|
ULASAN ARTIKAL 3
ULASAN ARTIKAL 3.0
ICT perlu diserap dalam kurikulum pendidikan
Dewasa kini, teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) memainkan peranan penting kerana keperluannya di dalam sektor pekerjaan. Dengan itu, adalah perlu ICT diserap ke dalam kurikulum pendidikan di negara ini supaya ia mampu menjadi sebuah negara yang maju dan melaksanakan ekonomi berasaskan pengetahuan. Di samping itu, apabila ICT diserap ke dalam sektor pendidikan, ia akan dapat menghasikan golongan guru dan pelajar yang bijak komputer. Sebagai seorang pelajar, mereka perlu bijak dalam menggunakan ICT kerana mereka merupakan penyumbang kepada pembanguan ekonomi di masa akan datang.
Selain itu, usaha dan pelaburan yang telah dilaksanakan kepada pelajar generasi sekarang boleh digunakan dalam bentuk guna tenaga mahir di tahun 2020 nanti dan secara tidak langsung mereka akan menjadi penggerak kepada wawasan negara. Sehubungan itu, kerajaan perlu membuat peruntukkan khas untuk sekolah-sekolah di kawasan pedalaman supaya dapat memberi peluang yang sama rata kepada pelajar-pelajar tersebut dalam penggunaan ICT. Justeru itu, ia akan mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar di kawasan pedalaman dengan di bandar.
Selain daripada itu, kerajaan juga baru-baru ini telah memberi penekanan kepada pembangunan ICT di dalam pembentang Rancangan Malaysia Ke-8.
Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membangun ICT di negara ini. Ini adalah kerana ICT memainkan peranan utama dalam pertumbuhan ekonomi di negara ini.
Back To Top
ULASAN ARTIKAL 3.1
Integrasi ICT dalam pembelajaran tutorial
ICT dalam pembelajaran tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini, merangkumi pembelajaran ekspositori dan juga demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem. Selain itu, Komputer dan perisian pendidikan juga merupakan alat-alat ICT yang biasa digunakan untuk mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan latihan dan menilai pencapaian. Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembangunan tutorial sebahagian besar direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi yang melibatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Walau bagaimanapun, guru mesti berhati-hati dalam melaksanakan pendekatan tersebut kerana kesilapan dalam memberi pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga. Selain itu, ia juga boleh menghalang penggunaan kemudahan ICT.
Dengan sebab itu, sebelum guru menggunakan pendekatan tersebut, guru perlu mempertimbangkan beberapa pekara. Antaranya ialah guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak digunakan oleh pelajar mengikut kesesuaian. Selain itu, guru perlu memastikan mempunyai keperluan untuk menggunakan ICT kerana penggunaan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Selain itu, guru hendaklah merancang penggunaan ICT. Perancangan tersebut perlu mengambil kira lokasi peralatan ICT, penggunaannya secara berkumpulan atau individu dan juga penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan. Selain itu, penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial juga hanya sesuai digunakan dalam situasi yang berbeza. Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian pelajar sementara sebahagian yang lain menggunakan komputer.
Oleh itu, ICT sangat penting diserap dalam pembelajarn tutorial kerana penggunaan ICT dapat mengindividukan pembelajaran dan juga meningkatkan motivasi diri. Di samping itu, mereka juga boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang minimum.
Back To Top
|
|