Jln-Jln Masuk Kg: 1 Mei 08 Hari Pekerja – Part 2

 

 

Menyambung kisah kami konvoi masuk kg semalam 1 hb Mei 2008.

 

Seperti yg saya tulis sebelum ini, kita tidak mengagak begitu ramai sekali yg nak turun mai; dok ingatkan dua tiga bijik keta saja. Pada mulanya saya dan sdra Wahab dok penin kepala juga fikir mcm mana nak susun keta-keta tu bila masuk ke kg-kg nanti. Last-last sekali, saya kata kat Wahab, kita ikut style niaga pasar malam ja lah Wahab (kami dua org ni memang ada exp niaga pasar mlm), kita main REDAH ja!!

 

(Psr malam tu mcm tu lah, tapi depa x panggil REDAH, depa sebut RAMBO; makna kata nak niaga kat mana-mana, ada lesen ka tak dak lesen ka, main RAMBO jahentam ja lah, nak jadi apa fikir kemudian)

 

So, semalam kami pun main RAMBO ja lah.

 

Tak sangka dalam dok Rambo Rambo tu, memang tersusun sungguh, semuanya running smooth except untuk satu kes di mana kereta Wira sdra Nik Fatah kita last sekali terpaksa berpatah balik sebab tak boleh nak catch up dengan keta-keta lain di hadapan sebab beliau pi hantar brg kat satu penerima di masjid tu yg x ada kenderaan nak bawa brg balik. Selain drpd tu hat lain running smooth.

 

Molanya saya tak berapa nak boleh agak berapa ramai semuanya termasuk anak-anak kecik yg dibawa sekali; bila mai time lunch bila perut semua pakat berkeroncong, barulah boleh tau; saya pi order nasik bungkus dan air mineral 40 packs….habis licin!! - punya la lapaq.

 

Antara pengalaman menarik yg tak dapat saya lupakan ialah sewaktu majlis penyampaian sumbangan untuk fakir miskin di Masjid berkenaan; bila kita persilakan kawan-kawan kita dengan menyebut nama kilang atau tempat bertugas masing-masing, saya tiba-tiba ja terperasan bahawa WK ni yg dulunya hanyalah termaktub sekitar kilang tempat saya bekerja ni dan kilang Wahab serta dua tiga org kawan-kawan ex-Read Rite; sekarang ni WK dah semakin membesar, bukan setakat geng-geng kilang saja yg join kita, nu Kak Ton (Aktivist Sosial dari Penang yg saya kenali sewaktu musim Tsunami hari itu) dan juga Tok Mulu kita sdra Lukman dari UUM juga ada turut serta. Kita juga berterima kasih kpd rakan kita sdra Azham (intel) yg membawa team drpd Kelab Kembaranya bersama-sama (Prokem kalau x silap) dan juga sdra Ikhwan (Osram) yg membawa team proton car club (Procc) Penang ikut kita turut serta.

 

Lihatlah gambar rumah-rumah yg diziarahi ini; letih juga sebenarnya nak perabih 7 lapan buah rumah dalam masa satu hari. Pun begitu, ada sebuah rumah yg tidak termasuk dlm senarai dan tidak sempat diambil gambar rasanya sebab semua dah keletihan; kami tiba ke rumah tu dah hampir senja. Tak sangka, kami dok ingatkan rumah Pak Mat dah teruk sangat dah, rupa-rupanya rumah tu lagi teruk; kalau malam, jika ada burung hantu, kelawar dan unggas malam, dia pakai terbang direct terus boleh hinggap ke atas tuan rumah tengah dok tidor, satu dinding tu terus terbuka mengadap alam maya. Pak Mat okey lagi sebab dia solo; yg tuan rumah ni pulak, suami isteri tinggal di rumah kayu mcm tu tanpa electric dengan dua org anak hidup dalam suasana daif sebegitu; tat pa lah itu next punya visit.

 

Last sekali, saya sertakan di sini gambar rumah Puan Zaiton yg terkini.

 

Terima kasih diucapkan kpd pembaca-pembaca sekelian khususnya rakan-rakan beliau drpd ex-MRSM dan juga rakan-rakan sekerja dan sepengajian beliau dahulu, tak sampai sebulan selepas email saya yg bertajuk "Ketabahan Seorang Ibu" tersiar hari itu, alhamdulillah kini Pn Zaitun dan anak-anaknya sedikit merasa selesa kerana tiada lagi atap bocor di kala hujan. Pn Zaitun minta saya sampaikan salam dan t.kasih beliau yg tidak terhingga kpd mereka-mereka yg berkenaan. Di atas jasa baik kalian hanya Allah SWT sajalah yg mampu membalasnya.

 

Sekian

 

[email protected]

2-Mei-08















Hosted by www.Geocities.ws

1