Tahukah Anda?
| Terdapat 20 000 spesies kupu-kupu di dunia. Kupu-kupu betina akan mati sebaik sahaja menetaskan telur. | Nama bulan Julai diambil bersempena nama Julius Caesar, diktator Rome yang terkenal. | Unta boleh terus hidup selama beberapa minggu tanpa minum dan kehilangan 40% daripada berat badan mereka. Unta boleh minum 57 liter air sekaligus dalam satu nafas. Wah, hebatnya, sekali sedut lebih dari setangki penuh petrol proton saga! |
|
Setitik darah anda mengandungi lebih kurang 100 juta sel darah merah. Darah udang galah berwarna biru pekat. |
Buku oh buku Buku pertama dicetak di dunia adalah di China pada tahun 868 Masihi. Buku pertama dicetak di Eropah adalah kitab Injil yang dicetak di Jerman antara tahun 1452-1456. Setiap tahun, 6 ribu buku kanak-kanak dicetak di England. |
Semasa Johann Gutenberg mencipta alat cetak pertama di Jerman, Parameswara sedang berehat di bawah pokok di Melaka dan memerhatikan anjing buruannya ditendang oleh pelanduk putih. |
| Sukan olimpik moden dimulakan pada tahun 1896. Namun sehingga kini belum ada peserta wanita dalam acara sukan lompat bergalah. | Kelawar adalah satu-satunya haiwan mamalia yang boleh terbang. | Terdapat 8 700 spesies burung. Perbezaan ketara antara burung adalah paruh mereka.Burung paling kecil ialah bee hummingbird iaitu 6 cm panjang. Burung paling besar ialah ostrich iaitu setinggi 2.5 m. Burung paling laju ialah falcon yang boleh terbang selaju 180km/j. Paling lama terbang tanpa henti ialah burung greenland wheatear yang terbang sejauh 4 100 km (2 500 batu). |
|
Sebelum kaum penjajah bangsa Eropah sampai ke Australia, penduduk kaum asli di sana mempunyai 300 bahasa pertuturan yang berbeza. Kini terdapat lebih kurang 150 ribu kaum asli Australia berbanding dengan 17 juta seluruh penduduk Australia. |
Hujan asid memusnahkan kawasan hutan yang luas di bahagian utara dan tengah Eropah. Hujan asid juga membunuh ikan-ikan di tasik-tasik di Scandinavia, Amerika Utara, Scotland dan Wales. | Di Afrika, gunung tertinggi adalah Kilimanjaro (5 895m), tasik terluas ialah tasik Victoria (68 800 km per) dan negara paling ramai penduduk ialah Nigeria (105 juta orang). |
| Pengeluar hasil pertanian terbesar di dunia ialah USA. Hampir semua negara di benua Afrika mengimport hasil pertanian. | Gas paling banyak di udara ialah Nitrogen (78%) diikuti oleh Oksigen (21%). | Kapal terbang pertama buatan manusia (oleh Wright bersaudara) yang dinamakan Flyer hanya sempat terbang selama 12 saat. |
| Apabila kudanya kesayangannya bernama Bucephalus mati, Iskandar Zulkarnain membina sebuah bandar dengan nama kudanya itu. | Kini terdapat lebih kurang 50 jenis huruf yang digunakan di dunia. | Setengah daripada keluasan negara USA sekarang adalah tanah yang dibeli dari kerajaan Perancis pada tahun 1803. |
| Antara tahun 1919-1933, terdapat undang-undang di Amerika yang melarang penjualan alkohol. Ini dinamakan 'Prohibition'. | Perayaan 'Thanksgiving' yang disambut di USA setiap tahun adalah untuk memperingati jasa kaum 'Red-Indian' yang memberikan bantuan kepada peneroka-peneroka terawal kaum kulit putih. | Haiwan satu sel, amoeba membiak dengan cara memisahkan badannya kepada dua. Senang bukan? |
| Setiap koloni semut boleh mencapai jumlah 100 ribu ekor, namun kesemuanya adalah adik-beradik kerana mempunyai 'emak' yang sama iaitu ratu semut yang menetaskan telur. | Asia adalah benua paling besar di dunia, merangkumi 1/3 bahagian daratan dunia tetapi mempunyai setengah daripada penduduk dunia. Puncak tertinggi juga terdapat di benua Asia. Begitu juga dengan kawasan paling panas, dan lautan paling dalam. | Burung layang-layang (swallows) tidak boleh terbang semula apabila jatuh ke tanah kerana sayap mereka yang panjang. |