Home Links       Selamat Datang Ke Laman Web Kami..


Integrasi ICT Dalam Pembelajaran Turorial


Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial?

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi :

  • Pembelajaran ekspositori.
  • Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem.
  • Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.

Istilah Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System (Means et. al., 1993) digunakan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia.

Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandung satu atau lebih daripada komponen berikut :

  • Mempersembahkan maklumat.
  • Membimbing .
  • Menyediakan/memberi latihan
  • Menilai pencapaian .

Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996).

Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh:

  • mengakibat pembaziran masa dan tenaga.
  • menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
  • menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT.
  • mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu

Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:

  • Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
  • Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian
  • Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
  • Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki)

Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

  • Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
  • Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
  • Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.


Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan Ini?

Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:

  • Kelas yang mengandung murid yang ramai dengan kemampuan belajaran yang berbeza. Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer.
  • Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti.Dalam situasi iniguru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.
  • Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.Dalam situasi ini guru boleh menggunakan perisian khusus untuk pemuliihan.
  • Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.Dalam situasi ini perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.


Apa Kelebihan Mengguna ICT?

  • Dapat mengindividukan pembelajaran
  • Muriid belajar mengikut kemampuan sendiri.
  • Meningkatkan motivasi.
  • Boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang minimum.

 



Back To Top
Best Viewed with IE > 5.0, 800x600 resolution
� Copyright To Subha&Team, All Rights Reserved.
For Information
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1