|
ULASAN ARTIKAL 5
Artikel 5.0
Tajuk: Masalah dotcom tidak jejas pembangunan pendidikan.
Pada masa kini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendapat tempat dalam sektor pendidikan. Oleh itu, walaupun berlakunya kejatuhan industri dotcom dan juga syarikat-syarikat internet dunia, ia tidak akan menjejaskan masa depan perkembangan ICT dalam sektor pendidikan. Ini kerana, sektor pendidikan mempunyai peranan pasaran yang sangat besar dalam perkembangan teknologi maklumat (IT) dunia. Dengan itu, ICT dengan sektor pendidikan adalah saling memerlukan antara satu sama lain.
Contohnya, penggunaan internet dalam pendidikan. Guru-guru boleh memainkan peranan mereka dalam membantu para pelajar mendapat pendidikan di internet kerana ia merupakan sumber maklumat yang terbanyak dan boleh membantu guru-guru dalam mencari bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, peranan guru agak besar dalam era ICT terutamanya dalam membawa perubahan kepada para pelajar yang akan menguasai pengetahuan mereka melalui teknologi yang terdapat pada masa kini. Ini dapat membuktikan bahawa guru merupakan agen perubahan yang sangat penting dalam sektor pendidikan dan pembangunan negara.
Bagi mencapai hasrat negara agar semua pelajar dapat menguasai penngetahuan melalui teknologi, guru-guru telah ditawarkan dengan peraduan yang menawarkan ganjaran bernilai RM40,000.00 . Peraduan ini, secara keseluruhannya ditawarkan kepada guru-guru dan juga bakal guru untuk mencipta rancangan mengajar yang mengintegrasikan ICT. Peraduan ini, dijangka mampu untuk menambahkan kandungan pendidikan tempatan di internet dan juga bertujuan untuk, menggalakkan penggunaan bahan-bahan yang terdapat di internet bagi kegunaan bilik darjah.
Artikel 2
Penggunaan Teknologi Satelit di pusat pengajian tinggi
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini amat menggalakkan sama ada di peringkat sekolah ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya di Universiti Utara Malaysia (UUM), mereka akan menjadi universiti pertama di negara ini yang akan menggunakan teknologi satelit dalam prasarana rangkaian internet di dalam kampus. Oleh itu, pada masa kini, UUM sedang bergerak ke arah penggunaan ICT yang berkonsepkan langit terbuka tanpa sepadan dalam penyebaran dan pencapaian ilmu menerusi gedung maklumat di serata dunia sebagai satu usaha untuk memperluaskan program pendidikan, pertukaran dan perkongsian bahan-bahan ilmiah dan juga akademik. Selain itu, bagi mempertingkatkan lagi penggunaan ICT, semua kolej kediaman pelajar serta bangunan-bangunan yang masih belum dirangkaikan telah dilengkapkan dengan rangkaian komunikasi. Di samping itu juga, kemudahan rangkaian dan komputer yang secukupnya turut disediakan. Ini bertujuan untuk menumpukan sepenuhnya kepada pengisian bagi mengeksploitasikan ICT ke dalam sistem pendidikan dan pengurusan di Institit Pengajian Tinggi (IPT).
Oleh itu, penggunaan ICT dalam semua bidang terutamanya dalam bidang pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundangan dan pengurusan akan dipertingkatkan peringkat demi peringkat. Dalam usaha untuk memaksimumkan penggunaan ICT pula, perkhidmatan yang berkesan kepada staf-staf dan juga pelajar-pelajar akan ditawarkan agar kemudahan ICT ini dapat dibangunkan samaada dari segi perkakasan, perisian aplikasi, pembangunan sumber manusia dan juga struktur organisasi.
Di samping itu, kandungan bagi pengajaran dan pembelajaran juga akan terus dibangunkan supaya jaringan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran ini akan dapat diperluaskan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjangkau di luar bilik darjah dapat dilaksanakan. Ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian yang ditawarkan samaada secara sambilan atau melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dengan menjadikan penggunaan ICT sebagai satu cara untuk memantapkan penawaran program ijazah.
Back To Top
|
|