Madah Pujangga Orang Bijaksana Penuh Makna Pembuka Rahsia |
Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada orang yang leka.
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
Orang yang bijaksana akan mencipta lebih banyak peluang berbanding dengan yang dia cari.
Rahsia kejayaan adalah ketekalan tujuan.
Tingkatkan diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam tindakannya.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti mengharunginya.
Nilai manusia adalah semahal nilai cita-citanya.
Sesiapa yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah ketika kegagalan itu berlaku dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang payah.
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Kegagalan adalah asas kejayaan, dan kaedah bagaimana kejayaan dicapai.
Jika matlamat anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
Kurang semangat menyebabkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kebolehan.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak matlamatnya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
Jika anda mahu melakukan sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu melakukan sesuatu, anda akan cari alasan.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Seseorang yang melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesilapan lagi. |
