Jln-Jln Masuk Kg: 1 Mei 08 Hari Pekerja – Part 1
Sahabat-sahabat yang dimuliakan,
Alhamdulillah tanpa diduga,
email yg saya tulis di bawah
tajuk Jln-Jln Hari Buruh: Tazkirah Utk Semua; yg asalnya
ditulis setakat saja-saja ja
(sebab selalunya x ramai yg turun
mai), tapi tak sangka pada
pagi 1 hb Mei semalam, lebih
drpd 10 buah kereta entah mai
dari mana-mana pakat turun mai
berkumpul di Petronas BKE dan juga di tempat
parking KHTP.
Tak silap saya
semua sekali ada kot dalam
12 bijik kereta; kelam kabut juga
kami pada asalnya sebab team WK ni bukannya
pernah buat konvoi masuk kg ramai-ramai macam tu, paling kuat pun dalam 3 kereta ja; tu pun sebab
satu kereta boh penuh brg.
Ramai sungguh, drpd kereta
Kancil hinggalah ke keta 4WD.
Saya gabrah jugak
pada mulanya sewaktu nak bagi
taklimat tu sebab dlm kepala
saya boleh bayanglah apa nak
jadi bila 12 buah keta tu
pakat konvoi masuk kg jln kecik-kecik
or area2 yg x dak tar tu nanti, nasib
baik ada satu Team drpd ProCC (Proton Car Club) Penang siap pakai "jersey" depa lagi, since depa ni dah
biasa dok buat konvoi besar-besar
ni saya minta
depa tolong bagi briefing sikit, kemudian dikuti dengan safety briefing oleh Tok Mulu kita,
sdra Lukman dari UUM yg dok
mengajar subject EHS ni di sana.
Semua sekali kami
pi 8 buah rumah, termasuk singgah solat zohor bagi
sumbangan kat fakir miskin di Masjid
berkenaan untuk 12 org penama. Makna kata 20 org semuanya.
Cakap pasal sumbangan
ni, ini
yg saya nak
habag ni; sebab kita tak
buat collection, tak dak central collection kata org;
so saya habag kat semua hat mai
tu; nanti sampai rumah-rumah tu, hangpa pandai-pandai
sendirilah bagi sumbangan. Kot-kot yg nak bagi
fidyah, kalau agak keluarga tu
nampak x brapa susah sgt, nak
tunggu keluarga hat selepas tu pun okey, no prob; saya kata barang
tuan-tuan duit tuan-tuan, tuan-tuan sendirilah yg buat
decision.
So, jadinya;
bila sampai satu-satu rumah tu; bila sorang
pi bagi sekampit beras, since ada > 10 bijik keta, hangpa
bayangkanlah apa
jadi kat situ...bersusun-susun barangan macam beras, biskut,
gula, garam, minyak masak etc macam tuan rumah
tu baru balik
shopping nak buat kenduri kahwin. No Wonderlah, Pengerusi Kariah yg kami
berhenti solat tu, bila diminta
buat ucapan waktu majlis sumbangan
barangan tu, Tuan Haji tu kata
depa agak terkejut sebab selama ni depa
tak pernah tengok satu-satu keluarga tu dapat
barangan macam tu nala punya
banyak (beras 10 kilo ada kot 4 kampit,
5 kilo 3kampit, gula berkilo-kilo,
minyak masak dll). Memang banyak
sungguh; saya sendiri tengok Pak Omar dok ulang alik
angkut barang2 tu dua tiga kali dengan
mutu buruk dia!
Malam tu pulak
saya dpt sms drpd Puan
Zaiton (moniermatdin.blogspot.com :
Kisah Ketabahan Seorang Ibu); dia
kata Mak dia cakap t.kasih
dan Mak dia
habag kata dia tak sangka
barang punya banyak (kami longgok
kat luar rumah ja waktu
tu). Apa-apa pun t.kasih lah
kpd sapa-sapa yg bersusah payah
beli & bawa brg2 tu ikut kami
masuk ke kg semalam.
Saya tak nak
tulis banyak; kali ni saya nak biarkan gambar-gambar
rakan2 kita di Rumah Pak Mat seperti yg disertakan di
sini berbicara sendiri. Tengoklah gambar-gambar ni
dan hayatilah erti yang tersirat di sebaliknya. Kalau nak tau, next time boleh join mai.
T.kasih kpd rakan-rakan
seramai hampir 40 orang tu, terutamanya
kpd "tukang-tukang rumah amatur", yg semuanya sanggup
meredah hutan dan denai meniti
kayu-kayu reput (ada yg bawa
anak-anak) semata-mata sebab nak membantu
insan yang memerlukan.
Atas pengorbanan kalian, hanya Allah
SWT saja yg dapat membalasnya.
wsl
monier_matdin@yahoo.com
2.Mei.08