APAM ENO

Bahan-bahan

  • 1 bekas kecil tapai nasi

  • 1 bungkus kecil tepung beras

  • 2 cawan kecil gula

  • 3 gelas air

*Kesemua bahan di atas diblendkan

  • 2 paket kecil ENO

  • Kelapa parut

 

        

      

Cara menyediakannya 

  1. Campur semua bahan yang perlu dimesin dan gaul sebati.
  2. Blend dan biarkannya selama 6 hingga 7 jam
  3. Setelah cukup masanya, bahagikan kepada 3 bahagian, 2 bahagian diwarna mengikut kesukaan ( biasanya hijau dan merah ) dan satu bahagian lagi tanpa warna (dibiarkan warna putih)
  4. Selepas bancuhan dibahagikan, mulakan dengan bancuhan putih dahulu apabila hendak mengukusnya.
  5. Sebelum itu, masukkan sedikit ENO ke dalam bancuhan putih tadi. Sapukan sedikit minyak di acuannya (iaitu cawan atau mangkuk kecil) kemudian tuangkan ke dalamnya perlahan-lahan.
  6. Setelah bancuhan putih habis dikukus, barulah diikuti dengan warna lain sehingga habis.
  7. ENO hendaklah dimasukkan semasa memulakan proses mengukus. Masa yang diambil semasa mengukus ialah selama 15-20 minit. Apabilah sudah masak, sejukkan ia terlebih dahulu, kemudian keluarkan dari acuan itu.
  8. Hidangkan dengan kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam.

 

APAM BAKAR

Bahan-bahan

  • 1 bekas kecil tapai nasi

  • 1 bungkus kecil tepung beras

  • 1 cawan gula

  • 3 gelas air

  • 1 biji pisang

*Kesemua bahan di atas diblendkan

  • 1 ulas bawang putih

  • Sedikit lada hitam

  • Kelapa parut

  •  1 biji telur untuk dilengser dikuali

 

        

      

 Cara menyediakannya

  1. Campur semua bahan yang perlu dimesin dan gaul sebati.
  2. Blend dan biarkannya selama 6 hingga 7 jam
  3. Setelah cukup masanya, tumbuk atau blend lada hitam dengan bawang putih. Setelah itu, masukkan ke dalam adunan apam tadi. Kacau sehingga sebati.
  4. Panaskan kuali kecil dan masukkan minyak sedikit. Goreng telur dengan mengacau perlahan-lahan sehingga masak. Bila telur dah masak, angkat bersama dengan minyak tadi.
  5. Gunakan senduk kecil untuk menuangkan adunan ke dalam kuali. Sebelum itu, sapukan telur dengan sedikit minyak terlebih dahulu dikuali untuk mengelakkan dari melekat semasa menggoreng nanti. Buat begini sehingga habis adunan tersebut.
  6. Masa yang diambil semasa memasak apam ini ialah 1-2 minit sahaja.
  7. Apabila dah masak, hidangkan dengan kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam.  

 

AGAR-AGAR PANCAWARNA

Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar (3.7 gram)

  • 7 gelas air

  • 1 tin susu cair

  • 1 biji telur ayam

  • 2 cawan gula

  • 1 sudu kecil esen vanila

  • 2 helai daun pandan

  • Secubit kecil garam

  • Pewarna (merah, hijau, kuning, koko@milo)

 

Cara menyediakannya

 A

  1. Agar-agar direndam terlebih dahulu.
  2. Ambil sedikit agar-agar (yang telah direndam) lebih kurang 1 gram, kemudian masakkan dengan 2 gelas air dan daun pandan. Biarkan ia larut, kemudian masukkan gula.
  3. Apabila semuanya sudah larut, angkat dan bahagikan kepada 4 acuan/bahagian. Setiap acuan dimasukkan satu pewarna. Biarkan ia sejuk.

B

  1. Masakkan pula agar-agar yang direndam tadi dengan memasukkan 5 gelas air, daun pandan dan secubit kecil garam. Biarkan ia larut.
  2. Apabila sudah larut, masukkan gula dan esen vanila. Biarkan ia mendidih.
  3. Blend susu cair bersama 1 biji telur dan masukkannya ke dalam agar-agar yang sedang mendidih tadi.
  4. Kacau sehingga sebati.

C

  1. Potong dadu agar-agar yang telah disejukkan (Bahagian A) tadi, campurkan keempat-empat acuan warna tadi.
  2.  Ambil sebahagian agar-agar yang dipotong dadu tadi, kemudian masukkan ke dalam loyang. Tuangkan agar-agar yang dicampurkan susu tadi (bahagian B) ke dalam loyang tersebut (yang sudah ada dalamnya potongan dadu yg berwarna-warni)
  3.  Biarkan ia separa keras, kemudian taburkan baki lebihan dadu tadi ke atasnya.
  4. Biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti ais.

 

SELAMAT MENCUBA

Sebarang kemusykilan, sila hubungi 013-5535752 (Yanie)

 

 

 

 

 

   

Hosted by www.Geocities.ws

1