Jln-Jln Hari Maulid: Jadikanlah Kami
Anak-Anak Yatim Yg Dimuliakan...
Hari selasa lepas, 12 hb Rabiuawal tahun 1427H, bersama-sama
dengan rakan-rakan drpd NGO wargakilang.com berserta beberapa orang teman
sekerja, kami bertolak ke Madrasah Al-Farabi di Kg Banggol Kiat, Sik Kedah.
Kami dalam agenda melawat rumah anak-anak
yatim persendirian sempena hari cuti Maulud Nabi SAW ini. Kebetulan
Madrasah Al-Farabi ini menempatkan anak-anak Yatim yang belajar Tahfiz
bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa yang lain.
Madrasah Al-Farabi ini saya perolehi
alamatnya drpd dua tiga orang hamba Allah yang saya temui sedang mengutip derma
untuk anak-anak yatim/tahfiz di beberapa tempat yang berlainan. Salah
seorangnya saya terserempak sedang "meminta sedekah" memohon
sumbangan di sebuah Pekan Hari di tempat saya, seorang yang lain pula saya
temui di Surau R&R PLUS, sedang membaca Quran dengan tong derma bertulis
"Sumbangan Anak Yatim/Tahfiz Banggol Kiat, Sik Kedah". Yang seorang lagi pula saya bersembang secara personal tatkala
beliau datang mengutip derma di daerah kejiranan saya.
Saya ini pula jenis phobia sikit, ada sikit rasa ragu-ragu
dengan agenda mengutip derma merata jalan ini; lalu apa
yg saya lakukan, tiap kali ada yg datang minta derma/sumbangan/etc, saya akan
minta alamat, dan saya kata jika ada masa insyaallah saya sendiri akan pergi ke
Kami tiba di
Lepas tu baru saya perasan, kenapa Tn Haji dan Isteri nampak
sungguh-sungguh berbesar hati dengan kedatangan kami; dalam sessi dialog &
motivasi antara kami dan pihak pentadbir selepas itu, Tn Haji Ahmad tanpa segan
silu, di hadapan 30 orang "anak-anaknya" (mereka semua memanggil
beliau "Ayah") meluahkan segala perasaan yang terbuku di dada beliau
selama ini, drpd sambutan negetif masyarakat terhadap usaha murni beliau itu
hinggalah kpd perkara-perkara lain yang tak perlu saya catatkan ke sini, cuma
yang ingin saya tulis satu perkara saja, kata Tn Hj Ahmad:
"Tak elok rasanya saya nak
menceritakan semua ini kpd Tuan-Tuan di hadapan "anak-anak" ini.
Anak-Anak ini tak perlu tahu semua ini, sebab memang itu adalah tugas Ayah untuk mencari rezeki bagi membesar dan mendidik anak-anak.
Tugas anak-anak adalah untuk belajar dan belajar hinggalah
tercapai cita-cita ayah untuk melihat anak-anak semua menjadi Ulamak.."
Kemudian beliau sambung lagi, kata beliau:
"Kami berterima kasih banyak-banyak
kpd tuan-tuan semua, yang walaupun sibuk dengan kerja masing-masing, sanggup
datang mai menjenguk kami.
T.kasih...terutamanya
yang mai jauh dari KL nu. Ikhlas saya cakap, saya rasa terharu sungguh
sebab.......last sekali ada mana-mana pertubuhan/kumpulan mai melawat kami
ialah pada tahun 1999 dulu....Pertubuhan Ulamak mana entah, tak ingat pula. Makna
kata, sejak tahun 1999, inilah pada tahun 2006 ini ada orang (pertubuhan) mai
melawat kami, t.kasih banyak-banyak"
Kami tak tau nak
kata apa, terharu ada, sedih ada, kesian ada.....macam-macam ada!
Yang paling sedih
hingga hampir menitis air mata adalah tatkala saya menghayati bait-bait lirik
Nasyid yang dipersembahkan kpd kami oleh kumpulan Nasyid Anak-Anak yatim
Madrasah berkenaan; mula-mula saya x perasan sangat.
Saya ingatkan
Nasyid biasa sempena hari Maulud Nabi SAW, tapi bila lagu dan bait-bait nasyid
tersebut diulang-ulang dengan nada yang amat mendayu-dayu, barulah saya perasan:
Anak-anak yatim
tersebut sedang merintih memuja-muji IDOLA mereka.....yang secara kebetulan
adalah juga Anak Yatim piatu seperti mereka. IDOLA mereka itu lahir ke dunia
tanpa ayah di sisi, tak lama kemudian ketika masih bayi dan belum kenal erti kasih
sayang seorang ibu, Ibunya pula pergi menyambut panggilan Illahi. Drpd seorang
anak yatim piatu, IDOLA mereka ini kemudiannya membesar menjadi seorang
Pejuang, seorang Pemimpin dan seorang Hamba Allah yang paling mulia dan amat
disegani; tidak lain tidak bukan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang
amat disanjungi!!
Bukan saja saya,
tapi seorang lagi sahabat saya, seorang Engineer dari kilang INTEL, Kulim
hampir tersebak menitiskan air apabila dalam korus terakhir yang diulang-ulang,
anak-anak Yatim Al-Farabi ini merintih berulang-ulang kali, memohon agar mereka
juga dikurniakan Allah seperti IDOLA mereka, Nabi SAW....
"Anak-Anak Yatim Yang
Mulia.....diLindungi Allah Sentiasa!!"
Hampir menitis air mata saya. Entah apalah agak perasaan
Adik Abadi bin Abdullah, salah seorang drpd anak yatim piatu di situ, yang
berasal dari Kulim, Kedah. Ibu dan Ayahnya meninggal accident kenderaan semasa
beliau dlm usia baru nak masuk Tadika. Macam manalah
pula rasa adik Hafizan yg berasal dari Selayang, Selangor, ibu dan ayahnya
dua-dua sudah tiada, segan pula saya nak bertanya meninggal sebab apa.
Selepas Nasyid tersebut, kami semua bangun
dan bersama-sama dengan Anak-Anak yatim pelajar tahfiz berkenaan, kami semua
pakat berselawat ramai-ramai kpd junjungan besar nabi Muhammad SAW. Saya sungguh rasa terharu semacam, sebab secara ikhlas saya cakap,
sepanjang umur saya, inilah pertama kali saya pernah mengambil bahagian dalam
mana-mana majlis sambutan Maulid Nabi SAW.
Selama ini, bila hari cuti Maulid, sama ada saya membawa
anak-anak bersantai berkelah di lata/air terjun, bawa depa pi shopping dan
makan-makan or yang paling biasa....melepak kat depan TV layan Astro ka apa. Besar sungguh manafaat aktiviti amal kami kali ini.
Yang paling tak dpt saya lupakan
ialah kata-kata Hj Ahmad, kata beliau Nabi SAW pernah bersabda, yang antara
lain baginda berkata, barangsiapa yang mengambil berat perihal anak-anak yatim,
maka sesungguh jarak orang itu dengan Baginda SAW adalah seumpama dua jari
(Sambil baginda menunjukkan dua jarinya yg dirapatkan). Saya tersentak, kerana
di hari sambutan Maulud Nabi SAW ini, walaupun kami tidak berada di sebelah
makam Baginda, tetapi dengan diberi peluang bertemu dan meraikan anak-anak
yatim itu, maka jika mengikut isyarat hadith berkenaan, insyaallah tanpa kami
sedari, pada hari Selasa tanggal 11 hb April 2006 yang lalu, walaupun kami cuma
berada di Madrasah Al-Farabi, rumah anak-anak Yatim/Tahfiz di Sik Kedah, namun
jarak antara kami dan restu Baginda SAW cumalah seperti dua jari yang
dirapatkan.
Masyaallah!!!
Akhir kata, dari kejauhan, doakanlah moga-moga anak-anak Tn
Haji Ahmad di Sik
Setiausaha NGO WARGAKILANG.COM
13.4.06