|
ICT sebagai saluran interaksi dan komunikasi
Apakah cara yang paling berkesan untuk mendekatkan hubungan rumah dan sekolah. Kajian banyak menunjukkan 30% sahaja pengalaman di sekolah membantu prestasi akademik pelajar,. Yang selebihnya pelajar-pelajar ini akan mendapat pengalaman di rumah, sesama rakan atau melalui medium yang lain. Oleh itu peranan ibu bapa dalam membantu peningkatan prestasi pelajar ini amatlah penting sekali. Dengan itu hubungan yang rapat antara ibu bapa dan sekolah amat diperlukan supaya mereka mendapat maklumat secara langsung daripa sekolah dan sebaliknya. Al-Amin sudah menyediakan komuniti perbincangan maya iaitu [email protected], [email protected] dan [email protected]. Ibu bapa sekelian dijemput untuk melanggan komuniti ini mengikut sekolah anak-anak mereka. Sejak diwujudkan setahun yang lepas, banyak cadangan dan kritikan yang diterima oleh pihak sekolah dan mesej-mesej yang terkumpul dalam satu-satu bulan kadang-kadang mengjankau 1000 bilangan. Jadi jangan lupa bersama dengan komuniti maya ini bagi anda yang layak.
ICT dalam pendidikan
Kurikulum baru Al-Amin yang akan dilaksanakan pada tahun 2002 akan memasukkan aspek e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran. E-learning yang dibangunkan sekarang menekankan aspek pembelajaran pada bila-bila masa dan mana-mana tempat. Pelajar-pelajar boleh akses portal tersebut apabila mereka amat memerlukannya menurut masa yang paling sesuai dengan mereka. Namun begitu, masih banyak lagi perisian yang boleh dibangunkan untuk portal ini. Dalam kurikulum baru nanti, guru-guru akan menyuruh pelajar-pelajar untuk menambah maklumat dalam topik-topik yang diberikan melalui beberapa media. Salah satu media yang akan digalakkan ialah internet sebagai satu saluran mendapat maklumat.
ICT dalam pengurusan dan pentadbiran Al-Amin
Buat masa ini, pihak sekolah sedang membangunkan sistem pembayaran yuran sekolah iaitu salah satu modul dalam sistem maklumat sekolah. Sistem maklumat ini akan mengandungi pangkalan data tentang maklumat pelajar-pelajar, staf dan ianya akan ditambah secara berfasa. Sistem pembayaran yuran versi lama sudah digunakan di SRIAA Kuala Lumpur. Sistem ini banyak membantu tugas berkaitan menjadi lebih efisien.
ICT dalam Sekolah Al-Amin
Teknologi maklumat telah membuktikan satu cara yang berkesan dari aspke masa dan kos. Dalam sekolah kita boleh aplikasikan penggunaan ini dalam 1) pengurusan dan pentadbiran sekolah seperti sistem kewangan (pembayaran yuran dsb), sistem maklumat sekolah dll. 2) pengajaran dan pembelajaran 3) saluran komunikasi dan interaksi.
Pembelajaran IT di Sekolah Rendah Islam Al-Amin
IT ibarat senjata yang boleh memakan diri sekiranya tidak dibimbing dengan pendedahan dan pendidikan yang sewajarnya. Oleh itu , misi �Membentuk Pelajar Soleh Wa Musleh Melalui Satu Sistem Yang Bersepadu� menuntut agar penggunaan IT diiringi dengan hasrat melahirkan generasi yang berilmu , berpengetahuan luas , berketrampilan dan relevan dengan zamannya. Selain menjadikan Al-Amin sebagai sebuah madrasah yang disegani dari segi keilmuan dan pembentukan peribadi , aspek IT yang merupakan pelengkap kepada hasrat di atas perlu diberi tumpuan yang tidak sedikit agar misi Al-Amin tercapai dengan jayanya di masa akan datang. Lantaran daripada itu, sekolah dengan segala keupayaan yang ada cuba mengemaskinikan kemudahan IT di sekolah dari semasa ke semasa. KEMUDAHAN SEMASA BAGI SETIAP MAKMAL IT Peralatan : 1. Terdapat 20 buah komputer jenis DELL Celeron L466Mhz termasuk network card, sound card dan speaker. 2. Sebuah LCD Projector hasil sumbangan ibubapa dalam tabung pembangunan 3. Sebuah printer bubble jet berjenama Canon. 4. Kemudahan internet dengan satu server. Silibus yang disediakan adalah seperti berikut : Tahun 1:Pendedahan asas mengenai komputer. Tahun 2:Aplikasi Software seperti Word, Internet (website pendidikan), kemahiran menaip dan penggunaan CD yang berkaitan dengan pendidikan. Tahun 3:seperti Tahun 2 Tahun 4:Word, Excel, Power Point dan Internet ( e-mail dan e-group ). Tahun 5: tambahan mengenai asas-asas membuat program (basic programming).
Back To Top
|
|