Home Links       Selamat Datang Ke Laman Web Kami...


ULASAN ARTIKAL 4

ULASAN ARTIKAL 4.0
Pelan induk k � ekonomi siap 2001


Dewasa kini, pelbagai isu ataupun berita mengenai k � ekonomi sering didengari. Tujuan utama k � ekonomi ini adalah untuk menentukan strategi Malaysia sebagai sebuah negara berasaskan ekonomi maklumat. Selain itu, masalah jurang digital juga telah meningkat di negara kita. Jurang digital ialah kegagalan sesetengah pihak untuk mencapai maklumat. Masalah jurang digital yang wujud di Malaysia adalah seperti perbezaan di antara kumpulan kaya dan miskin, masyarakat bandar dan luar bandar dan juga etnik. Punca utama berlakunya masalah � masalah seperti adalah kerana masyarakat kita yang tidak mempunyai pendidikan dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ).

Memikirkan hal ini, kerajaan kita telah membangunkan infrastruktur fizikal bagi perkembangan ICT secara menyeluruh untuk memanfaat rakyat. Seperti kata pepatah � melentur buluh biarlah dari rebungnya�, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program komputer dan telah menjadikan subjek komputer sebagai mata pelajaran teras dan kurikulum sekolah. Selain itu, pelbagai usaha lain telah diambil oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan komputer. Antara usahanya ialah menyediakan kemudahan infrastruktur fizikal pada 2200 buah sekolah rendah dan menengah. Selain itu, kerajaan juga telah menjalankan kempen seperti � satu rumah satu komputer�. Kempen ini telah mendapat sokongan penuh daripada KWSP Diana rakyat diberi kemudahan pinjaman melalui pengeluaran ( KWSP ). Bukan itu sahaja, sekolah bestari juga telah ditubuhkan hampir diseluruh negeri. Usaha ini bukan sahaja dijalankan di Bandar, di luarbandar juga telah dijalankan. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti program � Desa Wawasan� yang bertujuan memberikan kesedaran mengenai keupayaan komputer serta mewujudkan masyarakat luar Bandar yang celik komputer.

Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan, Kementerian tenaga, komunikasi dan multimedia juga telah menjalankan pelbagai langkah bagi mengatasi masalah yang berlaku dinegara kita. Melalui sokongan dan juga dorongan dari semua pihak, masalah ini mesti boleh diatasi dan ICT juga akan berkembang dengan meluas di negara kita.

Back To Top

ULASAN ARTIKAL 4.1
Portal tepati aspirasi pembangunan ICT


Selangor merupakan salah satu negeri yang semakin maju dalam penggunaan komputer. Salah satu kejayaan yang telah dicapai oleh negeri itu adalah Portal Pendidikan yang bakal menjadi gerbang pendidikan futuristik selain berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan. Pembinaan portal ini bertepatan dengan aspirasi pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ). Memandangkan penggunaan medium elektronik lebih bersifat demokratik, sejagat serta telus, kerajaan negeri Selangor telah memandang serius terhadap penggunaan medium elektronik. Portal yang dibina mempunyai akses terhadap ilmu secara perkongsian masa dan interaktif.

Bukan sahaja pihak kerajaan, pihak swasta juga telah mengambil langkah dalam meyebarkan budaya teknologi maklumat ( IT). Ia merupakan satu langkah positif dalam menyebarkan maklumat pendidikan kepada pelajar, guru dan ibubapa. Ini kerana ada sesetengah keluarga yang lebih suka menghantar anak mereka ke institusi swasta daripada institusi kerajaan. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan satu anjakan paradigma terhadap sistem pengajaran dan pembelajarn tradisional yang dijangka dapat merealisasikan matlamat menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia. Ini kerana jikalau dibandingkan dengan negara seperti USA, kita telah ketinggalan jauh daris segi pendidikan. Jadi, langkah ini merupakan satu cara yang baik.

Jika kita imbas kembali kaedah pengajaran dan pembelajaran dulu, ia hanya menumpukan pada penghafalan dimana guru hanya sebagai pengasuh, pembimbing tetapi pendidikan kini telah diubah kepada pengajaran seperti interaktif, input yang pelbagai, penggunaan teknologi secara optimum dan ini dapat menceriakan lagi semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan portal juga dapat menggalakkan perkongsian maklumat secara bijak antara guru, pelajar dan penjaga. Jika dibandingkan dahulu, pelajar terpaksa menghafal semua topik dan mereka juga susah untuk meneka topik yang mana akan keluar dalam ujian. Tetapi, dengan adanya portal, ia dapat membantu pelajar membuat rujukan bagi mata pelajaran teras secara komprehensif berdasarkan huraian sukatan pembelajaran.

Bukan itu sahaja, guru juga memperoleh banyak manfaat daripada penggunaan portal itu seperti merangka strategi pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlulah memanfaatkan sepenuhnya portal pendidikan itu bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar di negara ini.

Back To Top
Best Viewed with IE > 5.0, 800x600 resolution
� Copyright To Subha&Team, All Rights Reserved.
For Information
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1