Jalan-Jalan Masuk Kg: Ketabahan Seorang Ibu
Weekend baru-baru ini (29/3/08), seperti di
waktu-waktu kelapangan yang lain, bersama-sama dengan dua orang rakan regular
team Biro Amal NGO Wargakilang. com, iaitu sdra Wahab dari kilang Venture dan
Tn Haji Fendi dari kilang Fuji, sekali lagi kami diberi kesempatan dan
kelapangan untuk meneruskan agenda jalan-jalan melawat keluarga/insan yang kami rasakan sedikit kurang bernasib baik
berbanding dengan majoriti kita-kita yang sedang bekerja di kilang-kilang ini.
Ada 3 keluarga yang kami ziarahi; keluarga Pn
Zaiton (42) Ibu Tunggal separuh lumpuh anak 6 di Sg Kob, keluarga adik Firdaus
(22) seorang Abang yang tekad membesarkan 5 orang adik-adiknya yang jatuh yatim
piatu seminggu yang lepas di Karangan. Kedua-duanya di daerah Kulim, dlm
kawasan Parlimen Pdg Serai, kira-kira 15 minit perjalanan dari kawasan industri
Kulim Hitech. Keluarga yang ke-3 pula ialah keluarga Pak Omar (50) di Kg Teluk
Petata, Baling Kedah, tinggal nun jauh di hujung kampung, di sebuah rumah
typical org kg yg miskin yang terus-terusan melambangkan bahawa kemiskinan
masih lagi merupakan satu agenda utama permasalahan bangsa.
Dalam email ini, saya ingin mulakan dengan kisah
keluarga Pn Zaiton.
Kisahnya agak menarik kerana dalam banyak banyak
kisah masuk kg yang pernah saya garap, kisah Pn Zaiton inilah yang menyebabkan
saya, wahab dan Fendi tiba-tiba jadi terpana, tiba-tiba sahaja terus teringat
dan timbul rasa simpati, kasih dan sayang serta rasa appreciation yang tak
terhingga terhadap isteri-isteri kami. Inilah kali pertama kami dihujani dengan
rasa syahdu yang sebegini, belum pernah lagi rasanya kami rasa perasaan itu
sebelum sebelum ini.
Buktinya: pagi ini 31/3, saya menerima email drpd
sdra Wahab yg dihantar kpd seorang rakannya di cc kpd saya, antara lain email
Wahab itu berbunyi:
"Munir akan hantarkan cerita seterusnya pada
kita semua, bagi saya "sabtu the journey" terlalu bermakna dan banyak
perkara yg telah dipelajari dan pengajaran terhebat adalah tentang ibu tunggal
tersebut about the "age of 40's". Munir akan elaborate"
Kisahnya: seawal minggu lepas saya menerima
panggilan dan sms daripada seorang rakan, yang secara tiba-tiba selepas PRU12
baru-baru ini sedar tak sedar dah jadi PA kepada seorang YB. YB ni pun baru dan
PA ini pun baru. Diceritakan kpd saya, malam tu YB mendapat panggilan drpd
seorang penduduk di kawasan DUN nya, ada seorang Ibu Tunggal habis rumahnya
basah lencun, lantai digenangi air dek hujan yang turun mencurah-curah sejak
siang tadi; bocor menderu masuk dari berbagai penjuru di ruang tamu, di bilik
tidur, dapur dan hampir keseluruhan rumahnya.
Lihatlah photo yang disertakan, jelas boleh nampak
atap dan siling yang bocor di merata tempat. Atap Zink itu pun sudah bertukar
warna menandakan sudah uzur benar. Keadaan diburukkan lagi dengan aliran air
hujan yang bertempiasan masuk daripada tebing bukit yang berhampiran.
YB yang baru ini seorang pompuan, seorang Ustazah,
tapi respect sungguh kat dia, malam tu lebih kurang pukul 1:30 pagi YB turun
sendiri melihat keadaan dalam suasana hujan lebat malam tu. So, jgn dok ingat
seorang Ustazah berjubah dan bertudung labuh tak boleh jadi YB noh!.
Kata PA beliau tu kpd saya:
"Munir, aku harap hangpa boleh tolong mai
tengok, elok kalau hangpa mai waktu hujan, lantai rumah ni kat ruang tamu dia
jadi macam kolam, kesian sungguh aku tengok depa, nak tidoq pun tak
boleh!"
Hari kami pergi tu tak hujan, taklah nampak ketara
sangat, cuma atap yang bocor dan siling yang pecah di sana sini amat jelas
kelihatan.
Nak salahkan Pn Zaiton kerana tidak membaiki
bumbung rumah/siling menyebabkan 6 orang anak-anaknya itu tinggal dlm keadaan
yang kurang selesa pun tak patutlah sangat. Apa tidaknya, Pn Zaiton yang
dulunya kerja kilang seperti kami nie, dek kerana terjatuh ditimpa kemalangan,
beliau mengalami keretakan/internal injury (tak silap saya kat tulang sum sum -
x sure), akibatnya beliau terlantar lumpuh semenjak tahun 2005 hinggalah 2008
baru-baru ini.
Doktor nasihatkan beliau jangan bangun untuk
tempoh selama 6 tahun, tetapi kerana tekad nak jaga sendiri anak-anaknya, nak
masak sendiri untuk keluarganya, nak habag kata beliau bukan jenis orang yang
suka mengharap kpd orang lain selama-lamanya, baru-baru setelah hampir 3 tahun,
beliau cuba gagahkan juga dirinya untuk bangun seperti biasa.
(Saya merasa agak bersalah kerana berkali-kali
jiran sebelahnya memanggil beliau keluar, jirannya tu sebut "cepatlah
sikit, cepatlah sikit, depa tunggu lama dah kat luaq ni")
Apabila saya melihat beliau berjalan menggunakan
tongkat sebelah tangan sedikit terketar ketar itu, rasa macam silap pula dok
suruh jirannya pi panggil dia keluar.
Di awal-awal perbualan tu, saya banyak bertanyakan
tentang anak-anaknya, tentang pelajaran mereka dsg.
Keenam-enam anaknya Ahmad Fitri (8thn), Ana Fahana
(10), Ahmad Fahmi (11), Ahmad Firman (14), Anis Fazira
(15) dan Ahmad Farhan (16) tinggal bersama-sama
beliau beserta ibunya Tok Piah (70an) di rumah tua ini.
Anaknya cerdik-cerdik belaka, boleh dilihat
cenderamata hadiah dan juga jadual-jadual waktu yang dilekat di merata dinding
menandakan anak-anaknya dan beliau sendiri amat menitik berat tentang pelajaran
mereka.
Bila saya ajukan berbagai-bagai soalan yang agak
peribadi, saya jadi terkesima - rupa-rupanya beliau ini dulunya pernah menuntut
di MRSM Kulim, satu MRSM dengan saya. Sudahlah tu, satu Maktab Sains Mara di
Kuantan buat AAD (American Associate Degree sebelum pi US) satu tempat dengan
saya; cuma bezanya beliau adalah senior saya, x pernah kenal sebelum ini.
Menceritakan pengalamannya terlantar hampir 3
tahun lumpuh, tersadai di pembaringan, hanya bergantung kpd simpati sdra mara
dan org ramai, serta jiran-jiran yang selalu datang menjenguk dan tolong
memasak untuk 6 org anak-anaknya serta ibunya yang uzur itu; sedikit sedikit
saya melihat kelopak matanya mulai merah bergenang dan tanpa diundang setitis
dua air mata jernih mengalir di kedua belah pipinya. Saya terkedu.
Tak perlu saya tulis apa yang dicurahkannya,
sekadar ingin menyatakan bahawa kami merasa bersyukur kerana sedikit sebanyak
lawatan kami yang hanya seketika itu kami rasakan kalau tak banyak pun,
insyaallah mampu mereleasekan sedikit rasa yang sudah lama terbenam di dalam
dadanya.
Saya betul-betul terpana dan terkesima dengan Pn
Zaiton ini; apa tidaknya rupa-rupanya si Ibu Tunggal separuh lumpuh yang amat
cekal ini, rupa2nya punyai Ijazah/degree in Geology drpd University
Fresno....yang kebetulannya pula hanyalah sepelaung jauhnya drpd University
saya di Amerika dulu (UOP,Stockton California).
Fuh! satu laluan rupanya saya dan beliau. Tak
sangka sungguh kami dipertemukan dalam takdir yang sebegini.
Itu tak apalah, apabila beliau bercerita bagaimana
anak-anaknya terpaksa angkat buku dan meja dari satu penjuru ke satu penjuru di
waktu hujan lebat untuk mengelak buku dan beg sekolah drpd basah, saya jadi
kesian; kata beliau:
"Ha, kat ruang tamu yang sempit ini ajalah
tempat budak-budak tu belajar, tak ada tempat lain dah, kalau bocor hujung sana
depa lari mai hujung sini, bocor hujung sini depa lari pi hujung sana...mcm tu
lah..budak-budak tu rajin belajar, hat sorang tu
selalu dapat A, dulu sekolah Badlishah (antara top school di Kedah) tapi tak
mampu nak tanggung, suruh dia pindah mai sekolah biasa dekat ni aja. Kat rumah ini, belajar dlm keadaan rumah
bocor sana sini tu, paham paham ajalah..!!"
Kesian anak-anak beliau, terpaksa mengharungi
hidup dlm keadaan yang sedemikian rupa. Betoilah kata org, antara basic needs
(keperluan asas) kehidupan selain makan minum ialah rumah tempat tinggal,
tempat kita tumpang berteduh yang sempurna. Makan minum, insyaallah setakat ini
anak-anak Pn Zaiton tiada masalah sebab sdra mara dan jiran-jiran serta sahabat
handai banyak membantu tetapi yang amat merunsingkan fikiran beliau tika ini
ialah atap rumah yang bocor sini sana.
Sebagai seorang Ibu yang benar-benar cekal dan
tabah, beliau tak seperti kebanyakan insan-insan malang yang pernah kami lawati
sebelum ini, selalunya mereka akan minta itu minta ini macam kami ini pegawai
JKM ka apa, Pn Zaitun tak minta apa-apa; tapi kami tahu jauh di sudut hati
kecil beliau, beliau amat berbesar hati kalau ada org yg sudi tolong tukarkan
atap zink karat bumbung rumah usang rumah ibunya itu dengan Zink yang baru. Kami
pun bukanlah ada dana apa-apa; cumanya jika ada yang terbaca dan sudi membantu,
bolehlah datang sendiri ke rumah beliau di alamat:
No 8, Kg Tebok, Sg Kob.
Kulim Kedah
(Contact saya pun tat pa, saya
tolong bawa pi)
Ini saya yg memandai-mandai
tulis ini, Pn Zaiton tak minta apa-apa pun; tapi ingin saya tulis di sini
seperti yang sering saya sebut dalam beberapa tulisan saya sebelum ini; orang
alim pernah berkata kalau kita bantu org miskin org susah bagi perlindungan
(baiki atap rumah misalnya) insyaallah kita akan diberi
"perlindungan" di SANA di hari yang tiada apa yang dapat membantu
kita melainkan amal baik dan sedekah jariah yg pernah kita lakukan sewaktu di
dunia!
(Tak payahlah tanya YB bagi apa, kerajaan buat apa; kalau nak tolong
tolonglah, kalau tidak dok senyap ajalah, kita tolong kita dapat pahala, org
lain tolong org lain dapat pahala. Mudah aja.)
Di akhir perbualan itu,
apabila entah macam mana tatkala sdra Wahab sebut pasal umur kami bertiga dan
Pn Zaiton sendiri yang sudah berada di angka 40an, kami jadi terkedu apabila Pn
Zaiton bercerita bagaimana di waktu beliau terlantas lumpuh tak bermaya itu,
macam-macam perkara datang dan menerpa di ruang pemikirannya.
Kata beliau, secara tiba-tiba
beliau seakan-akan tersedar, macam mimpi sahaja; dulu waktu balik US umur awal
20an, tiba-tiba baru saja kerja terus kahwin, kemudian dapat anak, kerja, dpt
anak, anak-anak membesar, dan kita makin tua. Sedar-sedar beliau dah lumpuh dan
terlantar di katil x bermaya; seolah-olahnya 20 TAHUN hidup beliau tu macam
hilang begitu saja, sedar-sedar dah umur 40 tahun; seolah-olahnya semua ini
hanyalah satu mimpi sahaja.
Sewaktu terlantar itu, tanpa
diundang satu pertanyaan terlintas di pemikiran beliau "ish, apa dah aku buat selama 20 tahun ni? apa
dah jadi kat aku ni? dll". Lalu, yg paling
tersentuh hati kami, apabila beliau berkata:
"So, cuba encik encik ni
fikir balik, cuba cek balik, tanya kat diri sendiri, apa yang pernah you all
bagi, what are the best thing that you have done or give to your wife since you
guys got married??"
Dia tanya,
apa yang the best thing yang pernah kami bagi isteri masing-masing sejak kami
dah kahwin. Kata dia lagi, sure isteri kami masing-masing pernah terfikir or
nak sesuatu or nak pi mana-mana (sekadar kemampuan kamilah) yang selama ni tak pernah kami dok amik tau. Kata dia, mungkin elok lah
kalau boleh dapat tunaikan apa yg depa idam-idamkan tu, jangan nanti tiba-tiba
isteri kami tu sedar x sedar baru terperasan yang dah 20 tahun kahwin (dlm kes
saya 18 tahun) tapi benda simple yang mereka idam-idamkan hat tu pun tak boleh
tertunai.
Kata dia,
setiap isteri pasti ada sesuatu yang dia nak sangat, tapi dia pendam saja, atau
mungkin dia pernah cakap tapi sekali tu ajalah, malas nak ulang sebut tak mahu
menyusahkan suami. Tapi, bila 20 tahun dok pendam keinginan tu, mungkin
bila dah sampai usia 40an, dia mungkin akan sedikit
rasa terkilan/kempunan kerana benda kecil macam tu pun suaminya tak mampu bagi
atau pun tak pernah dok ingat dan terlintas nak bagi. Bukan semestinya
benda-benda besar, mungkin cuma sekadar sekuntum bunga rose di hari ulang tahun
perkahwinan atau pun teringin nak jalan-jalan pi Genting Highland misalnya.
Simple aja tu, tapi besar ertinya buat seseorang yang sudah lama mengidam benda
tu.
Kata Pn Zaiton, eloklah kalau
sekali sekala dapat menggembirakan perasaan seorang wanita bernama Isteri!
Entahlah, dlm perjalanan
pulang tu, kami kurang berbicara terutamanya sdra Wahab yang waktu mula nak pi
tu, dari BKE Hi-way rancak ja dok cerita pasal kawan dia yang nak kahwin dua
tu...ha,ha,ha. ..sorry lah Wahab!! (Wahab, aku balik
cerita kisah ni kat org rumah aku, dia senyum sampai ke telinga...aku pun x
pasti for the last 18 years apa benda yang dia nak, aku harap within this year,
aku dapat tunaikan, mudah-mudahan. ..ish, jadi
jiwanglah pulak aku!).
Okeylah joke joke jugak, tapi
saja nak habag pi, hari cuti Hari Buruh 1 hb Mei ni kami bercadang sekali lagi
nak ke rumah Pn Zaiton, sapa ada masa bolehlah turut serta, dan kalau sapa-sapa
yang berminat nak membantu membaiki rumah beliau, bolehlah kita sembang
off-line, kita rasa dalam group ni pun rakan-rakan kita yg dok buat part-time
kontraktor, boleh kot kita minta tolong depa buat, kita cuma bagi dana apa yang
patut.
Sekian, moga ada manafaatnya.
wallah hu aklam
monier_matdin@ yahoo.com
31.03.08
http://www.moniermatdin.blogspot.com