Wahab Sahabatku - Part (1)
Assalamualaikum,
Saya amat tersentuh apabila membaca
email sdra Wahab di bawah ini, sebabnya sudah dua tiga tahun rasanya kami
berkawan semenjak ditakdirkan Allah SWT kami bertemu tidak sengaja di medan
siber, dan seterusnya membawa kami ke dalam aktiviti Jalan-Jalan Masuk Kampung
NGO Wargakilang. com ini; sepanjang tempoh itu,
sewaktu bersembang riuh rendah dalam kereta dok pi masuk kg keluar kg tu, tak
pernah sekali pun Wahab cerita kisah latar belakang diri nya sebagai anak
seorang Pengemis.
Ya lah, bukan saya nak kata kerja
Pengemis itu Hina, tapi Wahab memang tak pernah cerita pun kisah hidup ayah dia
ni.
No wonder lah Wahab komited
sungguh-sungguh dengan kerja amal dan kebajikan ini. Saya masih ingat lagi
sekali tu, Wahab demam kurang sihat, lali ja dok dalam kereta, kami kata tak
payah pi lah, dia kata dia nak pi jugak.
Hari tu kami pi ke satu rumah Nenek Tua nun
jauh di hujung rimba; kereta Naza saya tu parking punya jauh, tak berani cross
titi sungai sebab titi tu nampak macam muat cukup-cukup 4 tayar saja, tak ada penghalang
kiri kanan; saya dok risau kalau stering kereta kiat (bengkok) sikit saja,
dum!! terbabas masuk ke dalam caruk sungai.
Rumah Nenek ni
memang antik sungguh, rumah jenih guna tiang kayu lama, bawah rumah macam
tempat binatang berkubang or lembu kambing tidor, kena panjat tangga jenis yg
dibuat drpd batang pokok kayu yg ditakuk-takuk untuk naik ke jemuran dia.
Jemuran pulak
macam nak runtuh dah. Lantai
rumah dibuat drpd kayu-kayu bulat or kayu-kayu hutan yg disusun rapat-rapat.
Bumbung berselang seli antara atap rumbia dan atap zink yg dah berkarat, bocor
Kami adalah ambik gambar rumah
Nenek tu dulu, tapi saja x tulis cerita dia, sebab kalau kisah nenek-nenek tua
yg tinggal ke keseorangan di kampung-kampung ini, sebenarnya itu adalah perkara
biasa untuk masyarakat kampung, hatta di kampung saya nu pun Makcik saya yg dok
tua tu yg depa panggil nenek munah tu, dia prefer dok sorang-sorang dengan ayam
itik dan lembu kambingnya; jadi tak ada apa sangat yg nostalgis or yg tragis
pasal kisah nenek-nenek tua yg tinggal keseorangan itu; bagi mereka asalkan ada
beras dah cukup dah, hat lain cuma depa pi cari pucuk-pucuk kayu dan ikan-ikan
sungai ja.
Lepas bagi beras
dan sumbangan, kami pun bertolak pulang.
Half-way nak sampai rumah, Wahab minta saya berenti...terus dia bukak pintu,
terjun keluar kereta...."Uwwekkk! !...",
Wahab muntah keluar muntah hijau. Lepas tu, hampir terduduk dia,
uwweekk....muntah lagi....
Rupa-rupanya, dia nak muntah sejak
nak pi tadi lagi, dok tahan, dok tak pa tak pa.....last- last muntah jugak!!
(Dalam dok kelam kabut muntah tu,
siap boleh minta maaf lagi kot-kot kalau dia ada termuntah dan mengotori keta
saya tu...)
Dia cakap, dia
penin, demam dan rasa tak sihat badan.
Kami kata:
"Tu lah Wahab, kami dah pesan
tadi, kalau tak sihat tak payahlah Wahab dok gagah pi...kesian kat Wahab"
Wahab jawab:
"Muntah di dunia ini Munir,
kecik saja ni, sikit saja ni. Hat akhirat nu lagi
penting...!! "
Wahab kata, muntah penin demam etc
dalam membuat kerja-kerja kebajikan ni is nothing, tak
ada apa-apa haih kalau nak dibandingkan dengan ganjaranNYA di Akhirat kelak.
Sampai hari ini saya teringat
kata-kata Wahab tu, dulu-dulu dok wonder jugak mai manalah Wahab punya strength
untuk membuat kerja-kerja amal ini, tapi bila terbaca email Wahab di bawah ini,
kisah True Story pasal diri dia anak seorang Pengemis, hari ini saya fahamlah
kenapa Wahab amat bersungguh dalam kerja-kerja kebajikan ini.
Dari kejauhan, kita doakan
mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa merestui dan
memberkati sahabat baik kami, Mohd Abd Wahab Bin Pakcik Isa ini. Moga Wahab
seisi keluarga akan sentiasa dilimpahi rahmatNya yang
melimpah ruah, Amin!!
wsl
Munir
---------------original message-----------------
From: wahab
Assalamualaikum
sahabat semua.
Terima kasih munir updatekan
perkara ini pada kami semua, dan disini saya ingin sentuhkan serba sedikit kenapa
saya berminat tentang kerja amal dan selalu sangat bersama dgn munir dan
sahabat yg lain dlm aktiviti wk, yg pada dahulunya saya bergerak secara sendiri
sehinggalah saya bertemu dgn saudara munir dan saudara warikh.
Banyak mana yg telah kami buat,
saya sendiri tak ingat dan saya sendiri tak ingin mengingati, kerana bagi saya
biarlah memberi tangan kanan sehingga tangan kiri tidak mengetahui, faktor
utama yg saya bersungguh sungguh adalah kerana pengalaman saya sendiri yg
dilahirkan didalam keluarga miskin, dan dari kemiskinan juga membawa kepada
perpecahan keluarga ibu bapa saya sendiri, bercerai berai dan didalam takdir
tersebut bapa saya menjadi pengemis.
Bapa saya mengemis utk dptkan
makanan dan perkerjaan, pada waktu itu saya baru berumur 16 tahun dan apalah
sangat yg mampu saya lakukan, dgn kekuatan yg ada saya ketepikan pelajaran dan
berkerja sebagai buruh utk menampung hidup, dan juga bertekad utk merubah nasib
ayah saya, alhamdullilah Allah swt mempermudahkan usaha saya, dgn berdikit saya
menampung hidup dan dgn tabungan juga saya meneruskan pelajaran, serta mana
apabila habis utk spm saya meneruskan kerja sebagai buruh membina jambatan PP,
dengan wang tersebutlah saya meneruskan pelajaran secara part time selama 6
tahun, bertitik tolah dari situ ianya banyak merubah nasib saya sehingga kini
dan juga kebajikan Ayah saya yg tercinta.
Berbekalkan pengalaman itu,
pengalaman ayah saya sendiri sebagai pengemis pada asalnya ada keluarga ada
anak anak dgn perjalanan takdirnya dan didalam ujian kemiskinan, akhirnya tewas
pada perpecahan, sebagaimana lahir dlm kelurga miskin saya telah melalui
karenah masyarakat ianya tidak perlu menjadi pencuri, cukup apabila lalu
berhampiran dgn rumah orang dah dianggap sebagai pencuri, begitulah bodoh dan
tololnya masyarakat setempat saya pada waktu tu...dan kesan tersebut dapat saya
rasai sehingalah ke hari ini.
Apa yg nak saya sentuh sangat disini adalah jangan
mempertikaikan apa yg dibuat oleh orang lain tapi lihatlah apa yg telah kita
buat, seseorang itu tak akan merasai perit jerih sehinggalah dia sendiri yg
melalui.
Semoga menjadi
pengalaman pada sahabat-sahabat semua, dan ingatlah Allah Swt menguji kita
sekadar dgn kemampuan kita dan begitu juga dengan pemberiannya sekadar dgn
kemampuan kita semua.
Jgn lihat pada kemiskinan orang
tapi lihatlah berapa banyak pahala yg kita boleh kutip dari kemiskinan mereka,
dan dalil kepada perkara ini "sedekah itu umpama 7 biji benih,
menghasilkan 7 tangkai dan dari tujuh tangkai menghasilkan 70,000"
Wassalam
Wahab Isa.