Mengapa Lupa?

    Tidak memberi tumpuan
    • Anda tidak menumpukan perhatian kepada maklumat yang hendak diingati.
    • Pada waktu yang sama anda mengingati perkara-perkara yang lain.
    • Pemikiran anda tidak tertumpu pada maklumat yang hendak diingati.

    Tidak teliti
    • Menerima maklumat secara sambil lewa.
    • Menghafal maklumat yang dianggap penting sahaja tanpa memberi perhatian kepada maklumat yang difikirkan kurang penting.
    • Ini menyebabkan kefahaman secara keseluruhan gagal diperolehi.
    • Kekurangan kefahaman keseluruhan ini menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
    • Lebih buruk lagi ialah apabila anda mula 'keliru' dengan maklumat yang tidak menyeluruh itu.

    Tidak berminat
    • Menghafal maklumat kerana "terpaksa".
    • Menumpukan perhatian pada maklumat yang anda minat sahaja dan tidak pada maklumat yang anda kurang minat.
    • Perkara yang tidak diminati memang sukar diingati.

    Sengaja mahu melupakannya
    • Menganggap maklumat itu membosankan.
    • Merasakan maklumat itu tidak penting.
    • Dengan sengaja mahu 'melepaskan' maklumat yang membosankan itu dari pemikiran supaya fikiran menjadi lebih tenang.

    Faktor tambahan
    • Selalu melihat benda-benda yang kotor (seperti najis).
    • Suka melihat benda-benda yang tidak senonoh (fikir sendirilah...).
    • Sering terhidu benda-benda yang busuk.
    • Selalu termenung sambil melihat ombak memecah pantai.
    • Makan semut (dalam nasi, buah-buahan dan sebagainya).


Hosted by www.Geocities.ws

1