Assalamualaikum

Apakah hukumnya bekerja di tempat-tempat berikut:

1.    Syarikat percetakan yang bukan sahaja mencetak buku-buku ilmiah, tetapi juga mencetak majalah dan buku separuh  lucah termasuk yang berkaitan dengan agama lain.

2.    Syarikat televisyen yang juga menyiarkan filem dan cerita yang tidak bermoral.

3.    Hotel yang menyediakan arak serta kelab-kelab malam.

4.    Apakah rezeki yang diperolehi melalui pekerjaan ini halal?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawab:

Fatwa Qardhawi (Fatawa Mu'asirat):

1. Islam menggalakkan umatnya bekerja dan menegah mereka menganggur.
2. Negara-negara umat Islam hari ini adalah negara-negara yang diwarisi dari
penjajah dan masih memakai sistem penjajah yang bercampur dengan Islam.
3. Setiap orang akan mencari kerjaya yang sesuai dengan kelayakan akademiknya:
jika dia seorang lulusan perbankan, maka sudah tentu dia akan mencari pekerjaan di sektur perbankan;
jika lulusan percetakan, maka sudah tentu di sektur percetakan;
jika lulusan penyiaran (broadcasting); maka sektur penyiaranlah yang akan dipilihnya.
4. Setiap orang Islam hendaklah berusaha memilih yang lebih baik untuk dirinya (ia hendaklah bersedia untuk berhijrah demi kebaikan dirinya)
5. Jika orang Islam berada dalam satu organisasi yang bercampur, cuba elakkan diri dari melakukan kerja-kerja yang jelas haram; misalnya jika bekerja di hotel, janganlah dia berada dalam unit yang ada kaitan dengan pengurusan jualan arak atau disko.
6. Setiap pengalaman yang ditimba dari pelbagai sektur adalah berguna untuk digunakan dalam membina sebuah negara Islam pada masa depan.
7. Kesempitan dan dharurat menghalalkan yang terlarang.

Inilah tujuh kaedah yang boleh digunakan oleh setiap orang Islam secara 'amnya dalam usaha mereka mencari kerjaya untuk menyara hidupnya.

Berdasarkan kaedah yang kita gariskan, orang Islam tidak boleh terlibat secara langsung dalam perkara yang jelas haram tapi berada dalam organisasi yang bercampur aduk adalah masih harus kerana secara 'amnya umat Islam berada dalam sebuah masyarakat dan sistem yang campur aduk.

Dalam kes-kes di atas:

Hukum bekerja di syarikat percetakan, penyiaran TV dan industri perhotelan adalah harus. Ianya ditegah jika umat Islam khusus ditugaskan untuk mengendalikan benda yang haram sebagai satu-satu bidang tugasnya.  Misalnya orang Islam diberi jawatan pengurus di unit Pub dan KaraoKe di sebuah Hotel; atau seorang Islam diberi tugas sebagai pengurus bagi mengendalikan percetakan majalah-majalah separuh lucah sahaja.  Jawatan khusus seperti ini adalah tidak wajar diambil oleh Islam. Misalnya orang Islam menjadi Pengerusi Genting Bhd, atau Pengurus Besar Guiness Brewery atau Carlsberg.

sekian
thtl

[Back]  [Menu]

Hosted by www.Geocities.ws

1