Home Links       Selamat Datang Ke Laman Web Kami..


ULASAN ARTIKAL 1

Isu-isu intergrasi komputer dan internet serta jaringan dalam pendidikan prasekolah di Malaysia: Refleksi kritis pembentukan dasar dan implementasi.

Pada 11 Januari 2001, Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah meneliti cadangan-cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai perluasan penawaran pendidikan prasekolah termasuk pengemaskinian kurikulumnya. Ini adalah sejajar dengan keperluan meningkatkan status perlaksanaan program pendidikan prasekolah yang semakin tidak terkawal sehingga menyebabkan pelbagai pendekatan dan kurikulum yang kurang menepati kehendak negara yang sedang membangun. Oleh itu, integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan prasekolah dan kurikulum harus diteliti dengan terperinci agar dapat melahirkan generasi yang celik ICT berasaskan pemuliharaan nilai-nilai murni dalam peradaban penerokaan ilmu pengetahuan yang tinggi.

Terdapat pelbagai penyelidik telah mengenalpasti bahawa teknologi pendidikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah salah satu pilihan yang berkesan dalam peningkatan kemajuan kognitif serta sosio-emosi kanak-kanak. Di samping itu, teknologi pendidikan juga akan terus membangunkan kandungan untuk pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memperluas jaringan capaian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran menjangkau di luar bilik darjah dapat dilaksanakan. Ini akan memberi peluang kepada pelajar mengikuti program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA atau IPTS sama ada secara sambilan ataupun melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), dengan menjadikan penggunaan ICT untuk memantapkan penawaran program ijazah mereka.

Berdasarkan kajian yang dibuat di Western Australia, terdapat kanak-kanak di Australia khususnya kanak-kanak prasekolah semakin menunjukkan kemahiran yang tinggi dalam kebolehan mengawal penggunaan teknologi komputer. Manakala menurut kajian Shahrimin (2001) dan Trinidad (1995), didapati hampir kesemua kelas prasekolah di sekitar metropolitan Perth Western Australia mempunyai sekurang-kurangnya satu unit komputer peribadi dan hampir 60% daripada jumlah ini mempunyai jaringan internet. Oleh itu, guru-guru prasekolah kelolaan kerajaan Western Australia telah menggunakan struktur kerangka kurikulum intergrasi ICT dalam menggalakkan serta meningkatkan kemahiran ICT dalam pendidikan kanak-kanak di Western Australia. Sekirannya dibandingkan pada senario intergrasi ICT di Malaysia, terdapat jurang yang ketara mengenai sebarang kerangka perancangan atau pelan tindakan yang komprehensif dalam arena pendidikan prasekolah dan komputer atau internet. Namun begitu, Projek Sekolah Bestari oleh KPM telah menampakkan keberkesanannya dalam menangani isu-isu ICT ini di peringkat sekolah-sekolah menengah dan rendah walaupun isu-isu berkenaan kurang mendapat perhatian yang sewajarnya.

Beberapa usaha telah digunakan dan dijalankan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bagi menerapkan ICT sebagai budaya yang penting dalam pendidikan. Oleh itu, KPM (2001) telah bercadang membekalkan makmal komputer kepada 2300 buah sekolah mulai tahun 2001 dan mengaplikasikan Perdana Sekolah Bestari (dalam RM-8). Selain itu, isu penggunaan komputer dalam makmal oleh kanak-kanak peringkat awal (4-6 tahun0 juga harus dipertimbangkan secara serius dan terperinci agar dasar matlamat pencapaian pembangunan holistic dan �developmentally appropriate� kanak-kanak mampu dicapai. Budaya penyelidikan harus disemai dengan lebih giat lagi pada semua peringkat agar anak-anak, cucu-cicit kita berhak mendapat kebahagiaan kehidupan dalam membentuk komuniti yang mempunyai intelek yang berlandaskan nilai-nilai murni dan berpengetahuan tinggi.

Oleh itu, kita harus yakin dengan sepenuh hati bahawa generasi muda kita ini adalah bakal vis-�-vis setaraf dengan mana-mana generasi anak-anak muda dari negara-negara maju yang lain. Kita akan dapat melahirkan generasi yang celik IT dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Back To Top

ULASAN ARTIKEL 1.2

Inovasi Dalam Pendidikan Intel.

Inovasi dalam Pendidikan Intel merupakan satu global untuk membantu melaksanakan kemungkinan sains dan teknologi dalam pendidikan. Matlamat yang perlu dicapai dalam inisiatif ini ialah menyediakan guru dan pelajar hari ini untuk memenuhi tuntutan yang akan datang iaitu meningkatkan pendidikan sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi secara efektif dalam kelas dan meningkatkan peluang menggunakan teknologi dalam mengenalikan kerjaya teknikal. Dalam hal ini, Intel telah bekerjasama dengan Kementeriam Pendidikan Malaysia dan sekolah-sekolah dalam melaksanakan program Intel Mendidik ke Masa Hadapan di seluruh negara, dimana ia dapat melengkapkan serta mempercepatkan inisiatif pihak kerajaan terhadap kesedaran teknologi maklumat.

Program Intel Mendidik ke Masa Hadapan di rekabentuk adalah untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para guru dalam mengaplikasi teknologi komputer secara efektif bagi meningkatkan pembelajaran pelajar. Program ini telah menyediakan modul kurikulum yang fleksibel dan disampaikan oleh guru kepada pelajar. Dalam modul tersebut, Microsoft Office 2000 Professional telah digunakan sebagai peralatan pengajaran dan pembelajaran di mana latihan merangkumi penggunaan internet, reka bentuk laman web dan perisian multimedia.

Program Intel Mendidik ke Masa Hadapan terdapat beberapa matlamat yang perlu dicapai. Antaranya ialah untuk menggalakkan penggunaan teknologi secara efektif di dalam kelas di mana ia ditekankan di seluruh sekolah. Selain itu, program ini juga memberi penekanan kepada cara pelajar dan guru menggunakan teknologi dalam meningkatkan pembelajaran melalui penyelidikan, komunikasi, strategi dan peralatan produktiviti. Dalam hal ini, pembelajaran secara tunjuk ajar dan penciptaan pelan mata pelajaran berserta peralatan penilaian digunakan. Intel juga bermatlamat agar dapat meningkatkan peluang pelajar untuk menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Dalam hal ini, guru perlu bekerja secara berpasukan dalam menyelesaikan masalah dan ikut serta meneliti semula pelan mata pelajaran.

Program tersebut telah ditubahkan oleh Institute of computer technology (ICT), Sunnyvale, California, Amerika Syariket. Kandungan program ini adalah releven dengan keperluan sistem pendidikan Malaysia, guru dan pelajar, di mana Universiti Sains Malaysia telah dilantik untuk menyesuaikan kandungan program ini untuk kegunaan di Malaysia. Program latihan ini terdiri daripada sepuluh modul yang memerlukan sejumlah 40 jam latihan dalam kelas serta 20 jam aktiviti kerja rumah.

Back To Top
Best Viewed with IE > 5.0, 800x600 resolution
� Copyright To Subha&Team, All Rights Reserved.
For Information
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1