VISI

Pengurusan pentadbiran kolej kediaman berkesan dan bersistematik.

 

MISI

Memastikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman mencapai mencapai peraturan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan dengan cemerlang.

 

OBJEKTIF

Memastikan pentadbiran dan pengurusan asrama mengikut peraturan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan.

Memastikan setiap pelajar yang mendaftar di Kolej Matrikulasi Johor mendapat tempat tinggal yang kondusif bagi melahirkan pelajar yang cemerlang.

Memastikan segala keperluan asrama dilengkapi dengan sempurna.

Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin.

Memastikan segala kerosakan di kolej kediaman dibaiki dengan segera.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami, pihak Pentadbiran Kolej Kediaman beriltizam akan :

  1. Memastikan urusan penempatan pelajar Kolej Kediaman diselesaikan dalam tempoh sepuluh (10) minit.
  2. Memastikan pelajar dihantar mengikut masa untuk menerima rawatan di klinik dalam tempoh (15) minit selepas aduan diterima.
  3. Memastikan aduan kerosakan akan diambil tindakan dalam masa (48) jam.
  4. Memastikan keselamatan pelajar terjamin sepanjang berada di kolej Kediaman.
  5. Memastikan kemudahan prasarana pelajar mencukupi dan terurus sepanjang masa.
  6. Memastikan pelajar mendapat bungkusan / surat yang dihantar dengan cepat setelah tiba di Kolej Kediaman.
  7. Memastikan waris mendapat maklumat berkaitan dengan pelajar yang hendak dihubungi dalam tempoh sepuluh (10) minit.