SELAMAT DATANG KE UNIT ASRAMA KOLEJ MATRIKULASI JOHOR   

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       INDEXCARTA ORGANISASIFELO KEDIAMANKEMUDAHANPERATURAN


Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) mempunyai 6 buah kolej kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.

Dasar utama penempatan pelajar di Kolej Kediaman ialah memberi penempatan selesa dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya. Pihak kolej telah mengadakan pelbagai aktiviti pelajar mencakupi aspek akademik, kepimpinan, sukan, rekreasi sosial dan kerohanian.

Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran dan perpaduan pelajar. Dasar kolej kediaman universiti adalah untuk memberi tempat penginapan dengan persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat. Semua pihak sama ada pengurusan kolej atau penghuni menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai. KMJ mempunyai 6 buah kolej kediaman yang boleh menempatkan seramai 1,340 orang siswa dan 3,164  orang siswi.

 Unit ini bertanggungjawab dalam pengurusan penempatan pelajar  di kolej kediaman yang ditetapkan serta kemudahan yang berkaitan dengannya. KMJ mempunyai 6 blok kediaman di mana 4 blok dikhaskan kepada pelajar wanita dan 2 blok bagi pelajar lelaki. Disamping itu, disediakan  juga bilik bagi pelajar 'disabled' bagi kemudahan golongan OKU di setiap blok.Setiap blok diberi nama mengikut nama ilmuan islam seperti Al -Zahrawi, Al-Kindi,Al-Jazari, Al-Razi , Al Biruni, Al-Khawarizmi

VISI

Pengurusan pentadbiran kolej kediaman berkesan dan bersistematik.

MISI

 Memastikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman mencapai mencapai peraturan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan dengan cemerlang.

 

OBJEKTIF

Memastikan segala keperluan asrama dilengkapi dengan sempurna.

Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin.

Memastikan segala kerosakan di kolej kediaman dibaiki dengan segera.