NAK BUAT LAMAN WEB
Aku bukanlah seorang pakar dalam bidang web design nie.  Ada ramai expert kat alam cyber nie. Maklumat yang aku sediakan pun tidaklah lengkap. Ianya setakat ilmu yang telah aku pelajari jer samada secara formal kat kelas ataupun aku rujuk kat internet dan ianya lebih menjurus kepada kaedah umum.  Jadi kepada sesapa yang nak belajar lebih mendalam, rajin-rajinlah surf kat laman web yg lain di dalam internet nie. Sesapa yang nak bagi ilmu tambahan kpd aku, amatlah dialu-alukan.

 
Apa Yg. Diperlukan Jikalau Nak Buat Laman Web

 
1.  Idea atau buah fikiran.
  • Web yg kita nak buat nie mengesahkan apa ? Web tentang peribadi, keluarga, gambar-gambar, lagu-lagu, pelajaran, agama atau gabungan semuanya.  Terpulang-lah kpd kita. 
  • Kita boleh surf kat internet melalui search engine seperti Cari & jengok web berkenaan bagi mendapatkan inspirasi tentang web yang kita nak bina nie.
  • Walaubagaimanapun, sekiranya kita boleh buat laman web yang unik & mempunyai ciri-ciri kelainan daripada web orang lain, maka itu adalah lebih bagus.
  • Sebenarnya nak buat laman web nie bagi beginner spt aku pada permulaan memerlukan pensil dan kertas jer.  Bayangkan apa yang kita nak buat.  Lakarkan bagaimana page (mukasurat) link atau hubung kepada page yang lain dan apa kandungan page tersebut.

 
2.  Website Editor
  • Website Editor nie dalam bahasa mudahnya ialah satu program komputer yang menghasilkan bentuk sebenar laman web yang kita bina. 
  • Ada banyak website editors terdapat di pasaran maupun di dalam internet di mana sesetengahnya tu percuma.  Namun kita boleh kategorikan website edirors ni kepada 2 jenis iaitu HTML editor dan WYSIWYG editor.
  • HTML (Hyper Text Markup Language) atau dikenali sebagai Source Code atau Text Editor

(Bersambung)

[Back]  [Menu]

Hosted by www.Geocities.ws

1