Renungan 1
Berhati - hatilah daripada musuhmu sekali,
tapi.....
Berhati - hatilah daripada sahabatmu sejuta kali,
Barangkali sahabatmu akan menjadi musuh kelak
Kerana ia lebih mengetahui bagaimana untuk menyakitimu....
Renungan 2
Pergaulan bebas tanpa mengikut landasan yang telah ditetapkan
hukum syarak boleh melemahkan iman dan mendekatkan diri kita
dengan kebinasaan di dunia dan di akhirat. Renungkanlah.
Renungan 3
Berkatalah benar walau pun pahit kerana sesungguhnya kebenaran
itu akan pasti mengatasi segala kepalsuan dan kemungkaran yang
nyata.