Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis nangka dan nama saintifiknya "artocarpus heterophyllus". Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik.
Gambarajah 1 : Kompang
Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan 'bersila', 'berdiri', ataupun 'berarak' mengikut keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah tangan lagi untuk memukulnya.
Gambarajah 2 : Bingkai kompang
Selain dari Marhaban, peranan Kompang dalam kehidupan masyarakat masa kini telah menjadi begitu penting khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan ataupun menyambut tetamu dan juga pembesar-pembesar negara. Kini permainan Kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi Kerajaan. Dalam konteks persembahan, sesebuah kumpulan Kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranannya.
Gambarajah 3 : Kompang dari pandangan tepi
Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai 'Pembolong' menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaitu 'in unison' sebagai pukulan 'dasar'. Kumpulan kedua akan bertindak sebagai 'Peningkah' lazimnya terdiri daripada seorang sahaja sebagai 'master' dalam permainan tersebut, dan kumpulan ketiga akan bertindak sebagai 'Penyilang' yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola paluan yang terjalin di dalamnya.
Gambarajah 4 : Belulang kambing
Amalan berzikir yang dapat kita kategorikan di bawah konsep seni muzik keimanan juga didapati berkembang di kalangan masyarakat ternpatan di daerah Pekan, Pahang. Ianya dikenali sebagai zikir Pahang. Dalam amalan zikir tersebut, rebana digunakan sebagai alat pengiring. Rebana ini berukuran besar pada permukaannya dan baluhnya pula diperbuat daripada jenis kayu yang keras seperti merbau ataupun nangka. Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi iaitu 'the sounding body'. Alat ini dikenali dengan nama kompaunnya sebagai Rebana Zikir Pahang. Dalam ensemble Mak Yong Laut yang berkembang di Perlis, Rebana disertakan secara berpasangan iaitu sebagai Ibu dan Anak, disamping sebuah rebana besar untuk memainkan pola-pola paluan sebagai penyokong irama. Ensemble lengkap dalam Mak Yong Laut terdiri daripada :
(i) Sepasang Rebana - ibu dan anak.
(ii) Sebuah Rebana Besar.
(iii) Sebuah Biola sebagai alat melodi, ensemble asal menggunakan Rebab
tiga tali.
(iv) Sepasang Tetawak - ibu dan anak
(v) Dua pasang Cerek Buluh
Melihat kepada bentuk ensemblenya secara tidak langsung dapat mengemukakan
kepada kita suatu fizikal muzik yang mencirikan unsur-unsur 'Sinkretisme'.
![]()
Gambarajah 5 : Pemain kompang yang terdiri daripada kanak-kanak