|
Mengingati Yang Mengingati
Sekali aku hidup Rasanya hutang dunia beres segala Begitu pun saki-baki merunsingkan Entah satu, seribu atau sejuta.
* * * * *
Buaikan aku seketika Agar lenaku bermimpi syurga Tapi perjudianku terpesong songsang Api menyala melambai segalanya Apa lagi dosaku di dunia.
* * * * *
Deretan nama pelbagai rupa melingkari fikiran Teringat kisah-kisah tika bersama Dipinjam dan meminjam bersahaja Mencurah janji semuanya dusta.
* * * * *
Satu-satunya yang ku pelajari Sahabat tidak selamanya sahabat Seteru bukan bererti tiada perasaan insaf Serumpun tulang sekerat hati Seharusnya berjaga-jaga karenah dunia.
* * * * *
Perjalanan jauh ke dalam dada Berombak dan beralun-alun Dari sejak ku kenali dunia Pasti suatu masa Manusia kenal hakikatnya Bila sakaratul maut mengundang jalan pulang Wallahuallam...
Nukilan :
Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin KAMSIS Ibu Zain UKM Bangi (21.4.2000) |
|