"TERKINI&TERMAJU"

"e-wallet"

"PENAMBAH PENDAPATAN&MENJAGA KESIHATAN."



 

Profile Syarikat

 

 

Misi Syarikat
Ditubuhkan untuk memenuhi naluri individu dalam kecantikan, keterampilan, kesihatan dan pembangunan diri dengan perkongsian produk dan peluang perniagaan yang lumayan dengan konsep keuntungan bersama dalam keluarga yang sejahtera.

Visi Syarikat
Menjadi sebuah syarikat yang profesional yang menyediakan produk dengan kualiti yang tinggi dan memberikan peluang untuk mencapai kebebasan kewangan dan pendapatan pasif yang berterusan, bagi memberikan jaminan kewangan kepada ahli dan keluarganya.

Latar Belakang Syarikat
Nama syarikat adalah Desquera Worldwide Sdn Bhd (AJL 931195 K), sebuah syarikat MLM berdaftar yang mempromosikan jenama produk Desquera Worldwide dengan Lesen AJL yang sah. Ia merupakan gabungan kepakaran dikalangan pemimpin MLM, pakar IT dan pemasaran internet, juga golongan profesional untuk membentuk pasukan terbaik. Hanya Produk yang terpilih dan berkualiti tinggi yang akan dipasarkan pada harga yang berpatutan. Lebih banyak produk akan di keluarkan dari masa ke semasa. Syarikat menyediakan sistem transaksi "real-time" yang lengkap dengan penggunaan teknologi SMS dan internet. Pelan Pemasarannya dibentuk berdasarkan kajian terperinci untuk menyediakan satu pelan yang mudah dan adil. Syarikat juga menyediakan sistem latihan yang lengkap dengan tenaga pengajar professional dan mempunyai wawasan untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan MLM.

Mempunyai kilang herba di Kuala Kangsar, Perak dibawah pengurusan seorang ustaz dan juga selaku penasihat syariah syarikat. Pihak syarikat juga mempunyai seorang doktor sebagai penasihat produk-produk makanan kesihatan bagi menjamin keselamatan, kualiti mutu dan keberkesanan sesuatu produk.

Pihak syarikat juga akan membuat sumbangan kesebuah Yayasan berkonsep Islam sebanyak 2.5% dari jualan BV dan juga 20% dari keuntungan kilang. Bercadang untuk melakukan potongan zakat secara automatik kepada usahawan Desquera bagi mereka yang layak dan menubuhkan sebuah Pusat Rawatan Islam Tradisional.


home      register      NEXT





Back               Forward

      


Hosted by www.Geocities.ws

1