Hari sabtu malam ahad yang lalu, 22/4/06, buat pertama kalinya saya

menyertai rakan-rakan dlm Biro Motivasi NGO Wargakilang.com memberikan

ceramah motivasi dan tips untuk mencapai kejayaan kpd pelajar-pelajar Form 3

& Form 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang, Bukit Mertajam.

 

Selama ini saya hanya bersama-sama dengan Biro Amal NGO Wargakilang.com,

masuk kg keluar kg menghulurkan bantuan; kali ini saya diberi peluang untuk

bersama-sama dengan rakan-rakan saya dalam Biro Motivasi pula.

 

Entah macam mana, kerana saya adalah Setiausaha kpd NGO ini, tanpa banyak

persediaan, di awal sessi Motivasi ini saya dijemput oleh MC Majlis untuk

berucap.....dan malang buat saya; saya diperkenalkan sebagai Penceramah yang

pertama.

 

Saya tak tau nak cakap apa; cumanya selaku SU, saya memperkenalkan

latarbelakang NGO kami secara ringkas.

 

Oleh kerana saya sudah pun diperkenalkan sebagai salah seorang Penceramah;

nak tak nak saya terpaksalah juga memberi sedikit tips motivasi untuk

pelajar-pelajar yang hadir itu. Saya tak berapa ingat apa yang saya kata,

cumanya di awal ceramah tersebut, saya perkenalkan sahabat-sahabat saya yang

ada di hadapan itu sebagai contoh "Mereka-Mereka yang telah BERJAYA" . Saya

kata, dalam kelas cikgu selalu habag suruh belajar rajin-rajin, sampai jadi

orang yang berjaya. Tapi, selalunya pelajar-pelajar level mereka itu tak

berapa clear sangat apa yang dimaksudkan sebagai orang yang BERJAYA. Nah!

Kata saya, di hadapan adik-adik ini adalah barisan orang-orang yang BERJAYA,

yang cikgu adik-adik maksudkan itu, jadi dengarlah baik-baik tips yang akan

mereka sampaikan.

 

Sebelum itu, sempat saya berkongsi dengan mereka kisah saya belajar di

Amerika. Mereka nampak interested habis, terutamanya bila saya cerita kat

depa kisah "Melayu Boleh". Saya kata kat depa, jangan dok percaya bila ada

orang kata Melayu x boleh, Melayu lemah matematik, Melayu lemah Sains,

Melayu lemah Bahasa Inggeris dan lain-lain lagi tu; semuanya tu pembohong

dan DUSTA BESAR semata-mata.

 

Saya cerita kat depa kisah saya di Amerika; sekali tu saya ambik satu

subject engineering, Themodynamics ka apa. Saya habag kat depa, dlm kelas tu

ada berbagai bangsa, ada Cina Taiwan, Cina Hong Kong, Pak Arab, Hispanic,

Black, Mat Salleh dari Amerika, UK, Perancis Eropah etc. Sekali tu mai

results final exam, bila keluar results kat notis board ( #ID saja x ada

nama), saya tengok sorang mamat dari Hong Kong tu menangis-nangis bila

tengok results dia 60,60,60...merah belaka. Kemudian mai sorang mat Salleh

tu, bila tengok results tu, dia tanya "Who is this guy?" bila dia tgk ada

sorang mamat tu dpt no.1 dengan markah 100,99,100...

 

Saya habag kat budak-budak tu, mamat yg dpt no.1 tu....sayalah...Anak

Melayu!! Saya kata, saya dah buktikan bahawa budak-budak Melayu tak lemah.

Saya dah prove kat dunia kata anak Melayu tak lemah Matematik, Sains dan

Bahasa Inggeris (kebetulan subject Thermodynamics itu merangkumi ketiga-tiga

subject utama tersebut); jadi sekarang giliran mereka pula untuk buktikan.

Kemudian, saya suruh depa semua bangun, laung kuat-kuat ikut saya sebut:

 

MELAYU TAK LEMAH MATEMATIK!!

MELAYU TAK LEMAH SAINS!!

MELAYU TAK LEMAH BAHASA INGGERIS!!

MELAYU BOLEH!!

KITA BOLEH!!

KAMI BOLEH!!

 

Malam itu Dewan Sek Men Keb Mengkuang bergegar dengan gema laungan semangat

budak-budak ini; dan pengalaman ini, pengalaman pertama saya menyertai

geng-geng Biro Motivasi Wargakilang.com ini, sesungguhnya tak akan saya

lupakan buat selama-lamanya.

 

Seterusnya giliran penceramah ke-2, sdra Azman yang berkelulusan dalam

bidang Industrial Engineering drpd The Queens University of Belfast,

Northern Ireland,UK. Beliau kini adalah seorang Senior Engineer di sebuah

syarikat Multinational di Pulau Pinang; sebelum ini beliau sudah pun bekerja

di 6 buah syarikat Multinational yang berlainan. Antara achievement beliau

ialah pernah terlibat dlm rekacipta sebuah sistem Audio Speaker yang

mendapat anugerah khas dalam industri berkenaan di Eropah.

 

Apabila sdra Azman mula menunjukkan gambar-gambarnya slide by slide, drpd

peringkat beliau sekolah rendah, menjadi Johan Catur, kemudian ke peringkat

menengah (wakil N9 Takraw) hinggalah beliau ke UK, saya lihat budak-budak

form 3 dan form 4 yang hadir itu jadi amat terpegun. Saya lihat Pn Pengetua

tersenyum bila Azman cakap: "Adik-adik bila belajar jgn dok ingat belajar

saja, nah macam saya ini, catur saya masuk, takraw saya main....hingga wakil

negeri....pelajaran score jugak...hingga sampai UK!!".

 

Yang paling budak-budak itu minat sekali, hingga terdengar bunyi sok sek sok

sek sesama mereka, bila Azman tunjukkan gambar-gambar beliau sedang bermain

salji di sebuah kawasan peranginan musim sejuk di UK. Tak sangka pulak,

gambar-gambar masin salji ini bagi budak-budak yang grad oversea kira biasa

ja lah, tapi bagi budak-budak Sek Men Keb Mengkuang ini; itu adalah satu

bentuk motivasi dan aspirasi tersendiri buat mereka.

 

Banyak lagi yang Azman cakap sepanjang sessi motivasi yang disulami dengan

slide-slide semasa beliau di UK sana tu; tapi dalam banyak-banyak tu, yang

membuatkan budak-budak itu seakan-akan terlopong, selain drpd gambar main

salji ialah gambar-gambar Azman dalam sessi pengembaraan beliau di Eropah

waktu musim cuti di sana. Terpegun budak-budak itu bila Azman tunjukan

gambar-gambar beliau di Menara Condong Pisa di Italy, di Eifel Tower Paris,

kat Amsterdam, kat tgh kota Rome dan lain-lain tempat di seluruh Eropah.

Slide-slidenya begitu cantik dan amat memukau pandangan. Yang pentingnya, di

hujung presentation tersebut, selepas menunjukkan slide beliau sedang

menerima Ijazah, Azman cakap: "Itulah adik-adik, kalau adik-adik teringin

nak pi ke tempat-tempat yang saya tunjukkan itu, adik-adik kena pulun

belajar, score insyaallah boleh sampai ke sana!!".

 

Next ialah sessi Latihan Dalam Kumpulan, yang dikendalikan oleh AJK-AJK Biro

Motivasi Wargakilang, yang sebelum ini bergilir-gilir memberi ceramah

Motivasi di sekolah-sekolah yang pernah mereka pergi sebelum ini. Antaranya

ialah sdra Megat, yang berkelulusan drpd Universiti of Kagoshima Jepun, sdra

Azhar drpd Universiti of Utah, Salt Lake City, US, sdra Yusa drpd New Mexico

State Universiti, US dan sdra Warikh - Southampton University, UK.

 

Ulasan dan rumusan drpd sessi LDK ini kemudiannya diberikan oleh sdra Warikh

(Southampton University, UK), merangkap YDP NGO Wargakilang.com dalam satu

ceramah motivasinya yang agak panjang. Saya sendiri terpegun dengan ceramah

motivasi beliau ini; di mana beliau telah memerikan tips by tips macam mana

nak belajar, nak memotivate-kan diri untuk belajar dan terus belajar hingga

berjaya. Melihat sdra Warikh berceramah ini, no wonder lah selepas beliau

memberi ceramah motivasi untuk para ibubapa dalam sessi Jaya Waris di sebuah

sekolah di Kota Kuala Muda tempoh hari, beliau dan Biro Motivasi

wargakilang.com terus dijemput oleh Pengetua sebuah MRSM di Pulau Pinang.

 

Ceramah sdra Warikh bukan sahaja relevant kpd budak-budak sekolah itu, tapi

boleh juga diguna-pakai untuk kita-kita yang ingin berhenti kerja kilang dan

mengejar impian menjadi seorang Jutawan......seperti beliau. Lain kali,

kalau ada masa, mailah dengar ceramah motivasi beliau!!

 

Panjang pulak tulisan saya ini; last sekali ialah sessi motivasi menggunakan

lagu dan puisi yang dikendalikan oleh sdra Yusa (New Mexico State

Universiti, US), merangkap Pengerusi Biro Motivasi NGO kami. Meringkaskan

cerita, malam itu, apabila lampu dewan dipadamkan, boleh jelas kedengaran

sok sek sok sek suara budak-budak itu menangis teresak-esak apabila suara

syahdu sdra Yusa mendeklemasikan puisi berkisarkan harapan dan pengorbanan

seorang ibu dan ayah, bersulam-seli dengan lagu Ayah dan Ibu nyanyian

Allahyarham Sudirman.

 

Akhir sekali, Majlis tersebut berakhir dengan ucapan penutup oleh Tuan YDP

PIBG sekolah berkenaan, dalam mana beliau mengingatkan murid-murid supaya

mengambil iktibar dan belajar hingga berjaya seperti abang-abang (atau pun

pakcik-pakcik..-:) di hadapan. Seterusnya, beliau mengucapkan berbanyak

t.kasih kpd NGO Wargakilang.com kerana sudi datang untuk bagi ceramah

motivasi....Free of Charge. Kata beliau, kalau nak jemput

penceramah-penceramah Motivasi yang betul punya, mau nak kena 4 lima ribu

ringgit...dengan hotelnya, tambang k.terbangnya dsg.

 

Tang bab bayaran itu, kami tak kata apa, cumanya dalam ucapan penutup

mewakili NGO kami, saya kata, itu adalah salah satu cara untuk kami Pay Back

to The Society. Saya cakap kat budak-budak itu, saya kata:

 

"Anda semua kena belajar hingga berjaya, kerana apabila anda dah berjaya

nanti, anda bukan sahaja akan dapat membantu kehidupan anda dan keluarga,

tetapi juga anda akan berpeluang untuk membantu anak-anak bangsa, agama dan

negara seperti mana yang kami lakukan ini!!"

 

Moga adik-adik, pelajar-pelajar Sek Men Keb Mengkuang ini akan mampu

mencapai Jaya seperti yang dicita; dan moga tulisan kisah ceramah Motivasi

NGO kami ini akan dapat menjadi satu aspirasi untuk lebih ramai lagi

cendiakawan-cendiakawan dan para professional Melayu serta Graduan Bangsa

untuk bersama-sama kami, menggembeling tenaga bagi membantu anak-anak bangsa

yang memerlukan. Semuanya secara percuma, free of charge....lillah hi taala,

demi untuk melihat anak-anak bangsa berdiri di Puncak Jaya!!

 

[email protected]

Setiausaha NGO Wargakilang.com

27.4.06

Hosted by www.Geocities.ws

1