Home Links       Selamat Datang Ke Laman Web Kami..


ULASAN ARTIKAL 2

ULASAN ARTIKAL 2.0
ICT mampu membina kekuatan minda


Artikel ini membincangkan tentang kemunculan ICT dalam era digital di mana ia mengubah banyak perkara termasuklah perubahan paradigma pemilikan dan penyebaran ilmu. Dunia semakin canggih.Jikalau dulu, ilmu yang dituntut disimpan di dalam minda berdasarkan kekuatan daya ingatan individu, tetapi dalam arus teknologi ini ilmu telah disebarkan dengan pantas dan mudah pada bila-bila masa tanpa mempunyai sempadan.Dengan itu, slogan �dunia tanpa sempadan� memang sesuai direalisasikan dalam era IT.

Dalam sistem pendidikan, ICT mampu mengubah kaedah pengajaran dan pembelajran yang berteraskan tradisional kepada kaedah baru yang lebih canggih. Dengan itu, manusia kini tidak lagi kekeringan dengan teknologi-teknologi canggih makah dapat merasai keseronokan melayari internet. Antara kegunaan internet adalah untuk memberi maklumat atau data yang diingini.Namun, sesetengah pelajar tidak dapat mengingati semua data yang diperolehi. Dalam hal ini, kekuatan minda diperlukan untuk menerima, mengolah, menganalisis dan membuat kesimpulan terhadap maklumat yang diperolehi untuk diterjemahkan kepada ilmu.

Menurut Prof.Dr.Abd.Razak Hamdan et.al, dalam bukunya�Teknologi Maklumat�, minda dapat dilatih menjadi analitik sekiranya seseorang itu dapat membezakan antara data, maklumat, ilmu dan hikmah (wisdom). Aspek yang penting untuk membezakan takrifan-takrifan tersebut adalah kekuatan minda di mana ia dapat memproses, menapis, memformat dan meringkaskan data sebelum ditukarkan kepada maklumat.Selaras dengan itu, untuk melahirkan individu yang memiliki minda kreatif dan inovatif, satu system pendidikan yang menekankan terhadap proses pembangunan minda perlu dibentuk. Antara pendekatan baru yang dimanfaatkan adalah struktur pendidikan yang lebih anjal dimana perkembangan dan kemajuan murid ditentukan sendiri, boleh berinteraksi dengan maklumat menggunakan ICT dan apa yang lebih mengghairahkan manusia ialah penggunaan multimedia.

Dalam keghairahan mengejar keseronokan, peranan guru dalam pembentukan sahsiah dan perkembanagan minda pelajar tidak harus dilupakan. Namun begitu, dalam melayari internet, pendidik bertindak sebagai pemandu untuk membantu pelajar membangunkan minda supaya maklumat yang diperolehi dapat diaplikasikan dalm kehidupan seharian. Sekiranya pelajar tidak dipandu, mereka akan lemas dalam lautan maklumat yang terlalu luas dalam internet.

Dalam arus pembangunan yang pesat, Malaysia sudah menetapkan ICT sebagai enjin kedua pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, pelajar yang mempumyai kekuatan minda amat diperlkan untuk melakukan kerja yang berasaskan maklumat dan secara tidak langsung memberi sumbangan besar kepada negara. Justeru itu, pembelajaran dan pengajaran berterusan adalah penting bagi memastikan pekerja sentiasa bersedia menghadapi perubahan. Ia merupakan set utama dalam menghadapi cabaran era k-ekonomi. Lebih jelas lagi, minda manusia perlu sentiasa diisi dengan maklumat dan ilmu untuk menggalakkan seseorang berfikir. Ini menyebabkan ICT memainkan peranan yang penting dalam membentuk kekuatan minda pelajar.

Lantaran itu, selaras dengna hasrat kerajaan untuk menyediakan tenaga kerja yang berlandaskan pengetahuan (k-ekonomi), rombakan terhadap system pendidikan dengan menukarkan penggunaan ICT dalam pendidikan amat wajar. Penekanan terhadap penggunaan komputer mestilah merangkumi minda kreatif dan inovatif kerana ICT merupakan alat yang memudahkan manusia membuat capaian terhadap maklumat yang diperolehi.

Implikasi ICT jelas mendatangkan kebaikan dalam dunia pendidikan kini yang padat dengan era teknologi. Ia bukan sahaja dapat membina kekutan minda malah menyediakan tenaga kerja yang berlandaskan pengetahuan (k-ekonomi). ICT telah membuka mata pendidik-pendidik untuk mengaplikasikan segala kemudahan yang digital dalam sistem pendidikan.

Back To Top

ULASAN ARTIKAL 2.1

Kemeriahan sekolah Bestari.

Artikel ini pula membincangkan tentang keberkesanan ICT dalam pembentukan sekolah Bestari.Semua sekolah ingin dimahkotakan gelaran �Sekolah Bestari�. Namun tidak semua sekolah lengkap dan sempurna dengan segala kemudahan alat-alat berteknologi. Perkembanagn dalam dunia ICT telah mengubah senario pendidikan moden iaitu daripada kaedah pendidikan tradisioanal yang berteraskan guru dan buku kepada pengajaran yang berbantuka komputer. Penggunaan komputer telah mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu, langkah kerajaan menerapkan budaya ICT di sekolah-sekolah di Malaysia sememangnya satu alternatif yang relevan sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia globalisasi. Ia dilaksanakan semata-mata untuk mengelakkan generasi muda daripada ketinggalan kerana arus dunia sekarang berteraskan kepada pengetahuan dan maklumat. Dalam hal ini, terbangunnya sekolah Bestari di negara ini yang dilengkapi dengan kemudahan ICT yang secukupnya merupakan langkah awal untuk memantapkan jiwa generasi muda dengan teknologi maklumat. Selain itu, program pengkomputeran sekolah yang hanya membekalkan komputer di 2300 buah sekolah dijangka akan diperluaskan ke semua sekolah seluruh negara dalam tempoh rancangan Malaysia Kelapan.

Dalam prasarana IT, warga pendidikan harus tahu memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaiknya supaya dapat difahami oleh pelajar. Namun, sesetengah sekolah walaupun mempunyai bilangan komputer yang banyak tetapi belum mendapat kemudahan internet sepenuhnya.Persis itu, untuk memenuhi ciri-ciri sekolah Bestari ialah para pelajar harus didedahkan dengan pelbagai aplikasi komputer dalam pendidikan seperti menghantar tugasan melalui e-mel, menjawab peperiksaan secar �on-line� dan tidak membataskan penggunaan komputer kepada mata pelajaran-mata pelajaran tertentu sahaja. Secara tidak langsung semua guru dan pelajar akan terdedah dengan dunia IT.

Kesimpulannya, kemeriahan sekolah Bestari hanya dapat dirasai sekiranya warga pendidikan mempraktikkan segal kemudahan ICT secara efektif. Matlamat penubuhan sekolah Bestari akan tercapai dengan adanya guru dan pelajar yang celik IT selaras dengan perkembangan teknologi yang kian canggih.

Back To Top
Best Viewed with IE > 5.0, 800x600 resolution
� Copyright To Subha&Team, All Rights Reserved.
For Information
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1