Jln-Jln Masuk Kg: TANDAS PUSIN!!


Baru-baru ini saya ada menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat, yang merupakan seorang guru Kaunselor Sekolah, mengadu dan memohon jasabaik insan-insan yang prihatin untuk membantu sebuah keluarga susah, keluarga ibu tunggal, seorang penoreh

Baru-baru ini saya ada menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat, yang merupakan seorang guru Kaunselor Sekolah, mengadu dan memohon jasabaik insan-insan yang prihatin untuk membantu sebuah keluarga susah, keluarga ibu tunggal, seorang penoreh getah di sebuah kampung di pedalaman negeri Kedah.

 

Sahabat saya ini cerita, beliau rasa sedih melihatkan tiap-tiap pagi, di waktu subuh masih kelam lagi, Puan Solehah, 39 tahun terpaksa mengayuh basikal sejauh dua tiga batu untuk menghantar anaknya, Mohd Faizal 10 tahun ke sekolah; dan kemudian mengayuh basikal yang sama ke kebun getah berdekatan untuk menoreh.

Begitulah rutin Puan Solehah dan anaknya saban pagi.

 

Kata sahabat saya ini:

 

"Ish, kalaulah ada sapa-sapa yang boleh tolong belikan basikal kat budak tu, lega lah sikit mak dia. Kesian kat mak dia, dah la pagi-pagi lagi kena kelam kabut kayuh basikal hantar anak ke sekolah, lepas tu kena rush pula kayuh basikal nak pi noreh getah. Bukannya apa, sampai bila dia nak kayuh basikal hantar anak ke sekolah, kalau dia sakit ka apa ka macam mana, silap-silap nanti terus anak dia tu tak mai sekolah!"

 

Saya teringat anak-anak saya di rumah nu; ayah dan mak depa tak perlu kelam kabut pagi-pagi kayuh basikal hantar depa ke sekolah, dan in fact tak payah pun nak kelam kabut start enjin keta hantaq depa pi mengaji.

Apa depa perlu buat cumalah dok lepak-lepak menikmati angin pagi kat dalam kawasan pagar rumah tu, satni dalam pukul 6:45 lebih kurang, mailah Makcik bawa Van ambik depa bawa pi sekolah. Tak macam Puan Solehah, Mak dan ayah depa tak perlu risau apa-apa pun, malahan most of the time mak dan ayah depa terus pi kerja cam tu saja, biar anak-anak tunggu Van sorang-sorang.

 

Lalu, hujung minggu yang lepas, kami ke rumah Puan Solehah di Kg Guar Tinggi, Kuala Ketil Kedah untuk mengenali keluarga ini secara lebih dekat. Puan Solehah atau nama penuhnya Solehah Bt Abdullah, 39 tahun tinggal di sebuah rumah di dalam kawasan hutan getah yang disewa drpd tuan tanah tempat mereka tinggal itu dengan harga RM20 sebulan, bersama-sama dengan 2 orang anak lelakinya; Azhar (17 tahun) dan Mohd Faizal (10 tahun).

 

Azhar berhenti sekolah selepas darjah 6. (Kami tidak bertanya pula kenapa beliau tidak bersekolah menengah); tapi melihatkan suasana kehidupan Puan Solehah, kami rasa kami boleh mengagak kenapa beliau bersekolah setakat darjah 6 saja. Kekadang rasa ralat jugalah sebab kalau nak kira miskin dan susah, ramai antara kita yang pernah miskin dan susah semasa kecil-kecil dulu, tetapi sekolah tetap sekolah juga.

Entahlah, tak tahu siapa yang wajar dipersalahkan bila ada anak-anak bangsa yang tercicir sebegini.

 

Kalau nak dikira, sistem yg ada sudah pun okey, kita ada JKKK, ada Tok Mulu, ada Peg Daerah, ada YB dan lain-lain lagi; tapi hangpa pi cek kat kampung-kampung khususnya di kawasan pedalaman Kedah macam kawasan tempat tinggal Puan Solehah, boleh jumpa ramai lagi budak-budak senasib dengan adik Azhar, tak taulah pasal apa.

 

Yang pasti, tanpa sijil SRP atau pun SPM, apalah sangat yang mampu budak-budak seperti Azhar lakukan.

Bila kami tanya apa kerja yang dia dok buat sekarang, Azhar bagitau dia cuma mampu dok tolong orang tanam tembakau; itu pun ikut musim, bila habis musim habis lah, kalau ada musim menanam, dapatlah dalam RM10 sehari; tapi most of the time dia dok "menanam anggur"

saja kat rumah. Kesian kat dia.

 

Puan Solehah pula menoreh bukan pokok sendiri, tapi pokok orang, so faham-faham ajelah pendapatan penoreh getah zaman sekarang ini, kalau tak hujan, kalau boleh dapat RM200-RM300 sebulan itu kira dah banyak dah.

 

Bila bersembang dengan Puan Solehah mengenai kisahnya terpaksa mengayuh basikal pagi-pagi menghantar anaknya ke sekolah dan dalam masa yang sama terpaksa pula rush nak pi menoreh getah itu, beliau senyum saja. Beliau

cakap:

 

"Kena hantar dia awal-awal pagi sebab kalau sampai awal, dia sempat lah makan makanan bantuan itu, apa ke nama RMT ka apa tu."

 

Oooo...rupa-rupanya Bantuan Makanan Tambahan kat sekolah-sekolah yang kebanyakan kita cuma pernah dengar tapi tak pernah nak ambik tahu ini, bagi orang-orang macam Puan Solehah yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang ini, amat besar maknanya. Walaupun beliau sendiri tak ngaji tinggi tapi beliau tahu selain pendidikan, amalan permakanan yang sempurna (yg beliau sendiri tak mampu

sediakannya) amat penting untuk tumbesaran anak-anaknya.

 

Bila saya tengok wajah adik Faizal (10 tahun) itu dengan panau dua tiga tompok di pipinya, saya naik kesian. Nampaknya beliau bukan sahaja perlukan bantuan basikal atau pun bantuan pendidikan, tapi beliau perlukan juga bantuan makanan. So, kalau siapa-siapa ada duit balance makan tengahari tu, boleh lah kot hulur mai kat depa dalam bentuk bantuan makanan apa-apa yang perlu.

 

Satu lagi, bab ini saya malas nak tulis, sebab tiap kali masuk kg, w/pun negara dah hampir setengah abad MERDEKA, tapi benda yang sama yang saya jumpa - bab masalah TANDAS. Bila saya tanya Puan Solehah, tandas kat mana? Beliau macam segan-segan nak habag bagitau

kata:

 

 "Tandas...ish, nak habag pun segan, sini depa panggil TANDAS PUSIN"

 

* Tandas Pusin: Pi belakang mana-mana pokok, pandai-pandai la adjust sendiri. Kot kalau masa dok adjust tu ada orang or lembu lalu, pandai-pandai lah pusing or ubah position jangan bagi orang atau lembu nampak.

 

Meringkaskan cerita, kehidupan seharian Puan Solehah 3 beranak ini nampaknya macam setakat nak passing by saja, setakat nak menghabiskan sisa-sisa usia, kehidupan anak-anaknya tidak ada apa yang excited atau pun teruja sangat kalau nak dibandingkan dengan anak-anak kita di kota. Misalnya, bila saya tanya Azhar dan Faizal malam-malam buat apa since TV tak ada; Azhar jawab:

 

"Dengar Radio aje lah...."

 

Terus saya teringat kisah zaman saya kecik-kecik di sebuah kg di pedalaman Baling kira-kira 30 tahun yang lalu; zaman itu kami memang tak ada TV, kalau nak tengok TV jugak, kena kayuh basikal merentasi 2 kawasan perkuburan melalui 3 buah kg kira-kira 3 atau

4 batu jauhnya, hanya untuk menonton TV hitam putih, dengan bayaran sekupang sekali tengok. Kena pulak tertengok cerita "PUAKA", on the way nak balik rumah, ketaq dan peluh tak tau nak habaq!

 

Rupa-rupanya selepas lebih 47 tahun negara Merdeka, masih ada lagi anak-anak bangsa yang masih tertinggal, dan masih belum dapat mengecap nikmat MERDEKA....itu pun jikalau mempunyai sebuah TV sendiri boleh dijadikan erti Merdeka!

 

Apa-apa pun tujuan asal kami ke sana ialah ingin melihat sendiri keluarga Puan Solehah ini, dan seterusnya membantu tang mana yang perlu. On the way back, seorang rakan yang turut serta, menghulurkan dua tiga ketoi note RM50 kepada sahabat saya, Guru Kaunselor berkenaan dan meminta jasabaik beliau untuk membelikan sebuah basikal buat adik Faizal.

 

Semoga selepas ini, ibunya Puan Solehah tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengayuh basikal menghantar beliau pagi-pagi ke sekolah, dan moga Puan Solehah dapat menumpukan perhatian dengan kerjanya mencari rezeki di kebun getah berdekatan.

 

Ada pun mengenai Tandas dan TV, buat masa ini itu bukanlah priority utama buat mereka, walau pun pada sesetengah kita, sekali Tandas rumah or pembetong utama tersumbat, boleh riuh rendah satu taman; dan kalau sesekali siaran TV terputus sebab ribut or bayaran ASTRO lupa bayar atau pun sesekali Remote Control hilang, boleh naik sasau dibuatnya; tapi bagi Puan Solehah dan anak-anak, itu bukanlah priority utama mereka.

 

Yang mereka perlukan cuma satu saja, macam mana nak pastikan besok pagi dapur kayu kat rumah mereka itu masih berasap. Itu saja!

 

Moga ada manafaatnya.

 

[email protected]


Hosted by www.Geocities.ws

1