bin Mohammad berjudul "Melayu Mudah Lupa". Puisi ini lahir dari jiwa atas kesedaran bahawa jika kita lemah, kita mudah diperdaya... Puisi ini bukan propaganda membelakangi Melayu... Sebaliknya, mereka yang faham akan mengerti isi puisi ini... Dan, inilah puisiku yang mendapat banyak pandangan dari pengikut dunia puisi tanahair... Jika anda ingin memberi komen mengenai puisi ini, aku alu-alukan dengan salam puisi...
Hosted by www.Geocities.ws

1