Home Links       Selamat Datang Ke Laman Web Kami..


TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR DALAM MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER PADA 8 JULAI 2001 DI HOTEL SERI MALAYSIA, ALOR SETAR

TALKING POINTS

1. SALUTASI 2. TERIMA KASIH KERANA HADIR. 3. SUMBANGAN KOMPUTER SEBAGAI KHIDMAT BAKTI UUM KEPADA MASYARAKAT. 4. UUM MERUPAKAN GEDUNG KEPAKARAN DALAM BIDANG IT, MEMPUNYAI BANYAK TENAGA PAKAR, SAMA ADA PEGAWAI DI PUSAT KOMPUTER MAHUPUN PENSYARAH DI SEKOLAH TEKNOLOGI MAKLUMAT UUM.

5. ANTARA KHIDMAT MASYARAKAT SUMBANGAN UUM:

  • - Pusat Pendidikan Komuniti Parlimen Kbg. Pasu
  • - Projek pemasangan dan baik pulih komputer di Kg. Kok Klang, Perlis
  • - Projek perundingan dengan UPSI, Tg. Malim mengenai sistem rekod pelajar
  • - Projek perundingan dengan IKIP, Kuantan mengenai sistem rekod pelajar
  • - Projek perundingan dengan PNMB mengenai sistem "nikah, cerai, rujuk" atau NCR.
  • - Membantu Kementerian Pendidikan menyediakan sistem kemasukan ke IPT
  • - Dan lain-lain

6. PENGUMUMAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI SATELIT DI UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menjadi universiti pertama di negara ini yang menggunakan teknologi satelit dalam prasarana rangkaian Internet di kampusnya di Sintok menjelang Ogos depan.

UUM dengan ini sedang bergerak ke arah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkonsepkan langit terbuka tanpa sempadan dalam penyebaran dan capaian ilmu menerusi gedung maklumat di serata dunia sebagai satu usaha memperluas program pendidikan, pertukaran dan perkongsian bahan-bahan ilmiah dan akademik.

UUM yang kini merupakan sebuah universiti elektronik (wired university) akan beralih ke universiti pintar (intelligent university) apabila ia melengkapkan rangkaian komunikasi kampus ke semua kolej kediaman pelajar serta setiap bangunan yang belum lagi dirangkaikan.

UUM juga akan melengkapkan kemudahan rangkaian dan menyediakan kemudahan komputer yang secukupnya dengan tumpuan kepada pengisian untuk mengeksploitasi ICT ke dalam sistem pendidikan dan pengurusannya.

Penggunaan ICT dalam semua bidang khususnya dalam bidang pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan pengurusan akan dipertingkatkan.

UUM dalam usaha memaksimumkan pengguna ICT dan menawarkan perkhidmatan yang berkesan kepada staf dan pelajarnya akan membangunkan kemudahan ICT dari segi perkakasan, perisian aplikasi, pembangunan sumber manusia dan struktur organisasi.

UUM juga akan melengkapkan proses automasi dan merealisasikan hasratnya untuk melaksanakan sistem pentadbiran elektronik atau "e-Universiti".

Di samping itu, UUM akan terus membangunan kandungan untuk pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memperluas jaringan capaian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran menjangkau di luar bilik darjah dapat dilaksanakan.

Ini akan memberi peluang kepada pelajar mengikuti program pengajian yang ditawarkan oleh UUM sama ada secara sambilan ataupun melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dengan menjadikan penggunaan ICT untuk memantapkan penawaran program ijazah.

Dari segi pembangunan sumber manusia, UUM akan memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran teknikal di kalangan staf untuk melahirkan lebih ramai pekerja berilmu pengetahuan (knowledge workers).

Pembangunan sumber manusia dalam bidang teknikal sebagai satu aset kepada Universiti kerana ia akan memaksimumkan teknologi dan menerokai bidang-bidang baru dan inovatif, dan menyumbang kepada penjimatan kos serta menjana pendapatan kepada UUM.

Dengan pendekatan ini, UUM telah berjaya mengeluarkan komputer pemasangan sendiri dengan jenama "SerindIT yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27 April tahun lalu. Ini membolehkan UUM menjimatkan kos perolehan sebanyak RM1.0 juta bagi setiap 1,500 komputer dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM2.37 juta melalui tawaran kontrak oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Program pemasangan komputer SerindIT ini akan diperluas dan dipertingkatkan lagi dengan kerjasama KPLB melalui Program Latihan Pemasangan PC di Kg. Kok Klang, Perlis melibatkan 20 orang belia yang diberi kemahiran memasang dan membaik pulih komputer.

Sehingga kini sebanyak 536 komputer SerindIT telah dipasang oleh mereka untuk diagihkan ke Kampung Gerakan Desa Wawasan (GDW) di seluruh negara di bawah kementerian tersebut.

Projek Pemasangan komputer SerindIT juga akan dilaksanakan melalui 'Program Vendor' yang akan diuruskan oleh anak syarikat UUM iaitu Uniutama Management Sdn. Bhd. (UMSB) dengan Pusat Komputer UUM menjadi pengawal mutu serta perunding.

Menerusi program vendor ini tiga lokasi telah dikenalpasti untuk Projek Pemasangan PC SerindIT oleh belia-belia atau pelajar sekolah di Pusat Pembangunan Usahawan KEDA, Napoh, Kedah; Medan Info Desa Kg. Kok Klang, Perlis; dan Pusat Pendidikan Komuniti Kawasan Parlimen Kubang Pasu, Jitra, Kedah.

Ini memberi peluang kepada belia untuk mendapat latihan komputer dan menceburi dalam bidang keusahawanan, di samping itu memberi peluang pekerjaan dalam industri komputer manakala pelajar pula berpeluang mendapatkan pendedahan dan memperolehi kemahiran teknikal dalam bidang perkakasan dan teknologi komputer.

Untuk perkhidmatan kepada masyarakat, UUM akan meningkatkan sumbangan dan peranan dalam usaha merapatkan jurang digital dengan menawarkan perkhidmatan dan latihan komputer kepada masyarakat setempat.

Ini dilaksanaka menerusi Program Pendidikan Komuniti sebagaimana yang telah dilaksanakan di Pusat Pendidikan Komuniti Kawasan Parlimen Kubang Pasu iaitu Program Perkhemahan Siber (Cyber Camp) Mei lalu.



Back To Top
Best Viewed with IE > 5.0, 800x600 resolution
� Copyright To Subha&Team, All Rights Reserved.
For Information
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1