Jln-Jln Hari Buruh: Tazkirah Utk Semua

 

 

Assalamualaikum,

 

1 hb Mei nanti, seperti tahun-tahun lepas, kita di kilang-kilang akan menerima habuan cuti umum sempena sambutan Hari Buruh seluruh negara. Nama pun cuti, ikut suka kitalah nak buat apa; setahun sekali dapat cuti eloklah juga kalau berehat di rumah dengan anak-anak menghilangkan penat terutamanya minda yang hampir sepanjang tahun bekerja.

 

Kami di Wargakilang pula, susulan AJK Biro Amal WK bulan lepas; kita telah memutuskan untuk mengambil peluang cuti satu hari ini meneruskan agenda Biro Amal WK masuk ke kg-kg seperti di musim-musim cuti sebelum ini.

 

Elok juga kot, sudah sepanjang tahun memerah minda dan stress di tempat kerja mencari habuan dunia sesuap nasi untuk anak isteri; sesekali cuba-cuba pula mengerah tenaga memanjat bukit dan desa mencari habuan pahala untuk bekalan di SANA.

 

Jika sebelum sebelum ini, kita biasanya akan berkongsi kisah dan pengalaman setelah kembali daripada aktiviti dan expedisi yang sedemikian, kali ini kita nak ubah sikit dia punya approach. Kita nak tulis dulu cerita sebelum kita pi.

 

Asal ceritanya, sebaik sahaja gambar rakan-rakan dan aktiviti kerja sosial NGO Wargakilang tersiar dalam rancangan BERSAMAMU TV3, mungkin kesan publisi gamaknya, kita telah menerima pelawaan beberapa orang rakan dan kumpulan yang berminat untuk bersama-sama kita dalam aktiviti masuk kg ini.

 

Oleh kerana yg nak turun kali ini insyaallah adalah mereka mereka yang pertama kali bersama kita (maksud saya dgn cara kitamereka ni pun selalu terlibat dgn kerja sosial ni tapi style merekalah); lalu pada weekend yang lepas saya dan 3 org rakan AJK WK telah mengambil inisiatif untuk pi riki dahulu keluarga-keluarga malang ini sebelum membawa kawan-kawan kita tu masuk ke sana.

 

Hasilnya; kami telah ditakdirkan dapat bertemu dengan sekurang-kurangnya 7 keluarga yang bakal kita kunjungi pada tarikh 1 hb Mei nanti. Secara tentativenya, kita akan bergerak pada hari tersebut mengikut jadual kasar di bawah:

 

8:30: Berjumpa di Petronas BKE, kemudian terus bertolak ke rumah:

1) Pn Zaitun Ibu Tunggal anak 6 di Sg Kob.

2) Anak-anak yatim piatu di Karangan.

3) En Zul (mata kelam) di Bakai.

4) En Mutalibanak 11 di Bakai.

5) PakNgah Johari – insan Pekak di Bkt Pak Kunin.

6) Pn Siah Ibu Tunggal anak 6 di Bkt Pak Kunin.

7) Pak Mat seorang tua sebatang kara tinggal nun jauh di kaki Rimba.

 

Seperti plan di atas, mulanya kita akan ziarah Pn Zaitun nak tengok status rumah beliau yang atapnya bocor sini sana seperti yang saya tulis tempoh hari.

 

 

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekelian, sebenarnya rakan-rakan ex-sekolah/U/ office beliau memang ada sikit sikit membantu beliau selama ini; dan ada pun perihal bumbung rumahnya itu, memang pun sedang dalam perancangan rakan-rakannya ex-sekolahnya, cumanya mengikut seorang sahabat dari kilang Kobe (ex-MRSM) artikel dalam WK itu mempercepat dan membantu expeditekan process tersebut; dan alhamdulillah kita dimaklumkan pada hari Ahad 13-Apr 08 lalu, Tukang Rumah yang diupah oleh rakan-rakan beliau ini (JV dgn

WK) sudah pun memulakan tugas. Kita akan ke sana untuk ziarah Pn Zaitun dan melihat process membina bumbung rumah itu status terkini.

 

Seterusnya kita akan ke Karangan untuk ziarah adik Firdaus (22 tahun) yang tekad membela adik-adiknya yang tinggal yatim piatu setelah kematian ayah dan bonda dalam jangkamasa tak sampai satu tahun.

 

Tuan-tuan dan puan-puan rakan-rakan wargakilang sekelian; lihatlah wajah-wajah sugul anak-anak yatim piatu ini, tiada perkataan yang mampu saya gambarkan di sini; cukup sekedar kalau saya ceritakan, saya sendiri pun tak kenai mak dan ayah mereka, dan saya pun itulah pertama kali bertemu mereka, dan pertama kali berkunjung ke rumah dan ke kampung berkenaan; walaupun saya x kenai mak ayah mereka, tapi suasana kesedihan dek pemergian 2 org tua mereka itu benar-benar dapat saya rasakan, hingga menikam ke lubuk dada.

 

Saya nak habag satu benda di sini, saya pun macam

tuan2 dan puan2 juga, sudah berapa kali dah kita berkunjung ke rumah-rumah kematian insan-insan yang tak berapa rapat dgn kita ataupun kita tak pernah mengenali mereka (spt sdra mara kpd jiran2 dan rakan taulan); most of time, ikhlas saya katakan selalunya kita tak berapa dapat rasa sangat suasana sedih tu, and in fact kadang-kadang kita tak rasa apa pun, macam pi melawat org sakit atau kenduri saja.

 

Sebab apa? Sebab kita tak punya pertalian darah dan kenal rapat dengan si Mati berkenaan, x rasa apa-apa!

 

Tapi, kunjungan saya ke rumah adik Firdaus hari tu benar-benar menguji jiwa saya; untuk pertama kalinya dalam hidup saya, saya dapat rasai kehadiran KEMATIAN itu walaupun si Mati itu tak pernah saya kenal, saya dapat merasa seolah-olahnya KESEDIHAN itu masih berterbangan dan masih terperangkap di antara dinding-dinding bata di rumah itu, seolah-olahnya belum lagi menghilang keluar walaupun sudah hampir seminggu arwah ayahanda mereka pergi mengadap Illahi.

 

Saya pun tak tau nak tulis macam mana lagi, lost of words – cukup sekedar kalau saya katakan ke mana sahaja arah mata saya pandang di dalam rumah itu, hati keras saya ini tiba-tiba sahaja jadi sebak dan sayu macam ada benda yang cuba menendang jantung hati saya membawa berita sedih dan duka yang masih berbaur di sana; entahlah x tau nak habag macam mana lagi, apatah lagi tatkala mana Makcik Jiran sebelah yang membawa kami ke situ tatkala beliau menceritakan kisah keluarga ini, beliau pun turut menangis dan mengesat air mata, lagilah hiba.

 

Kata makcik ini, beliau pun tak tau nak bantu macam mana, setakat tlg mai bagi makanan dan mai jenguk sesekali berkesempatan.

 

Untuk diri saya, inilah pertama kali saya berhadapan face to face dengan anak-anak yatim piatu, berhadapan dgn suasana anak-anak kehilangan ibu dan ayah dalam jangkamasa tak sampai 12 bulan; sayu dan terharu, satu pengalaman buat diri sendiri dan iktibar buat semua.

 

No wonderlah org-org alim selalu pesan suruh kita semua mengambil berat akan kebajikan dan perihal makan minum anak-anak yatim piatu; besar pahalanya!

 

Panjang pula tulisan saya ini; seterusya kita akan bertolak ke 5 buah rumah yang lain; dan akhir sekali kita akan menamatkan sessi Biro WK masuk kg kali ini di rumah Pak Mat seperti dalam gambar yang tersiar ini. Tuan-tuan dan puan-puan lihatlah sendiri rumah Pak Mat di kaki rimba ini; banyak dah rumah org miskin yang saya kunjungi, tapi nak habag bagi kat hangpalah, hat ini lah yang paling GABAN sekali.

 

Saya tak mau nak tulis panjang; kalau hangpa pernah dengar perkataan FAKIR dan seumur hidup hangpa tak pernah bertemu dengan seorang insan, seorang makhluk Allah yang "bernama" FAKIR, maka inilah dia si FAKIR yang sering kita dengar dalam kuliah-kuliah agama yg dikatakan antara Asnaf yg 8 yg wajib kita bantu, yg selama ini kita ingat hanyalah wujud di dalam kitab-kitab sahaja. Hari ini si FAKIR itu benar-benar wujud dan ada di dunia nyata, tak jauh dari rumah kita!

 

Pagi itu waktu saya tengah nak bersiap-siap nak pi riki tengok rumah Pak Mat, sahabat saya yang terjumpa Pak Mat ini called; dia telepon saya dia kata:

 

"Munir, hang ada dak baju seluar bundle tak mau pakai?"

 

Awatnya?

 

"Nak habag kat hang, hat ni memang real Miskin Tegar punya, dia cuma ada kain pakai sehelai sepinggang saja!!"

 

Dok ingatkan memba saya ni buat lawak, tengok-tengok memang betoi pun sehelai sepinggang; cuma dia silap sikit fakta saja, selain drpd kain pelikat yg Pak Mat pakai tu, saya nampak di rumah Pak Mat tu (kalau boleh panggil rumah la) ada sehelai lagi kain buruk yg saya nampak macam kain pelikat kat situ. Okeylah tu ada 2 lai, boleh Pak Mat tukaq tukaq!

 

Nasib baik dalam bonet keta Wahab ada kain baju memba-memba dia kirim, tapi kebanyakannya kain baju budak; belek pi belek mai dapat juga dua lai kain pelikat, sehelai tuala dan sehelai kain selimut, cukuplah kot untuk Pak Mat pakai. Pasal makan minum, tat pa kot; di kala kita semua dok sibuk bergaduh sesama kita pasal harga brg naik pasal kerusi DUN pasal Babi pasal Di-ibi, Pak Mat insan malang si Fakir merempat, anak bangsa satu kulit dan satu warna dengan kita ini, tanpa letrik tanpa air tanpa sebuah rumah yg boleh dipanggil rumah, akan terus tinggal di dalam hutan itu, bersama-sama dengan Babi Hutan dan Anjing Liar yang sering mengganggu tidurnya saban malam, tinggal menjadi spesis Melayu yang terakhir di bumi sendiri!!

 

$*#%&*@*!! (x tau nak kata apa!)

 

Oleh itu, kpd mereka mereka yang punya masa, dengan niat untuk membantu anak bangsa dalam kerangka mencari pahala buat bekalan di SANA, kalau ada kelapangan, jomlah ikut Team Biro Amal NGO Wargakilang masuk ke kg-kg 1 hb ini.

 

Kalau yg nak bawa sumbangan kain baju & alatan sekolah dll itu, di sertakan sedikit detail keluarga-keluarga berkenaan sebagai panduan:

 

1. Pn Zaitun: Anak-Anak - 8 thn (L), 10 (P), 11 (L),

14

(L), 15 (P), 16 (L)

 

2. Yatim Piatu – Firdaus 22 thn, Fatahiyah (24-ibu tunggal x kerja), Shafik (20), Shafikah (17), Najwa (15), Kafidah (12), Noradilah (10), Farah (3 tahun anak Fatahiyah).

 

3. En Zul (mata kelam): 10 thn (P), 9 (L), 8 (P), 5 (L), 1.5 (L), 2 hari (Baby)

 

4. En Wan – anak 11: sulung 23 baru habis belajar dari madhad dehrang. Yg lain-lain: 7 masih sekolah, 3 belum sekolah (4 thn, 3 thn, 7 bulan).

 

5. Pak Ngah Johari (60an) dan isteri (40an) : dapat bagi beras dan makanan okey dah rasanya untuk pasangan ini.

 

6. Pn Siah: Anak 6 (kali terakhir kami kunjungi beliau bulan puasa tahun 2007, semua anak-anaknya masih sekolah).

 

7. Pak Mat: Rasanya beliau perlukan keperluan asas untuk basic survival dalam hutan. Misalnya, plastik biru nak lindung dari hujan, periuk kecik untuk sorang masak, belanga, cerek, pelita minyak geh kita bawa pi camping, lilin & mancis, maggi, biskut dlm tin (dia guna tong & tin, ketuk gedegung gedegang mlm-mlm untuk halau babi dan anjing liar yg dok mai kacau dia dlm kegelapan mlm), beras, sardin dan pembuka, kicap, ikan masin, ikan bilis, alastidur, kain pelikat, baju dll.

 

(mana-mana group yg nak pi, sila habag awai supaya x bertindan planning kita dgn rakan-rakan yg lain).

 

Sekian dimaklumkan.

 

Sila bawa brg2 sendiri, jgn mai bagi kat kami duit/cash, kami tak kutip cash, kami cuma sekedar membantu membuka laluan untuk kita sesama kita mencari pahala, melakukan tugas Fardu Kifayah yang tertanggung atas sebahagian drpd kita. Ada masa jom pi.

 

Moga kerja buat kita ini akan mendapat keredhaanNya.

 

 

Monier_matdin@ yahoo.com

http://www.monierma tdin.blogspot. com

14.4.2008







Hosted by www.Geocities.ws

1