Sejarah Penubuhan Pertubuhan Warga Kilang
Wargakilang.com atau nama penuhnya Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim Utara
Diskusi
group ini pada asalnya merupakan sebuah diskusi group khas untuk sekumpulan
sahabat daripada sebuah kilang industri
di Perai yang ditutup sekitar tahun 1999-2000.
Secara sejarahnya, apabila pekerja-pekerja syarikat ini berpindah ke
kilang-kilang lain, pada mulanya mereka berhubung sesama mereka dan juga
dgn rakan-rakan terdekat mereka melalui CC List secara email.
Apabila CC list itu menjadi semakin panjang dengan kemasukan nama-nama kenalan baru mereka
di kilang yang mereka baru sertai
itu, maka cc list itu kemudiannya ditukar kepada egroups yang kemudiannya dikenali sebagai [email protected].
Egroups ini kemudiannya
ditadbir secara maya oleh seorang
Moderator yang memakai nickname Pak Berahim at [email protected].
Lama kelamaan Egroups ini semakin
membesar dengan kemasukan rakan-rakan kepada rakan-rakan mereka dari kilang-kilang
yang lain, bermula dari Utara hinggalah ke seluruh negara.
Egroups ini terus berfungsi sebagai sebuah Diskusi Group sebagai satu medan dan
juga forum untuk pekerja-pekerja kilang ini berkongsi cerita
sesama mereka, hinggalah dua orang
sahabat karib iaitu Mohd Warikh
dan Mohd Monier mengambil inisiatif untuk masuk ke kampung-kampung
di sekitar daerah Baling pada tahun 2003, menjengah kampung dan pedalaman
desa di sana
menghulurkan bantuan peribadi kepada dua tiga orang
fakir/miskin yang ditemui mereka di sana.
Mohd Monier ([email protected])
ini kemudiannya telah menulis beberapa
email pendek dalam egroups ini pada
tahun tersebut dengan tujuan untuk
berkongsi cerita dengan ahli-ahli mailing list berkenaan.
Tulisan-tulisan tersebut yang pada mulanya dikenali sebagai "Di Celah-Celah Kesibukan Kilang" telah berjaya menarik perhatian rakan-rakan yang lain untuk turut serta
dalam expedisi mereka yang seterusnya, yang kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan
NGO Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim Utara Malaysia
atau pun ringkasnya
Wargakilang.com pada tahun
2004.
Penambahan
ahli-ahli mailing list ini secara maya kemudiannya
menyaksikan berbagai Biro ditubuhkan secara ad-hoc oleh peserta-peserta mailing berkenaan.
Antaranya ialah Biro Amal
yg mengepalai aktiviti-aktiviti jalan jalan masuk kg, Biro Bisness yang menyaksikan ramai ahli-ahli mailing list ini kemudiannya bergiat secara aktif menggunakan mailing list ini sepenuhnya, dengan networking ahli seluruh Negara untuk mengembangkan berbagai bidang bisness kecil-kecilan yg diusahakan mereka, tujuannya ialah untuk mewujudkan budaya usahawan di kalangan pekerja
kilang, hopefully mereka tidak akan bekerja
makan gaji di kilang selama-lamanya,
dengan harapan mereka ini yang rata-ratanya berkelulusan daripada IPT dalam dan luar negeri
akan end up menjadi sebagai Tauke/Majikan mempunyai perusahaan sendiri dan membantu
mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak-anak bangsa.
Selain itu, sebuah
lagi Biro yang begitu aktif bergiat tetapi
kurang diberi liputan ialah Biro Motivasi; mereka ini yang dikepalai oleh sdra Yusa
(grad from New Mexico State Univ, USA), Azman (Queens Univ of Belfast, Ireland), Azhar
(Salt Lake City, USA), Megat (Kagoshima, Japan), Warikh (UK) dan Monier (US). Kumpulan ini telah menganjurkan ceramah motivasi secara FOC (PERCUMA) kepada anak-anak bangsa di berbagai
buah sekolah rendah, menengah dan juga di
IPT yang berdekatan. Antaranya
ialah di Sek Keb Tmn
Ria, Pdg Serai Kedah, Sek
Men Mahang, Sek Men Parit Panjang, Sek Agama Rakyat Yan Kedah, Sek
Men Keb Mengkuang, Sek Men Keb Penaga,
Sek Men Teknik Balik Pulau, P Pinang, ADTEC Mahang Kedah dan juga
di beberapa buah kawasan Taman
Perumahan/Surau atas jemputan Jawatankuasa penduduk di situ. Ini adalah apa yang dinamakan sebagai “Payback to the Society” oleh
ahli-ahli wargakilang ini.
Di samping itu,
terdapat juga sebuah Biro dalaman yg diberi nama Biro Kebajikan Ahli yang telah menganjurkan berbagai aktiviti sukan/riadah/gathering untuk merapatkan ahli-ahli yang datang drpd berbagai jenis
sector perkilangan di seluruh Negara. Biro ini
membantu meningkatkan moral
dan semangat kerja di kalangan
pekerja-pekerja kilang dengan berkongsi dan bertukar pendapat
sesama mereka; ini secara tidak
langsung membantu mewujudkan suasana sihat di sector industri, sesuatu yang positif untuk kemajuan
ekonomi Negara.
Sekian
Quote Wargakilang: "Ketika
Allah memberika kemewahan, kita kena turun
ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita
untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik" -
Syed Mokhtar Al-Bukhary