<BGSOUND SRC="http://www.geocities.com/myril88/april.mid" LOOP=INFINITE>
Kuasa Tuhan

Di sini tidak kedengaran -
bunyi bising motokar dan suara anak kecil menangis
Di sini tidak kelihatan -
Kepul-kepul asap pencemar kehijauan

Deretan banjaran berbatu-batan bagaikan diatur susunan
Derap kaki bagai kaku berada di puncaknya
Dakapan bayu mematikan saraf dan minda
Bak mujahid menunggu panggilan-Nya

Jika boleh ku ukir rasa syukur
Pasti anak cucuku bakal tersenyum -
Barangkali menangisi satu keajaiban di depan mata
Yang sukar digambar dengan kata-kata
Kerana hanya yang ke puncaknya bakal mengetahui
Betapa kuasa Tuhan mengatasi segalanya
Mencipta dan memusnahkan banjaran itu
Hanya Dia Yang Maha Menentukannya -




Nukilan :

Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin
Puncak Low's Peak, Gunung Kinabalu
Ketinggian 4095.2 meter dari aras laut
(23 April 2002 - 8.40 pagi)
Hosted by www.Geocities.ws

1