Karya-karya Saya
KARYA SAYA
Cerita Rakyat
Novel
Bacaan Prasekolah
KARYA SAYA
Melalui laman ini saya menawarkan beberapa cerita
rakyat, empat buah novel, dan beberapa bahan bacaan prasekolah untuk
diterbitkan. Saya boleh dihubungi
melalui telefon atau alamat-alamat seperti berikut:
Tel. 04-4257882
E-mel: [email protected]
Alamat rumah: No. 53, Lorong
Satu,
Cerita Rakyat
Ini merupakan penceritaan semula 20 buah cerita
rakyat dari berbagai-bagai negara terutamanya
Cerita-cerita mengetengahkan
nilai-nilai murni dan pengajaran.
Antara nilai murni yang terdapat dalam kumpulan cerita rakyat
ini ialah nilai kasih sayang, nilai kebijaksanaan, dan nilai tolong-menolong.
Pembaca juga didedah-kan dengan pelbagai pengajaran.
Antaranya, kebaikan bercakap benar, jangan menganiaya orang
miskin, meninggalkan sikap bakhil, jangan berburuk sangka, menghindari
sikap tamak, dan mengamalkan sikap jujur dalam kehidupan sehari-hari.
Judul Cerita-cerita Rakyat
Ringkasan Cerita-cerita Rakyat
Beberapa Fragmen Cerita Rakyat
Bangsawan
Menjadi Tukang Besi (fragmen)
Kereta kuda yang dikenderai seorang bangsawan rosak
di tengah jalan. Mujurlah secara kebetulan ada sebuah bengkel tukang besi
berdekatan. Jadi bangsawan itu mengarahkan supaya
kereta kudanya dibaiki segera. Dengan penuh kemahiran
tukang besi membaiki kereta kuda bangsawan itu dalam masa yang singkat saja.
Dia meminta upah satu rouble.
Bangsawan membayar
upah kepada tukang besi tetapi dia merasa gusar kerana baginya upah itu terlalu
tinggi. Dalam perjalanan pulang, dia merungut-rungut
sepanjang jalan: “Ambil upah satu rouble
untuk kerja sedikit itu. Bukan apa sangat; cuma
buka benda itu, panaskannya, ketuk-ketuk sedikit, sejukkan-nya, dan pasang
balik.
“Itu yang dipanggil kerja? Cis! Percuma
saja dia mendapat satu rouble.
Agaknya tukang besi itu membuat lebih banyak wang daripada
aku. Kalau difikir-fikir, aku pun dapat membuat kerja yang dibuatnya
dengan sama bagus, dan isi kantungku dengan wang.
“Ya, aku patut memerhati dia
bekerja beberapa hari. Kemudian aku ambil alih kerjanya dan halau dia keluar dari
bengkelnya!”
Sehari kemudian, bangsawan itu mula
sering berkunjung ke bengkel besi dan memerhati tukang besi bekerja. Semuanya kelihatan sangat mudah bagi
bangsawan itu. Tidak lama kemudian dia merasa
seolah-olah dia telah mem-peroleh kecekapan membuat kerja itu dan mengetahui
segala-gala yang patut diketahuinya tentang pekerjaan itu.
Dia menyingkirkan tukang besi dari bengkelnya dan
menugaskan saisnya mengipas api dengan belos,
sementara dia sendiri membanting tukul.
Lambat laun datang seorang petani dari kampung
berdekatan membawa sekeping besi lalu merodoknya ke dalam dapur dan berteriak
kepada
Setelah besi panas membara,
bangsawan itu melemparnya ke atas an-das. Sambil menoleh kepada petani dia berteriak, “Hoi
kamu, lekas ketuk besi ini!”
Sambil menyingsing lengan baju, petani mencapai tukul
besi yang besar dan berat dan mula menukul besi itu dengan begitu kuat hingga
terpercik bunga api. Berdentang-dentang
bunyinya. Dan bangsawan itu mencapai tukul yang lebih kecil dan menukul sama. Berdenting-denting bunyinya.
Irama tukulan itu berdentang-denting
kedengaran sampai ke kampung-kampung berdekatan. Lambat laun besi itu menyejuk dan
kelihatan gelap tetapi tiada mata bajak yang terhasil daripada tempaan itu.
Biar
Pohon-Pohon Menghijau (fragmen)
Sebuah perkampungan pondok-pondok tanah liat terletak
di pinggir sebuah hutan campur daun luruh yang ditumbuhi pokok-pokok khejri, akasia, jati dan rohira. Di situlah Amrita Devi membesar
menyayangi pohon-pohon itu sepenuh hatinya.
Sejak kecil jiwanya ditanami rasa
cinta terhadap pohon-pohon hijau oleh keluarganya terutama datuknya yang
berkata kepadanya: “Pohon-pohon me-naungi hidup kita di kampung ini daripada
terik matahari gurun Thar. Kita mesti memelihara hutan dengan pohon-pohon yang menghijau
daripada kemusnahan.”
Mereka sering bersama di bawah
sebatang pokok khejri dan sesudah
datuknya meninggal dan Amrita mendirikan rumah tangga, dia masih pergi kepada
pokok kesayangannya itu di pinggir hutan bersama-sama anak gadisnya dan duduk
di bawah naungannya.
Amrita berkata kepada anaknya:
“Pokok khejri ini sungguh berjasa. Ia kerintangan kemarau
kerana akarnya tumbuh jauh ke dalam tanah. Ia pokok
serba guna. Sawar daripada ranting-rantingnya yang berduri
memagari ladang untuk menjauhkan binatang daripada tanaman.
“Daunnya kita keringkan sebagai
makanan binatang. Buahnya boleh dimakan. Kayunya kita buat
perabot. Dahannya menjadi kayu api. Tetapi yang lebih penting, khejri
dan pokok-pokok lain memberi kita hutan, dan hutan melindungi kampung kita
daripada ribut gurun Thar yang dahsyat itu.”
Bukan saja Amrita dan keluarganya
bahkan seluruh penduduk kampung itu menyayangi dan menghargai pohon-pohon dan
hutan mereka. Mereka
tidak menumbangkan pokok dengan sewenang-wenangnya melainkan memulihara hutan
supaya tidak pupus.
Pada suatu hari sedang Amrita menyediakan makan
tengah hari untuk suami dan anak-anaknya, kedengaran di telinga sayup-sayup
bunyi redam seperti bunyi mata kapak menghentam batang kayu. Amrita menyuruh
anak gadisnya pergi melihat apa yang berlaku.
Sebentar kemudian anak gadis itu
kembali dengan lidah yang kelu. Amrita meluru ke luar rumah. Dia nampak
beberapa orang sedang berkumpul di pinggir hutan. Dia
meluru ke pinggir hutan diekori anak perempuannya.
Harimau
Mendapat Guru (fragmen)
Jauh di sebuah banjaran gunung yang tinggi, tinggal
seekor harimau yang gagah tetapi sangat cemerkap. Kerana terlalu cemerkap, dia acap
kali gagal memburu mangsanya. Hal ini agak luar biasa
bagi seekor harimau.
Pada suatu hari dia keluar daripada
guanya untuk mencari makanan. Ketika bergerak tergopoh-gapah di permukaan lereng yang
berlekak-lekuk itu, dia ternampak seekor kucing menuruni lereng gunung dengan
tangkas dan pantas. Pergerakan kucing yang pantas dan
bersahaja itu menimbulkan rasa iri hati harimau.
“Alangkah baiknya jika aku sepandai
kucing itu!” dia berbisik di dalam hati.
Lantas dia mendatangi kucing yang
segera berjaga-jaga supaya tidak terlalu dekat dengan harimau.
“Yang mulia tuan guru,” kata
harimau dengan sopan, “bolehkah tuan ajarkan kepada saya cara mendaki gunung
secekap tuan?”
Mengetahui bahawa harimau berhati batu, kucing takut
jika dia mengajar harimau segala ilmunya, mungkin itu akan
membahayakan nyawanya sendiri. Oleh itu dia menggeleng
kepalanya dan berkata, “Saya rasa tak perlu. Kalau
saya ajar kamu, apa jaminannya bahawa kamu tak akan menggunakan ilmu kamu untuk
menangkap saya?”
Harimau itu berlagak manja dan
menyembah sujud kepada kucing.
“Tuan guru yang mulia,” katanya,
bersopan, “saya berpegang pada janji. Jika tuan sudi mengajar saya, saya tak akan
mengkhianati jasa tuan itu. Kemudian hari, jika sesiapa
Terpedaya dengan kata-kata manis
itu, kucing mula bersimpati dengan harimau.
“Baiklah,” kata kucing, “saya akan
ajar kamu jika kamu benar-benar berpegang pada janji dan tidak bersikap seperti
kacang lupa akan kulitnya.”
Pagar
Makan Padi (fragmen)
Kura-kura dengan tiga ekor anaknya tinggal di tebing
sungai. Ketiga-tiga
anak-nya yang masih lembut cangkerangnya telah menarik perhatian musang yang
tinggal di dalam hutan di tebing sungai itu.
Pada suatu pagi
kura-kura bertemu dengan musang. “Lama betul
kita tak berjumpa,” Musang menyapa kura-kura dengan penuh sopan.
“Akhir-akhir ini saya agak sibuk,”
sahut kura-kura. “Maklumlah, menjaga anak-anak yang masih kecil.”
“Awak ibu yang patut dicontohi,”
kata musang menggulakan cakapnya.
“Memang bagus awak mengambil berat tentang anak-anak. Bagaimana pela-jaran mereka?”
“Pelajaran?” kura-kura tersentak. “Terus terang saya katakan, saya
belum memikirkan hal itu. Anak-anak saya masih kecil.”
“Melentur aur biar dari rebung,”
tegas musang. “Melatih
anak biarlah se-masa mereka kecil lagi.”
Kura-kura berfikir panjang,
kemudian berkata: “Saya pun tidak tahu kepa-da siapa harus saya serahkan mereka
untuk berguru.”
“Jangan bimbang, puan,” kata musang,
berlembut. “Saya
dah lama ber-henti mengajar, tetapi oleh sebab awak jiran saya, saya tak
keberatan mengajar anak-anak awak. Serahkan mereka
kepada saya.”
Tanpa syak wasangka, kura-kura pun
bersetuju menyerahkan anak-anaknya kepada musang lalu membawa mereka ke
kediamannya. Walaupun hatinya
hiba, dia berasa bangga kerana anak-anaknya akan
diajar dan dilatih oleh musang.
Pada malam itu juga musang memakan
seekor daripada anak kura-kura. Apabila kura-kura pergi melawat anak-anaknya pada hari berikutnya,
musang membawa dua anaknya yang masih hidup dari dalam lubang. Kemudian mem-bawa mereka masuk semula. Selepas
itu dia membawa seekor daripadanya keluar. Menyangka
anak-anaknya selamat, kura-kura merangkak pulang kegem-biraan.
Raja
Yang Bakhil (fragmen)
Pernah diceritakan orang tentang seorang raja yang
sangat mengambil berat terhadap rakyatnya tetapi bersifat bakhil. Untuk menjimatkan wang, baginda
sanggup berbohong atau menipu.
Perdana menteri menasihati raja
dalam pelbagai perkara, terutamanya tentang urus niaga yang adil dan saksama. Dia amat menyayangi baginda oleh
sebab itu dia berusaha untuk mengelakkan baginda daripada melakukan ama-lan-amalan
yang salah.
Dia tahu dengan berbohong dan menggunakan cara-cara
yang tidak berakhlak untuk berjimat, lambat laun raja akan
mendapat susah. Oleh itu, perdana menteri berusaha supaya
raja tidak mencampuri urus niaga yang melibatkan kewangan.
Raja sangat meminati kuda. Baginda amat suka membeli
kuda-kuda yang bagus. Baginda sendiri mempunyai
beberapa ekor kuda daripada baka yang sangat baik. Seekor
daripada kudanya dipanggil Badai. Kuda itu sangat
galak, dan dikurung berasingan kerana dikhuatiri menyerang dan mencederakan
kuda-kuda lain dengan tendangan dan gigitannya.
Pada suatu hari seorang peniaga
tiba di negeri itu membawa seratus ekor kuda. Raja tahu bahawa perdana menteri tidak akan membenarkannya tawar-menawar dengan peniaga itu. Jadi
baginda memanggil menteri lain untuk berunding dengan
peniaga tersebut.
Bahkan raja berbisik ke telinga
menteri itu, “Jangan berunding dulu dengan peniaga itu. Lepaskan si Badai bersama-sama
seratus kuda itu pada malam ini. Si Badai akan
mencederakan semua kuda itu. Pasti kuda-kuda itu tidak dapat
tidur dan makan kerana kesakitan.
“Tanpa makanan dan rehat
semuanya akan menjadi lemah. Nah, ketika itu bolehlah kamu
bincangkan harga kuda-kuda itu. Kerana keadaan
kuda-kudanya yang lemah, peniaga itu harus meletak harga yang rendah. Kamu faham rancangan beta?”
Tugas
Yang Lebih Ringan (fragmen)
Seorang
suami yang suka berleter
memberitahu isterinya, “Saya di ladang se-panjang hari bekerja
seperti baghal sedangkan awak bersantai-santai di rumah membuang masa. Tanggungan awak sungguh ringan.”
Pada suatu hari isterinya menyahut,
“Baiklah, kalau begitu elok kita ber-tukar tempat. Hari ini saya akan keluar
ke ladang dan awak tinggal di sini dan jaga rumah. Kemudian
kita tengok tanggungan siapa lebih ringan.” Lelaki itu
melompat kegembiraan.
“Bagus,” katanya. “Saya tinggal di rumah dan buat
segala kerja di dalam rumah ini. Awak keluar bekerja
di ladang.”
Sebelum keluar, isterinya
menerangkan kerja-kerja rumah yang perlu dilakukan oleh lelaki itu.
“Hari ini masak bubur untuk makan
malam dan godak sedikit mentega,” kata perempuan itu. “Dan jangan lupa membawa lembu
keluar untuk merumput. Senja nanti saya pulang.”
Lelaki itu hanya tersenyum. “Jangan bimbang, akan saya uruskan
sebaik-baiknya,” katanya keriangan. “Saya tahu apa nak
buat.”
Kemudian
isterinya terus keluar ke ladang dan lelaki itu menyalakan pipa sambil
memikirkan apa yang harus dibuatnya dulu. “Baik aku masak bubur dulu,” dia berbisik sendirian.
Lalu dia mencuci periuk, dan
memasukkan air dan bijiran di dalamnya. Kerjanya sentiasa terganggu oleh sebab pipanya asyik
padam dan dia terpaksa menyalakannya semula berkali-kali. Namun, dia
berjaya menyalakan api dan meletakkan periuk di atas
dapur.
Kemudian dia mengipas-ngipas api
supaya bubur masak lebih cepat. Lambat laun air di dalam
periuk mula menggelegak dan dia mengacau bubur supaya tidak hangit. Ketika itu juga kedengaran lembunya melenguh, dan baru teringat
olehnya bahawa dia belum membawa binatang itu untuk merumput.
“Sementara aku bawa lembu ke
Dia bergegas ke perigi menimba air
dan kemudian menuangnya ke dalam periuk tetapi malangnya dia terlajak. Air melimpah dan memadamkan api.
Oleh itu, dia terpaksa menyalakan api semula. Sementara itu kedengaran lembunya melenguh panjang.
“Sabar, sabar,” teriak lelaki itu. “Aku akan lepaskan kamu sebentar
lagi.”
Novel
Saya panggil novel-novel ini kumpulan cerita-cerita
dari “hutan paya bakau.” Keempat-empat cerita ini bertemakan alam sekitar yang saya juruskan
kepada pemeliharaan hutan paya bakau yang kian pupus dilanda arus pembangunan.
Melalui novel ini saya ingin menyuntik kesedaran di dalam
diri pembaca terutamanya para remaja terhadap penjagaan dan pemuliharaan hutan
paya bakau serta seluruh flora dan faunanya.
Selepas peristiwa tsunami 26
Disember 2004, rakyat dan kerajaan negara-negara terlibat mula sedar tentang
pentingnya hutan paya bakau di susur pantai. Ia menyerap tenaga daripada
ombak besar yang melanda pantai. Oleh itu, sementara hutan bakau sendiri
mengalami kemusnahan, ia akan melindungi prasarana di
belakangnya.
Negara kita sendiri kini mengambil
langkah menanam semula pelbagai spesies pokok bakau di susur pantai yang
mengalami kepupusan hutan bakau akibat arus pembangunan. Dengan musnahnya hutan bakau, maka
flora dan faunanya turut mengalami kepupusan.
Salah satu contoh penting ialah
keluang
Bahasa yang digunakan mudah
difahami, jelas, dan menarik. Cerita-cerita ini sesuai dibaca oleh para remaja yang berumur antara
12 hingga 15 tahun. Cerita-cerita ini tidak sahaja mengetengahkan
nilai-nilai murni dan pengajaran bahkan mengandungi fakta-fakta menarik yang
dapat menambahkan pengetahuan pembaca tentang flora dan fauna yang terdapat di
hutan paya bakau.
Judul Novel
Sinopsis Novel
Khazanah di Antara Laut dengan Darat
Mujur, seekor memerang muda yang cacat, menghadapi
kesukaran menyesuaikan diri dengan persekitaran hidup di hutan paya bakau. Baginya hidup di hutan bakau tidak
menyelesakan apatah lagi dia sering dicemuh oleh Jelatang (kera) dan Pongah
(khinzir liar) kerana kecacatannya. Namun nasihat
berguna daripada Pak Tua (datuknya) dan Pak Sabar (kura-kura) memulihkan yakin
diri Mujur. Didorong oleh nalurinya untuk berbuat baik sesama makhluk,
Mujur berjaya membuktikan kebolehannya menangani masalahnya dan juga kesulitan
yang dihadapi penghuni hutan bakau yang lain. Dia dan
sahabatnya, Mungil (kancil) berjaya menghadapi fitnah dan tomahan Jelatang yang
ingin memutuskan persahabatan mereka. Mereka juga
berjaya menyelamatkan Lampai (biawak serunai) dan Sisik (tenggiling) daripada
ditangkap pemburu. Kerana kecekalannya, Mujur akhirnya
menggagalkan rancangan Jelatang untuk mempersembah kekasihnya, Pasrah (memerang
dara), kepada Raja Belit (ular sawa) sebagai korban. (± 40,000 perkataan / ± 89 muka
Senja
Senja (keluang) dilahirkan di
hutan paya bakau. Dia dipelihara induknya sehingga dapat terbang dan
mengekorinya mencari makan. Dia kurang senang dengan
perangai keluang dewasa yang suka bergaduh merebut tempat tenggeran dan tempat
makan. Pada suatu malam di tempat makan, Senja
terperanjat mendengar bunyi tembakan. Dia dan keluang lain
terbang bertempiaran menyelamatkan diri. Kerana ketakutan,
Senja terbang jauh bersembunyi di sebuah belukar. Pada
mulanya dia berasa seronok tinggal berseorangan di situ tanpa gangguan. Kemudian dia mula kesunyian dan merindui ibunya. Tetapi dia tidak tahu jalan pulang. Mujur
dia bertemu dengan seekor keluang tua yang membawanya ke kawasan tenggeran di
kaki bukit. Di situ Senja berkenalan dengan
keluang-keluang muda yang tidak suka kepada manusia kerana penganiayaan mereka
terhadap keluang. Senja terpengaruh dengan cerita mereka dan memendam
sentimen sama terhadap manusia. Bagaimanapun
peristiwa-peristiwa yang menyusul kemudian, semasa Senja mencari jalan pulang,
telah mengubah sentimennya itu. (± 10,000 perkataan / ± 22 muka
Rentan
Rentan (umang-umang) tinggal di dataran lumpur di
kawasan hutan bakau di susur pantai. Saban hari dia menjalani hidup harian
mencari makan di dataran lumpur dan mempunyai banyak sahabat handai. Rentan
mesra dengan seekor umang-umang tua yang uzur. Pada suatu hari dia menjumpai sebutir
cangkerang yang aneh. Dia mencuba cangkerang itu dan berasa selesa merumahinya.
Dia berasa bangga merumahi cangkerang itu kerana berbeza daripada umang-umang
lain. Dia mula menyombong diri, tidak lagi mesra dengan sahabat handai seperti
dahulu, termasuk umang-umang tua yang uzur. Umang-umang tua cuba menasihatinya
tetapi dia tidak mempedulikannya. Pada suatu hari Rentan menghadapi suatu keadaan
yang akhirnya membawa keinsafan kepada dirinya. Akhirnya, Rentan pergi bertemu
dengan umang-umang tua untuk meminta maaf. Rupa-rupanya umang-umang tua pernah
melalui pengalaman yang dilalui Rentan pada suatu masa dahulu. (± 10,000
perkataan / ± 22 muka
Kraa
Kraa, anggota perkampungan kera berekor panjang di
kawasan hutan bakau di susur pantai, sempat menyaksikan kematian bapanya, Raja
Kera, dibelit seekor ular sawa. Jelatang mengambil alih tempat Raja Kera
sebagai raja. Kemudian Kraa mendapat tahu Jelatang telah berkomplot
menghapuskan bapanya lalu dia melarikan diri dari perkampungan itu. Dia
berhijrah ke perkampungan kera yang lain, dan hidup sebagai pelarian di situ.
Kraa bersahabat dengan seekor kera tua yang mendidiknya menjadi gagah dan
bijaksana. Pada suatu hari Kraa menyahut cabaran Penghulu Kera dalam satu
sayembara tetapi setelah dia berjaya Penghulu Kera enggan mengiktiraf
kemenangannya itu. Kemudian Kraa menewaskan Penghulu Kera dalam satu
pertarungan sengit dan menggantikan tempatnya sebagai penghulu. Dengan bantuan
beberapa perajurit yang handal, dia menyerang dan menawan perkampungan
Jelatang. Kraa akhirnya berjaya menggabungkan dua perkampungan kera di bawah
pemerintahannya. (± 10,000 perkataan / ± 22 muka
Fragmen Novel
Khazanah di Antara Laut dengan Darat (fragmen)
Ketika itu, meloncat turun entah dari mana-mana,
seekor kera tiba-tiba saja menerpa lalu duduk di atas belakang Pak Sabar.
“Jelatang!” kedua-dua Mungil dan Mujur menjerit
serentak. Pak Sabar
terperanjat merasakan beban yang amat berat di atas belakangnya lalu
menyorokkan kepala dan keempat-empat kaki kekarnya di dalam cengkerangnya.
Mujur segera mendongak, mengimbas dahan-dahan yang
bersimpang-siur di atas kepala. Tiada kelihatan
sekerat kera pun yang bergayut di situ. Tidak, mereka
bukan ada di kawasan kera. Pasti Jelatang telah hanyut
sendirian, meniti dari dahan ke dahan, dan ternampak mereka bertiga di tanah.
“Jangan ganggu dia!” teriak Mungil kegusaran.
“Kasihanilah dia,” kata Mujur merayu. “Dia tidak pernah mengganggu kamu.”
Jelatang mula memperagakan diri di atas belakang Pak
Sabar. Sekejap duduk, sekejap berdiri,
sebentar terloncat-loncat, sejurus kemudian tergaru-garu sambil mengerisin dan
menjerit-jerit keseronokan. Pak Sabar bungkam menyorok
di dalam cengkerangnya yang terletak kaku di atas tanah. Memang nalurinya untuk bertindak demikian ketika menghadapi bahaya.
“Turun dari belakang Pak Sabar, biadab!” jeritan
mersik meletus dari mulut Mungil. Kancil itu tak tertahan melihat kura-kura tua itu dibiadabi.
“Hormatilah warga yang lebih tua daripada kita,” kata
Mujur sedih melihat Pak Sabar dihina seperti itu.
Dia dan Mungil menghormati Pak Sabar dan mereka tidak akan tergamak duduk di atas belakang Pak Sabar. Mereka menganggap perbuatan itu seperti menghina warga tua itu.
Jelatang langsung tidak mempedulikan teguran kedua-dua
sahabat itu bahkan dia memperagakan perangai yang lebih jelik lagi. Sambil berdiri mendekap tangannya, dia menghentak-hentak kaki
kirinya pada cengkerang kura-kura tua itu.
“Jalan!” perintah Jelatang sambil berlagak seperti
raja. “Kalau kamu tidak bergerak,
bagaimana beta akan sampai ke istana untuk beristirahat tengah hari ini?”
“Turun dari belakang dia, bedebah!” Mungil menjerit dengan nyaring.
“Hentikan perbuatan yang jelik ini!” Mujur memekik sambil berdiri mendepang kaki
depannya.
Merasa cemas oleh gesaan pencabarnya bertalu-talu, kera
itu menyeringai memperagakan taring dan gigi kacipnya hingga hidung pesek dan
telinga bogelnya yang lancip berkulit hitam itu tertarik ke belakang.
“Jangan jadi penyibuk!” sergah Jelatang membantah. “Bukan belakang kamu yang aku tunggang.
Bahkan kura-kura tua ini tidak membantah sedikit pun.”
“Itu bukan bererti kamu boleh buat sesuka hati!” Mungil membalas sergah.
“Tidak baik menghina sesama makhluk,” suara Mujur
berisi kesayuan.
“Tidak mengapa kamu berdua,” kata Pak Sabar tenang,
menjengulkan sedikit domolnya. “Dia hanya mahu duduk di atas belakangku sekejap.”
Sebenarnya Pak Sabar
“Bukan sekejap saja kura-kura tua,” kata kera berbulu
kelabu keperangan itu sambil duduk berdakap tangan seperti raja. “Bawa beta balik ke istana segera. Ayuh jalan!”
Percubaan Pak Sabar untuk meredakan ketegangan itu
nyata gagal. Bahkan kelakuan Jelatang memarakkan
lagi api kemarahan Mungil dan Mujur.
“Ayuh jalan!” sergah Jelatang apabila kura-kura tua
itu tidak bergerak-gerak. Pak Sabar terus menyorok di dalam cengkerangnya.
“Kalau lambat begini bilakah beta akan sampai ke
istana beta?” kata Jelatang mengejek.
“He biadab, kamu tak layak duduk di atas belakangnya! Turun, cepat turun!” Mungil
memekik garang.
“Hentikan segera perbuatan kamu menghina warga yang
mulia ini,” kata Mujur seolah-olah tidak berdaya.
“Aku tinggal di tempat yang tinggi,” kata Jelatang
dengan selamba. “Kamu semua
merayap di tanah rendah. Tentulah aku lebih mulia,
bukan?”
Senja (fragmen)
“Siapa yang meneroboh siapa, Pak Tua,” kata Guram
membantah. “Bukankah
selama ini orang yang mencerobohi hidup keluang? Mereka
menebang hutan dan memusnahkan habitat keluang. Mereka
menembak suku-sakat kita tanpa belas kasihan. Adilkah
itu?”
“Tidak patut orang menganiaya
keluang,” kata Senja kesal.
“Tidak semua orang menganiaya
keluang,” kata Pak Tua berlembut.
“Itu betul,” pintas Guram. “Tetapi selagi ada orang yang
tidak bertimbang rasa terhadap keluang, hidup kita tidak akan tenteram. Sungguh tidak adil. Orang tidak menghargai
kebaikan yang kita lakukan.”
“Aku rasa tidak banyak orang yang
sedar akan kebaikan yang kita lakukan saban malam,” kata Pak Tua. “Itu sebabnya mereka tidak
menghargai keluang.”
“Sama ada mereka sedar atau tidak,”
Guram mencelah, “perbuatan orang menganiaya keluang tidak dapat dimaafkan. Mereka hanya mementingkan kebajikan mereka tanpa
menghiraukan kesejahteraan makhluk lain di sekeliling
mereka.”
“Perbuatan keluang menceroboh
tanaman mereka menimbulkan kemarahan mereka,” kata Pak Tua. “Mereka hanya melindungi hak
mereka.”
“Melindungi hak dengan menggunakan
peluru senapang,” kata Guram. “Itu menunjukkan mereka tiada belas kasihan.”
“Tidak adakah cara lain
untuk menghalau keluang tanpa mengorbankan nyawa,” kata Senja.
“Keluang-keluang yang mati ada
harga, dik,” tambah Guram. “Bahkan ada orang yang menembak keluang untuk makanan.”
“Orang makan keluang?” tanya
Senja terperanjat. “Ini pertama kali saya dengar.”
“Bukan semua orang makan keluang,”
celah Pak Tua.
“Orang percaya daging keluang
mempunyai khasiat perubatan,” jelas
“Itu sebabnya aku selalu
menasihatkan kamu berdua supaya sentiasa berhati-hati,” kata Pak Tua.
“Nasihat Pak Tua tak kami lupakan,”
kata
“Dewasa ini hidup tak seperti
dulu-dulu lagi buat kita keluang,” kata Pak Tua, melepaskan keluh. “Hidup lebih menyeronokkan ketika
umurku sebaya kamu. Aku berasa bebas dan selamat
ketika itu.”
“Saya baru hendak mengecap
keseronokan hidup,” kata Senja. “Rupa-rupanya hidup ini tidak seperti yang saya impikan.”
“Hidup ini penuh dugaan, nak,”
tegas Pak Tua. “Perjalanan
kamu masih panjang. Kamu akan menempuh segala
ranjau kehidupan. Lambat laun kamu akan belajar daripada
pengalaman hidup.”
“
“Oh ya, tentang induk keluang itu
…” kata
“Induk keluang?” pintas Senja. “Apa yang abang dengar?”
“Induk keluang itu sedang mencari
anaknya yang hilang,” sahut
“Mungkin itu ibu saya,” kata Senja
teruja.
“
“Kalau tak salah, namanya Remang,”
sahut Guram.
“Betul Remang,” kata
“Remang?” celah Senja kegirangan. “Itu ibu saya!”
“Mungkin ibu kamu, mungkin bukan,”
kata Pak Tua. “
“Nama anaknya Senja,” tegas
“Sah itu ibu kamu, nak,” kata Pak
Tua. “Di mana
kamu jumpa dia?”
“Di hutan belukar di lereng bukit
besar itu,” tegas Guram.
“Malam nanti kita ke
“Syukur,” kata Senja, kegirangan. “Saya akan berjumpa dengan ibu
semula.”
Rentan (fragmen)
Di atas batang kayu yang bersalut
keladak itu, Rentan nampak dua kenalannya sedang bertengkar merebut sebutir
sarang unam. Masing-masing
menjepit sarang unam itu dengan sepit mereka, dan saling merentap. Rentan bergegas menuruni batang kayu itu lantas mendatangi mereka.
“Apa halnya ini, Gegas, Rakus?”
terus dia bertanya.
“Saya mendahului Rakus mendapatkan
sarang unam ini,” sahut Gegas segera.
“Saya rasa sarang unam ini sesuai
untuk saya,” pintas Rakus. “Saya sedang mencari sarang yang lebih besar.”
“Tetapi Gegas mendahului kamu
mendapatkan sarang ini,” kata Rentan berlembut. “Sepatutnya sarang ini kepunyaan
dia.”
“Bahkan saya sudah memeriksa sarang
unam ini,” Gegas bertegas.
“Tetapi kamu belum pun
merumahinya,” kata Rakus selamba.
“Bagaimana kamu boleh mendakwa ini sarang kamu?”
“Saya baru hendak berpindah ke
dalamnya tadi,” sahut Gegas. “Tiba-tiba kamu datang hendak merampasnya daripada saya.”
“Kamu tak nampak bermasalah dalam
rumah kamu itu,” Rakus memintas. “Sedangkan saya benar-benar tidak selesa dalam rumah saya ini.”
“Pandai pula kamu meramal keadaan
saya dalam rumah saya sendiri?” sindir Gegas.
“Kalau begitu baik kita bertarung
untuk merebut sarang ini,” kata Rakus.
“Tolong jangan bergaduh,” pintas
Rentan, membujuk. “Nanti masing-masing akan mendapat cedera. Itukah yang kamu mahu?”
Ketegangan mengendur sedikit tetapi
kedua-duanya terus bertikam lidah.
Tiba-tiba Rentan teringat bahawa dia sendiri sedang mencari
sarang unam yang lebih kecil untuk dirumahi. Justeru
dia mendapat satu akal.
“Aku rasa aku tahu bagaimana
menyelesaikan masalah ini,” bisik Rentan di dalam hati. “Itu pun kalau mana-mana satu
daripada mereka mahu bertolak ansur.”
Kraa (fragmen)
Ketika Raja Kera berbalahan dengan anaknya yang
bantah itu, dua anak buahnya, Jelatang dan Tumu, sedang bertenggek di dahan
bakau dekat rawa kecil yang sangat lengang, jauh dari perkampungan mereka. Mereka berpandang-pandangan dan
teragak-agak hendak berbuat sesuatu.
Di perdu bakau itu seekor ular sawa
besar berkulit gelap sedang tidur melingkar, setelah berhari-hari mencernakan
mangsa di dalam perutnya dan beristirahat berminggu-minggu lamanya.
“Ayuh, kejutkan
dia,” Jelatang mendesak Tumu.
“Kita mungkin menggusarkan dia,”
kata Tumu teragak-agak.
“Kamu hendak menjadi orang kananku,
bukan?”
“Sudah tentu, Tang.”
“Kalau begitu, kejutkan dia.”
“Tuanku Raja Belit!” seru Tumu
dengan nyaring. “O, tuanku Raja
Belit!”
Tubuh Raja Belit yang kekar itu bergerak-gerak,
kemudian kepalanya yang pipih
terpanggung.
“Siapakah yang begitu nekad,” Raja
Belit mendesis, “berani mengganggu tidurku?”
“Kami di sini, tuanku Raja Belit,”
sahut Tumu, gugup. “Kami ada hajat.”
Raja Belit hanya mendongak tanpa
bergerak mahupun membuka lingkarannya. Lidahnya yang bercabang terjelur-jelir menderiai bau
di sekeliling.
“Dah lama aku tak menelan
suku-sakatmu, kera,” Raja Belit bunyi mengancam. “Biar bagus alasan kamu
mengejutkan aku daripada tidur. Jika tidak dendamku
membawa ke mati.”
“Betul kami membawa hajat,” tegas
Tumu. “Kami
pohon perkenan tuanku agar menerima persembahan kami.”
“Jangan memperolok-olok aku, kera,”
Raja Belit mendesis ganas. “Nanti buruk padahnya.”
“Kami bukan berolok-olok,” pintas
Jelatang, bertegas. “Persembahan itu akan kami bawa asalkan tuanku berkenan.”
“Seumur hidupku, tidak pernah aku
terima persembahan daripada kaum kerabatmu,” Raja Belit mendesis keras. “Mengapa dengan tiba-tiba layanan
baik ini?”
“Kami lakukan ini lantaran hormat
kami terhadap tuanku,” sahut Tumu beria-ia.
“Jangan
“Kami cuma hendak berjasa kepada
tuanku,” kata Jelatang berlembut.
“Sudikah tuanku terima persembahan kami?”
“Persembahan apa yang hendak kamu
bawa kepada aku?” kata Raja Belit menguji.
“Kami akan membawa Raja Kera
sendiri untuk tuanku,” kata Jelatang, bertegas.
“Permainan apa yang kamu main ini,
kera?” kata Raja Belit kehairanan.
“Bolehkah aku percaya kepada anak buah yang belot kepada
tuannya sendiri?”
“Kami berpegang pada janji,” tegas
Jelatang. “Akan
kami persembahkan Raja Kera kepada tuanku.”
Bacaan Prasekolah
Ini merupakan sembilan bahan bacaan prasekolah. Bahasa dan kosa kata yang digunakan
mudah dan berulang-ulang sesuai untuk kanak-kanak yang mula belajar membaca.
Bahan-bahan ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang berumur
enam tahun ke bawah. Walau bagaimanapun, pelajar
berusia 13 dan 14 tahun juga masih sesuai membaca cerita-cerita ini kerana
bersifat universal. Bahan-bahan ini menyelitkan
peristiwa-peristiwa lucu yang dapat merangsang pemikiran kanak-kanak.
Judul Dan Ringkasan
RESUME SAYA
Mohd Sharif Marikan
No. 53, Lorong Satu
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 04-4257882
Objektif:
Mempelawa
penerbit yang berminat menerbitkan karya saya.
Mencari
tugas menyunting (karya dalam bahasa Melayu) dan menterjemah
(Inggeris-Melayu-Inggeris) sambilan.
Pendidikan:
Universiti Malaya
Sarjana Muda (Kepujian)
Rancangan Penulisan Kreatif
dan Deskriptif
1979/1982
Pengalaman:
1969 – 1979: Mengajar
di Sekolah Menengah Pokok Sena, Alor Setar, sebagai guru Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris
1982 – 1986: Mengajar
di Sekolah Menengah Merbok, Bedong, Kedah, sebagai guru Bahasa Melayu; menjadi
guru Ketua Panitia Bahasa Melayu
1986 – 2003: Menjadi
Penolong Pengarah Penyelidikan di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah Darul
Aman (PSPN); menjadi Ketua Pengarang majalah Wawasan terbitan PSPN
Hasil penulisan:
Laporan kesalahan umum tatabahasa
Inggeris dalam latihan ‘Note Expansion’ di kalangan murid tahun enam. (2000) Alor Setar: PSPN Kedah Darul Aman
Kesalahan
Umum Penggunaan Bahasa Melayu dalam Karangan Murid (1992) Alor Setar: PSPN Kedah Darul Aman
Laporan kesalahan umum tatabahasa
Melayu dalam karangan murid tahun enam. (1990) Alor Setar: PSPN Kedah Darul Aman
Buku Kerja Bahasa
Bimbingan
SRP Bahasa
Anugerah:
2003 – Bintang Cemerlang Kedah (BCK) diberi oleh
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
1982 – Hadiah Buku
Universiti