Date: Mon, 5 Sep 2005
Jalan-Jalan Hari Merdeka: Nasib Kami Serupa
Perjalanan kami seterusnya di Hari Merdeka yang lalu
membawa kami ke rumah tiga buah
keluarga di tiga buah
perkampungan yang berbeda. Dari
segi luaran mungkin
nampak berbeza, tapi skrip
kehidupan seharian mereka
agak similar; tiga-tiganya adalah
rumah Ibu Tunggal
dengan anak-anak yang masih kecil
yang kehilangan ayah
di usia mereka yang masih mentah.
Rumah pertama yang kami singgah ialah rumah Pn Zariah,
seorang ibu Tunggal yang kematian
suami kira-kira 2
tahun yang lalu. Beliau menyara 5
orang anaknya (yg
sulung masih di sekolah menengah)
dengan hasil menoreh
di kebun getah orang. Pendapatan
bulanannya jika tidak
hujan, dapatlah dalam dua tiga
ratus sebulan. Dicampur
dengan bantuan duit
"Welfare" (JKM) seratus lebih
sebulan, cukuplah untuk beliau dan
anak-anak survive
bulan-bulan.
Cerita Pn Zariah yang beralamat di Kg Kuala Kuang,
Baling Kedah ini ada kami paparkan dalam siri
Jalan-Jalan Masuk Kg sekitar tahun lepas; antara
dilemanya selain drpd terpaksa menggadai
nyawa menoreh
getah di kawasan hutan di kaki
Banjaran Bintang tempat
Gajah Liar bertandang itu (demi sesuap nasi untuk
anak-anak), beliau punya satu masalah lain yang agak
segan untuk diceritakan; rumahnya
tidak ada bilik air
dan tandas yang sempurna, sebagai
seorang IT seorang
Janda, agak segan rasanya untuk beliau mandi berkemban
di luar rumah tanpa ada dinding
menghalang
sekelilingnya.
Tahu-tahu sajalah nama pun Janda,
masih muda lagi tu.
Dan tahu-tahulah juga mentaliti isteri-isteri orang
bila ada jiran yang berstatus Janda
ini; kalau tak
kata kat depan, mesti dok pot pet
pot pet kat
belakang. Kalau Pn Zariah mandi
waktu siang, mesti ada
yang mulut laser pi tuduh kata
Janda Miang dok buat
wayang. Kalau mandi waktu malam,
silap-silap ada laki
miang dok ambil kesempatan. Pi mai
pi mai dia juga
yang kena. Nak buat gena, mungkin
macam tu dah kot
nasib Ibu Tunggal macam Pn Zariah
ini.
Dalam perjalanan pulang dari rumah beliau, kami
bersembang sesama kawan; dok ingat
kalau ada masa
teringin nak turun pi sekali lagi
ke rumah beliau nak
ajak kawan-kawan lain pi tolong
ramai-ramai gotong
royong buat bilik air dan jamban.
Insyaallahlah kot,
macam sahabat kami, sdra Wahab
kata:
"Kalau kita tolong bagi keselesaan kat orang lain,
tambah-tambah yang memang
memerlukan macam Pn Zariah
ini, insyaallah Tuhan akan bagi
keselesaan untuk kita
di
Kepada kawan-kawan yang berminat nak bantu
Pn Zariah
membina bilik air berdinding yang
diidam-idamkannya,
bolehlah pi terus ke Baling ke
rumahnya di Kg Kuala
Kuang, Kupang. Baling Kedah. Kami
pasti Pn Zariah amat
mengalu-alukan kedatangan kalian.
Perjalanan seterusnya membawa kami ke rumah Pn Aminah
Bt Yaakub di Kg
Lihatlah gambar wajah beliau bersama dua orang anaknya
di atas tangga rumah pusaka
peninggalan arwah ibu dan
ayahnya ini.
Tak pasti bagaimana perasaannya menerima kunjungan
kami hari itu. Pada mulanya beliau
kelihatan kurang
selesa untuk menerima kedatangan
kami secara tiba-tiba
itu; mungkin kerana status IT atau
pun Janda yang
dimilikinya itu membuat beliau
merasa kekok sekiranya
kedatangan kami yg semuanya lelaki
ini mampu
mengundang fitnah di kalangan
masyarakat sekeliling.
Kasihan sungguh dengan nasib Ibu-Ibu Tunggal ini, kita
nak bantu pun jadi rasa serba
salah.
Namun setelah kami terangkan tujuan kedatangan kami
itu adalah untuk menyampaikan
sumbangan kepada
anak-anak yang kehilangan ayah
(anak-anak yatim), rasa
kurang selesa beliau sedikit reda.
Saya sempat berbual dengan anak-anak beliau itu,
baya-baya anak saya sahaja; seorang
bernama Mohd
Khairi Azran (4 Tahun) dan seorang lagi bernama Mohd
Fikri (7 tahun). Ayah mereka, Allahyarham Rosdi pulang
ke rahmatullah tatkala Mohd Khairi
masih bayi lagi.
Yang ironiknya, kami yang datang ke rumah beliau di
hari Merdeka ini adalah dari NGO
Wargakilang.com; dan
suami beliau pula dulunya adalah
seorang pekerja
kilang di sebuah kilang industri di
Perai, Pulau
berehat melelapkan mata buat
seketika dalam Surau di
kilangnya.
Bermakna kata bagi Pn Aminah, perkataan "Kilang"
itu
amat nostalgia buat beliau;
suaminya dulu adalah
pekerja kilang dan kemudian
meninggal dunia di dalam
kilang. Bila kami katakan yang kami
ini dari NGO
Wargakilang, sebuah pertubuhan amal untuk
pekerja-pekerja kilang, kami tidak
pasti apa yang
terfikir di lubuk hati Pn Aminah
ketika itu; mungkin
kenangan terhadap arwah suaminya
itu, seorang pekerja
kilang tanpa diundang terus menerpa
di lubuk ngatan.
Dulu semasa arwah suaminya masih ada, mereka
sekeluarga tinggal di kawasan
perumahan di sekitar
Kulim; selepas arwah pergi, beliau yg cuma seorang
surirumah sepenuh masa, tiada
pilihan, terpaksa
membawa anak-anaknya pulang ke
kampung menumpang rumah
sanak saudara buat seketika sebelum
rumah tua
peninggalan arwah ibu dan ayahnya
itu dibaiki oleh
saudara mara untuk mereka
sekeluarga berteduh. Sejak
itu, hinggalah sekarang, hampir
sudah 4 tahun beliau
di situ membesarkan anak-anaknya
seorang diri. Beliau
tidak punya sebarang pekerjaan
tetap, cuma
mengharapkan bantuan JKM RM160
sebulan dan simpati
abang-abang dan anak menakan.
Cubalah lihat wajah Pn Aminah dan Mohd Fikri serta
Mohd Khairi dalam gambar ini, begitu tabah sekali
mereka menghadapi dugaan hidup yang
mendatang. Kami
cuma mampu bersimpati, tapi bak
kata orang, berat mata
memandang , berat lagi bahu yang
memikul. Apa-apa pun,
kami rasa bersyukur kerana di Hari
Merdeka ini Tuhan
telah mengtakdirkan kami untuk
bertemu dan seterusnya
menyampaikan sumbangan kepada
anak-anak dan isteri
rakan seperjuangan kami, seorang
warga kilang yang
ditinggalkan.
Akhir sekali kami menghala ke sebuah perkampungan yang
terletak di sempadan daerah Sik dan
daerah Baling
Kedah. Dalam perjalanan ke
mula turun. Sebaik saja kami tiba
ke dalam kawasan
ladang getah di Kg Guar Tinggi,
Kuala Ketil Kedah itu,
hujan makin lebat. Nak tak nak,
sebab sudah sampai ke
rumah yang dituju, kami gagahkan
juga keluar dari
kereta masing-masing menutup kepala
dengan apa yang
ada (gambar) sambil menjinjing
barang-barang sumbangan
menuju ke rumah seorang lagi Ibu
Tunggal anak 3, Pn
Solehah Bt Abdullah.
Sejak kematian suaminya beberapa tahun yang lalu,
beliau tinggal di rumah
berkenaan yg terletak di
tengah-tengah kawasan ladang getah
dengan sewa RM20
sebulan. Okeylah itu cuma RM20
sebulan, kalau ditolak
pendapatannya bulan-bulan menoreh
getah di pokok
orang, adalah lagi baki dalam RM200
sebulan. Cukuplah
untuk makan beliau dan anak-anaknya
selama sebulan.
Lagi pun anaknya yang berumur 15 tahun itu sudah pun
besar panjang, sudah mampu bekerja
sambilan; dapatlah
dua tiga kupang upah menanam
tembakau di kg
berhampiran.
Ketika berlari meredah hujan menuju ke rumahnya, kami
mencari-cari tempat untuk berteduh,
rupa-rupanya kat
luar rumah beliau tidak ada
langsung bumbung untuk
kami tumpang berlindung. Nak tak
nak, terpaksa terus
masuk ke dalam rumah. Waktu itu
hujan makin lebat;
lama juga kami di situ berbual dan
bertukar cerita
dengan beliau.
Kisah hidupnya lebih kurang sama
saja dengan kisah Pn
Zariah dan Pn Aminah, kisah perjuangan seorang Ibu
Tunggal mencari sesuap nasi bagi membesarkan anak-anak
tanpa seorang insan bergelar suami
di sisi.
Bila kami tanya pasal makan seharian, beliau cakap
dalam sehari beliau masak lebih
kurang sekilo beras
untuk anak-anak. Hmmm...kami
menarik nafas lega,
kerana dengan 30 kg bekalan beras
yang kami bawa itu,
bermakna untuk jangkamasa 30 hari
mendatang, Pn
Solehah tak perlu lagi gusar pasal nak beli beras
untuk anak-anaknya makan.
Tambah-tambah pula musim
sekarang, hari ini saja sudah masuk
3 hari Pn Solehah
tak dapat menoreh kerana hujan.
Moga dengan sumbangan kami yang tidak seberapa di hari
Merdeka ini, Pn Solehah dan anak-anaknya akan
Merdeka
sebentar dari kepayahan mencari
sesuap nasi di musim
hujan.
Dalam lebat hujan yang masih belum reda itu, kami
bertolak pulang.
Saya tidak berapa ingat apa yang
kami bualkan
sepanjang perjalanan pulang itu;
kalau tak silap, kami
ada bincangkan mengenai persepsi
negetif masyarakat
(khususnya kaum isteri) terhadap
mereka yang berstatus
IT atau pun Janda seperti Pn Zariah dan rakan-rakan
senasibnya tadi.
Bukan satu rahsia lagi kaum wanita khususnya yang
bergelar isteri cukup phobia jika
suami mereka terlalu
mengambil berat-berat mana-mana
wanita yang bertitle
IT. Seorang kawan sekerja pernah
cerita kpd saya kisah
yg serupa.
Dulu, member ini study kat
bila balik
mereka masih terus berkawan;
tambah-tambah pula
kedua-duanya tinggal di Kulim, di
kawasan perumahan
yang berdekatan.
Bila ada kelapangan, nanti beliau atau pun sahabatnya
ini akan bawa anak bini mai makan
dan bersembang di
rumah masing-masing. Ringkas ceritanya,
memang rapat
dan karib sungguh hubungan depa
sekeluarga. Punyalah
rapat hingga sudah boleh dikata
macam adik beradik
dah. Sakit demam suka duka
kedua-dua keluarga semuanya
dikongsi bersama.
Nak jadi cerita, seperti kata Jamal Abdillah "Takdir
Menentu Segala", sahabat beliau seorang Engineer di
kilang INTEL ini, ditakdirkan
kembali mengejut
mengadap Illahi. Ha, selepas itu,
bila beliau dok
ambik berat pasal kebajikan
keluarga sahabat baik yg
dianggap seperti keluarganya
sendiri ini, isterinya
yang asalnya bukan main kamceng
dengan isteri arwah,
sudah mula tarik muka 44, sudah
mula cemburu tak
ketahuan punca.
Tak mau cari pasal, sahabat ini pun dengan rasa sedih
cuma mampu melihat dari jauh sahaja
si IT kpd arwah
sahabatnya ini sedikit demi sedikit
mula terpisah dari
perhatian jiran2 dan sahabat
terdekat. Kata dia,
kesian sungguh hari tu bila dia
tengok dua tiga orang
pemuda bukan Melayu berkulit gelap
dok pi-wit pi-wit
dok ngorat Janda kpd arwah sahabat
baik beliau ini.
Sekali tu pula, beliau dengar atap rumah arwah bocor,
si isteri arwah tak ada pilihan,
terpaksa minta tolong
dua tiga orang Mat Indon mai tolong
repair; apalah
kata arwah sahabatnya itu kalau
arwah tau kata ada
mat-mat Indon dok bebas masuk
keluar masuk keluar
rumahnya itu sedangkan ada sahabat
baik yg masih hidup
tapi cuma mampu tengok dari jauh
tak mampu nak buat
apa.
Itu cumalah secebis kisah; moga selepas ini setelah
membaca kisah Pn Zariah, Pn Aminah
dan Pn Solehah yang
kami paparkan ini, persepsi
sebahagian kita terhadap
nasib Ibu-Ibu Tunggal seperti
mereka ini sedikit
sebanyak akan berubah.
sahaja keperluan sehari-hari, kalau
bukan untuk mereka
pun tapi untuk anak-anak kecil,
anak-anak yatim yang
ditinggalkan itu. Insyaallah pasti
ada ganjarannya di
Akhirat kelak.
Selamat Menyambut Bulan Merdeka
Setiausaha NGO Wargakilang.com
2.9.05