<BGSOUND SRC="http://www.geocities.com/myril88/caribbeanblue.mid" LOOP=INFINITE>
Kadangkala

Kadangkala harus ada rasa cemburu
dalam jiwa kita

Kadangkala perlu ada rasa simpati
dalam hati kita

Kadangkala kita mesti rasa
bagaimana orang lain rasa

Kadangkala kita wajib diam
daripada bersuara yang sia-sia

Kadangkala anak-anak kecil
lebih dewasa daripada kita

Kadangkala kita mentertawa dan diketawa
Kadangkala kita menangis dan ditangisi
Kadangkala kita hidup dan....
Tiada kadangkala selepas hidup




Coretan :
Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin,
Ayer Keroh, Melaka
(2 November 2001 : 7.00 pm)
Hosted by www.Geocities.ws

1